Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

Mauripan naik harga dah!

Assalamualaikum..

Pembuat kuih pagi jenis roti untuk jual macam aku ni memang terkesan lah dengan peningkatan harga bahan-bahan. Ye lah berniaga pun sebab nak bayar pinjaman MARA. Dan memang lepas untuk bayar yang tu je dah tolak tambah harga bahan-bahan. Tapi aku bersyukur sangat sebab dah xsusahkan Mama dan Papa pasal nak bayar pinjaman tu. 

Perbezaan dalam masa sebulan

Aku memang beli mauripan yang paket 11g tu. Senang sekali guna je habis terus. Tak payah nak simpan elok-elok. Sebab mauripan ni cerewet sikit nak simpan. Kene betul-betul ikat dia punya plastik tu kalau tak memang buang aje. 

Selalunya pun memang beli dekat Mydin. Kedai runcit kat rumah ni dia jual RM1. Kira ok lah kalau nak cepat beli je kat kedai tu. Tapi alang-alang g Mydin tu beli aje sana simpan stok banyak-banyak. Tapi ni dah naik 15sen baik beli kat kedai runcit ajelah. Duit minyak pun tak habis banyak.

p/s ~ nasib marhaen :(

Wednesday, November 20, 2013

Kebebasan beremosi

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Bila terkenagkan akan perihal tu, hati tak tenang,jiwa serabut. Tak akan ada orang faham pun. Bila dicerita hnya menghabiskan air liur je sebab bagi dia perkara itu lawak. Bukti dia senyum dan gelak. Sapa tak sakit hati. 

p/s ~ jiwa dan perasaan masing2 berbeda.

Saturday, August 24, 2013

Kasih yang terpisah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hati cukup tersentuh tengok video adik adam yang setiap hari ke pusara maknya tanpa jemu kerana rindu. Bergenang sudah dikelopak matanya air yang bila-bila masa akan jatuh ke bumi.. 


Dengan usia yang baru 5 tahun belum cukup tabah lagi untuk Adam menerima akan kematian maknya. Malahan pada usia itu juga dia bukan sahaja kehilangan mak tapi juga telah kehilangan ayahnya. 

Moga Adam terus tabah mengharungi hari-hari yang mendatang dan membesar dengan menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab. Juga tidak akan lupa untuk menziarahi pusara kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah meningkat dewasa. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails