Friday, February 27, 2015

Majlis Perkahwinan Syuhada & Shahrul

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Owhh bizi.. bizi.. Seminggu xsempat nak jengah blog. Cerita pula bertimbun-timbun nak dilunaskan disini. Adoii.. Dugaan betul. Time tengah rajin nak berblog ni lah masa seakan-akan mencemburui. =(

Ok mula-mula nak cerita pasal wedding invitation masa CNY baru ni. Dalam entry before ni yang tajuk Jemputan Majlis Perkahwinan, ada 6 invitation waktu cuti CNY tu. Tapi dalam 6 tu, satu je sempat attend. Haha. Kira OK lah kan sebab banyak sangat invitation ni. Takutnya bila g semua tak nyempat I nak bernafas nanti sebab makan banyak. Kuwang3x. Padehal hakikat sebenarnya I g vacation. Ke mana? Nanti diupdate entry seterusnya.. Tunggu!!

Untuk majlis perkahwinan yang sempat dihadiri tu adalah majlis kawan waktu sekolah rendah. Sebenarnya ada dua jemputan dari kawan sekolah rendah ni, tapinya yang 1 tu jatuh hari pergi vacation. Bila dah jadi macam tu xkan nak cancel vacation kan. But it's ok dapat pergi satu pun still masih dapat jumpa kawan dulu-dulu yang dah lost contact. Bukan sahaja dapat jumpa kawan, cikgu sekolah rendah pun dapat jumpa. Dah 13 tahun tinggalkan zaman sekolah rendah. Rindu zaman-zaman dulu.

Antara kawan sekolah rendah yang dapat jumpa.

p/s ~ cuti sekolah dah xlama. invitation kat FB hari-hari masuk.. 

Wednesday, February 18, 2015

Jemputan Majlis Perkahwinan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bila cuti je mesti ada jemputan ke majlis perkahwinan. Bila ada majlis perkahwinan je mesti ada cuti. Hari demi hari makin ramai kawan-kawan yang nak mendirikan masjid. Tahniah la. Disebalik jemputan ni, maka kene sedar lah wahai diri yang umur makin bertambah. Makanya dah boleh fikir lah pasal kahwin juga. Tak kan nak tengok je orang selfie dengan yang halal. Ye dak??

Haha. Untuk cuti CNY sahaja aku dapat 6 invitation. Kat FB lah kebanyakkannya. Sebab dunia makin canggih kan. Hujung jari je. Kad-kad ni tak main dah. Melainkan kalau mintak barulah di pos. Kalau tak mintak pula memang takdenya nak dapat unless kawan baik yang memang akan datang rumah jemput sendiri. Tengok lah kat bawah ni aku ada screenshoot sebahagian daripada jemputan.


Satu hari tu sampai ada dua majlis nya. Yang tiga majlis pun ada juga. Ni tak termasuk lagi jemputan yang sanak saudara. Sanak saudara pula lain cerita. Memang cuti CNY ni memboyot lah bawa perut g makan sana makan sini tak henti. Kalau ada empat perut macam perut lembu tu kira boleh lah jika ada empat majlis kene pergi. Haha. Korang punya pula macam mana? Berapa jemputan untuk CNY ni? 


Sunday, February 15, 2015

Sweet gileerrr

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Semua orang mesti dah maklum yang Kak Yong Peng iaitu Yana Samsudin dah sah jadi isteri pada Fadzil Zahari kan. Dulu depa ni dok ngaku kawan baik je, last-last kahwin sebab jodoh depa ni kuat. Sweet kot kahwin dengan kawan baik sendiri. For me lah. Kalau korang, tak tahu lah setuju ke tak dengan pendapat aku ni. Nah layan gambar dulu tengok ke'sweet'an mereka. Tangan tak lepas. Ni yang buat aku rasa nak kahwin cepat ni. Hehuu.. =)

Majlis Resepsi Yana Samsudin-18

Majlis Resepsi Yana Samsudin-19

Majlis Resepsi Yana Samsudin-20

Majlis Resepsi Yana Samsudin-23

Nak tengok lagi depa sweet ke tak tengok lah kat BN ya. Aku pun cedok dari sana je. Ha yang video depa, korang dah tengok belum? Dah viral kat FB nuh. Aku yang tengok video depa ni rasa nak tumpang melelehkan air mata je sebabnya tersentuh dengan kata-kata Kak Yong.

"I harap, I mati dulu" Yana Samsudin

Majlis Resepsi Yana Samsudin-7

Baju Kak Yong pun cantik. Meleret-leret woo. Mesti cuci bersih Dataran Yong Peng semalam. Hehe. Aku bila kahwin  (entah bila nak kahwinnya) nak amik inspirasi dari baju Kak Yong ni lah. Feeling ala-ala raja sikit. Lagipun orang panggil raja sehari kan. So this time (kahwin) lah nak feeling2 pun. Kahwin InsyaAllah sekali je. Amin.

Cikedout. Kamsahamnida *_*


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails