Showing posts with label SSC. Show all posts
Showing posts with label SSC. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

3 wedding for 3 weeks

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jangan nak expect lebih.. Tajuk je dalam Bi tapi karangannya masih dalam Bm. Kalau karangan dalam Bi komfirm tergolek ketawa orang yang pandai Bi dengan ayat Bi aku. Lagi pula kalau menaip Bm cepat sikit. Orang Melayu katakan. Kuwang2x..

Bercerita pasal majlis perkahwinan. Setiap minggu, memang akan ada majlis yang aku hadiri. Yelah orang jemput kenelah pergi. Tak kisah lah orang jemput melalui kad ke, FB ke semua aku pergi. Sebab aku nak meraikan mereka sempena hari bahagia mereka. Lagipula dah lama tak bersua muka. Jadi bila ada majlis macam nie, aku ambiklah kesempatan itu. Lepas nie memang dah tak akan jumpa maybe melainkan kalau ada yang nak organize reunion. 

1st wedding 1st week

Perempuan tu kawan masa forcast UTM. Kira sama baya lah. 

2nd wedding 2nd week

Lelaki tu kawan forcast UTM dan juga cousemate SSC. Juga sama baya. 

Photo: Officially wife of Mohammad Hadi
3rd wedding 3rd week

Lelaki dan perempuan cousemate aku. Bercinta sewaktu belajar dan Alhamdullilah hingga ke jinjang pelamin. Diorang sebaya. *sweet sangat

Minggu nie pun aku ada dapat invitation juga. Hari 1 Malaysia nie. Tapi tak dapat nak pergilah sebabnya dye orang Terengganu dan buat kat sana. Aku dok JB.. Memang tak dapat nak menghadirkan dirilah. Apa-apa pun aku doakan dari jauh moga kalian yang bakal melangsungkan perkahwinan akan dirahmati Allah dan hubungan yang dibina kekal hingga ke Syurga. Ohh doa itu bukan sahaja untuk yang bakal melangsungkan, yang dah berlangsung pun boleh.

p/s ~ suka g wedding kawan-kawan. Nanti dapat jumpa kawan-kawan yang lain.

Monday, January 14, 2013

Reunion Kecilan di Restoran Pinang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Chikidout!!

Kehadiran fuz (nama glamor) ke JB telah menjadikan satu reunion budak2 SSC (KIMIA INDUSTRI). Tanpanya aku rasa kami budak2 (postgrad) yang sememangnya ada kat UTM xbuat reunion kot. Haha. Biasa lah dah memang akan jumpa kalau kat UTM nie, xkan nak buat reunion jugak kan. Macam kelakar aje.


Sebahagian peserta yang join reunion. 

Reunion kecilan ni telah berjaya diadakan di Restoran Pinang iaitu dengan makan ayam penyet yang sememangnya akan buat orang ketagih. Padehal ayam goreng dipenyetkan di cicah dengan sambal dan dimakan dengan nasi aje. Tapi kalau orang yang sebelum nie dop JB, lepas tu dah habis belajar n dah kerja kat tempat lain, kalau datang JB msti nak makan ayam penyet nie. Aku sendiri kalau balik cuti kat Kelantan seminggu aje, msti nak makan ayam penyet setelah kembalinya dari kampung. See how penangan ayam penyet. 

So tajaan makanan untuk reunion kecilan ni ditaja oleh diri sendiri. Kahkah. Sendiri mahu makan, sendiri mahu bayar.  


Semuanya perempuan yang datang reunion kecilan nie. Lelaki?? Entah xtahu dijemput @ memang xnak datang. Lagipun yang masih ada kat UTM nie hanya beberapa kerat je. Yang lain semua dah kerja. Jadi jumlah kesemua yan hadir reunion nie 11 orang. More than 10, kira ok lah. 

pic : kredit tu aten. Hehe. I edit msuk blog I tau.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails