Wednesday, February 18, 2015

Jemputan Majlis Perkahwinan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bila cuti je mesti ada jemputan ke majlis perkahwinan. Bila ada majlis perkahwinan je mesti ada cuti. Hari demi hari makin ramai kawan-kawan yang nak mendirikan masjid. Tahniah la. Disebalik jemputan ni, maka kene sedar lah wahai diri yang umur makin bertambah. Makanya dah boleh fikir lah pasal kahwin juga. Tak kan nak tengok je orang selfie dengan yang halal. Ye dak??

Haha. Untuk cuti CNY sahaja aku dapat 6 invitation. Kat FB lah kebanyakkannya. Sebab dunia makin canggih kan. Hujung jari je. Kad-kad ni tak main dah. Melainkan kalau mintak barulah di pos. Kalau tak mintak pula memang takdenya nak dapat unless kawan baik yang memang akan datang rumah jemput sendiri. Tengok lah kat bawah ni aku ada screenshoot sebahagian daripada jemputan.


Satu hari tu sampai ada dua majlis nya. Yang tiga majlis pun ada juga. Ni tak termasuk lagi jemputan yang sanak saudara. Sanak saudara pula lain cerita. Memang cuti CNY ni memboyot lah bawa perut g makan sana makan sini tak henti. Kalau ada empat perut macam perut lembu tu kira boleh lah jika ada empat majlis kene pergi. Haha. Korang punya pula macam mana? Berapa jemputan untuk CNY ni? 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails