Wednesday, December 23, 2015

Roti Naan Cheese Meleleh

Assalamualaikum.

Ekoran dari kecewa dengan roti naan cheese, aku nekad untuk buat sendiri. Memang aku terus google resepi lepas tulis entry tu. Dan ternyata nak buatnye sonang aje. Sama macam buat roti manis, roti sosej pelbagai styledonut gebu gebas, chicken floss bun dan roti goreng inti kacang merah. Walaa dengan satu resepi macam-macam ya boleh buat. I likee.

Love it

Untuk buat roti naan cheese ni aku ada lah alter sikit resepinya. Ikut citarasa dan bahan-bahan yang ada kat rumah. Lagi pun aku suka buat sesuatu yang simple dan tak renyah bahan-bahannya. 

Resepi roti naan cheese meleleh

Bahan-bahan roti naan cheese
500g tpung gndum
100ml air bancuhan mauripan
200ml susu fresh cream
3 sb gula
1 sb margerin
1 sb shortening
beberapa keping cheese 

Cara buat roti naan cheese 
1. Campurkan tpng gndum, susu, air & gula. Uli sekata. 
2. Masukkan margerin & shortening. Uli sekata.
3. Biarkan 1jam ditempat yang berhaba. Selepas satu jam tumbuk untuk buang angin.
4. Dalam 100g adunan canai bagi nipis. Letak cheese 1 keping. Balut cheese.. Biarkan dalam 20 minit.
5. Goreng tanpa minyak dalam non stick pan hingga masak.
siap ~~~~

Semalam lebih kurang pada nak cuba buat sama ada menjadi ke tidak. So aku hanya buat sekeping. Dan ternyata aku sorang makan 3/6 bahagian. Nyesal plak tak buat banyak. Lebihan adunan tu pulak aku dah buat roti goreng untuk frozen dengan roti manis. Makanya hari ni kene buat lagi. Itupun kalau rajin. :)

6 comments:

  1. belum sarapan lagi ni seraa nk sekeping...

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok cheese meleleh terliur pula :)

    ReplyDelete
  3. masyalaah air liur pon da meleleh leleh da ni

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tengok cheese meleleh..
    Saya bab resepi yang melibatkan yis ni kurang menjadi lagi. Ntah, tak berapa gebu naiknya, baik donut mahupun roti.

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaa lahaiiii. Trgoda nafsuu

    ReplyDelete