Monday, February 22, 2016

Tebus Beg Milo Ola Bola

Asssalamualaikum.

Alhamdullilah. Dah dapat.

Sejak tahu pasal penebusan plastik Milo dengan beg sukan edisi terhad ni, gigih la aku g cari kenalan yang bukak kedai makan. Heee. Semangat nak barang free kan. Kalau dapat lebih nanti, depa pun nanti aku kasi lah beg sorang satu. Bukannya nak plastik Milo joli semua beg tu sorang. Bilanya nak bawak banyak-banyak macam tu. 

Ni dah dikira sebagai penebusan kali kedua. Yang kali pertama dulu awal Januari. Untuk info lebih lanjut dan seterusnya leh follow page Milo Malaysia @ website Milo (eh dah macam promoter Milo pulak.. heee). Masa penebusan beg pertama tu ta sempat nak tebus sebabnya silap simpan bukti. Kalau dulu-dulu cukup sekadar bar kod sahaja jadinya kita simpanlah bar kod. Ini kali dia nak satu plastik yang lengkap tu. Potong pun bahagian atas kepala yg nak bukak tu je. Makanya kene kumpul & cari yang plastik lengkap la.

Sampai dah awal, lambat p beratur pulak.

Pukul 10 pagi kaunter bukak untuk penebusan, jam 8.30 pagi aku dah keluar rumah. Haha semangat punya pasal. Padehal lokasi tempat penebusan tu 30 minit je dari rumah. Orang Milo siap2 nak bukak kaunter, aku tengok orang bawak borang sekali ngan plastik. Aku pulak tak baca betul-betul yang kene isi borang sebelum tebus. Berhuhu mencari borang lah kat situ. Nasib baik orang Milo bawak borang tu. Tengah isi borang, orang dah beratur. Nasib baik sempat dapat beg. Sebabnya hanya 40 beg A & 40 beg B sahaja untuk hari tu. Memang edisi terhad sangat kan. 

    Beg C                                                                    Beg D  


Bila tarikh penebusan Beg C & D? Kene tunggu diorang update dulu. Memang kene selalu jenguk diorang punya FB page. Nanti ketinggalan. Yang baru tahu pasal penebusan ni masih sempat lagi nak kumpul plastik Milo. Go! Chayok! Sampai bulan March 2016. Good Luck uolss.

6 comments:

  1. cantik juga beg milo ni seraa dpt free mesti suka.

    ReplyDelete
  2. Awak rajin join join contest gini ye SR. Bagus sebenarnya, dpt barang free. Okje ni jenis yg tak menyabar sikit hihi..

    Jadinya tak dptlah hadiah apa apa..

    ReplyDelete
  3. cantik juga beg dia ... ada plastik milo kat rumah ni. kalau rajin leh lah tebus :)

    ReplyDelete
  4. unknown - 3 pek 2 @ 2.2kg dpt 1 beg.. kalau yg 1kg @ 1.1kg nak kene ada 6 pek

    ReplyDelete