Monday, May 30, 2011

Lautan Merah

Lagi berkaitan dengan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan T-Team yang mana aku berkesempatan pergi tengok. Keadaan di dalam stadium dipenuhi dengan lebih 30,000 penonton yang majoriti berpakaian merah. Ia seakan-akan satu lautan merah. Saksikan..



Gomo Kelate Gomo

Sunday, May 29, 2011

USB/pendrive dengan bentuk yang unik

*Tersangkut kepale teddy nih~ erkkk~*



*owh mak engkau, kaki ayam pun ada*



*yang menyerupai kunci*

*jauhkan dari kanak-kanak*


*Ni barulah THUMBdrive*



*Paku besi terpacak kat tengkuk laptop*

*Design penyepit baju pun ada*


*Yang ni smart~ boleh bertukar wajah*





Kalau dapat kesemua pendrive cam nie kan best. Menarik dan unik untuk disimpan. Haha buat koleksi bukan untuk kegunaan pun. Dah cantik-cantik cam nie sapa lah nak guna kan. Nanti lau bawak g mana-mana ada yang cuba cari peluang nak curi.

Saturday, May 28, 2011

Liga Super 2011 : Kelantan vs Pahang




Location: Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Time: Saturday, 28 May 2011 20:30

Oqhh malam nie tak dapet lah aku nak usha pakwe.. Hahaha..
Sebabnya tak dapet nak p stadium. Ulalalla
Tapi jomlah sama-sama p expo Halal Negeri Kelantan. 
Tengok forum perdana di sana.



Matahari terbenam dari stadium




Mengagumi kebesaran Allah S.W.T kadang kala membuatkan kita sedar siapa diri kita.

Friday, May 27, 2011

Aku Mek Kelate Gersang.

Sebabkan tajuk entry tengok bola + usha pakwe, menyebabkan ada anon tertarik nak komen entry aku tu. Ini dye komen si anon tu. 

dan ini anon tersebut

*anon tiada kepala*

Aku tak kisah korang nak komen apa, aku terima dengan fikiran terbuka. Ada tak mana-mana anon yang nak komen lagi. Cepatlah aku tunggu komen-komen dari kalian.

Aku bukan niat betul-betul pun nak usha pakwe time g tengok bola tu, aku jalan pun tunduk bawah tau.Wah tak leh bla keterangan jalan tunduk bawah tu, sedangkan terang-terangan gambar kat entry tu, baju pun lengan pendek. Ermm apa-apa pun aku g tengok bola tu sebab aku nak merasa sendiri tengok bola depan mata atau orang putih kata secara 'live'. Memang aku perempuan dan cam tak sesuai nak p tempat cam tu (sebab terlampau ramai lelaki), tapi hanya sekali tu je aku mungkin akan pergi. Lagi pun esok adik aku ada ajak p tengok skali lagi, tapi aku tak hingin pun nak p tengok.

Tentang diri kita, pemikiran kita, hal hidup kita hanya diri kita yang tahu. Apa yang orang nak kata biarkan, sebab orang tu tak tahu apa-apa pun pasal kita. Yalah bukan semua perkara pun kita share ngan orang kan. Dalam blog aku nie pun, kadang-kadang ada gak cerita yang tak habis atau dalam maksud lain ada gak cerita yang tertinggal. Kalau nak tulis semua memang panjang lah. Nanti ada lak anon yang komen cakap 'hal dalam selimut pun nak cerita ngan orang ke?'. Manalah kita tahu kan..


Tengok bola + usha pakwe..

Dua tujuan dalam satu masa dan tempat. Inilah yang dikatakan perancangan yang sangat-sangat tepat. Tak perlu nak bazir masa atau kejar masa, dua perkara boleh dilakukan serentak. Kalau nak lakukan asing-asing mungkin masa tak akan mencukupi. Lagipun dengan hanya 24 jam sehari ia tidak mencukupi untuk kita lakukan banyak aktiviti. Ini adalah tip yang amat menarik bagi menjimatkan masa. Sapa berminat leh cuba macam aku telah buat.

Entry sebelum-sebelum nie aku ada bagitahukan yang aku pergi tengok perlawanan bola antara Kelantan dan T-Team di stadium [kalau ada yang baca akan tahu]. Pada hari kejadian, seawal jam 6.45 petang aku dah mula gerak dari rumah. Kakak aku yang hantarkan sebab kalau pergi sendiri amat merumitkan sebab susah nak parking. Aku p tengok perlawanan bertemankan adik lelaki aku. Lau pergi sorang-sorang masak aku kene 'Boooww' dengan lelaki-lelaki kat sana. 

Almaklumlah lau sebut aje bola sepak mesti ia dikaitan dengan lelaki. 99% yang datang menonton perlawanan bola di stadium semuanya lelaki. Kalau perempuan yang p tengok komperm dikerumi oleh lautan lelaki. Jadi, dengan peratusan lelaki yang begitu besar, peluang nak usha lelaki untuk dijadikan pakwe pun banyak. Itulah yang aku maksudkan dua tujuan dalam satu masa dan tempat. Sambil tengok bola leh usha pakwe. Yang lelaki nak usha makwe tak boleh lah sebab peratusan perempuan sangat kecil. 

Kalau dapat pakwe yang memang suka tengok bola leh ahh layan tengok bola kat stadium selalu. Tambahan biarlah dapat pakwe yang juga dari Kelantan. So boleh ahh sama-sama sokong The Red Warrior aka gergasi merah. 

Gomo Kelante Gomo

*berbaju + bertudung merah - memberi sokongan sepenuhnya*

Okeh cukup mengoda tak dengan senyuman dan jelingan yang aku berikan tu? Tetiba. 

p/s - Adik aku ajak tengok bola lagi esok sempena Kelantan lawan Pahang. Nak pergi ke tak?

Moyang

Moyang! Pernah tak korang dengar or sebut perkataan tu? Dan adakah korang tahu apa itu moyang? Buat yang dah tahu boleh skip perenggan kedua sebab aku nak cerita pe maksud moyang. Buat yang tak tahu jangan nak skip, nanti kau tak dapat tahu maksud moyang tu. Kesian lak nanti.


Kalau mama, papa, ibu, ayah dan whatever (yang Nabil sebut dalam Maharaja Lawak minggu ke 8) adalah panggilan atau gelaran untuk mereka yang membuatkan kita wujud di dunia ini manakala datuk, nenek, toki (panggilan untuk datuk bagi orang Terengganu) pula adalah panggilan untuk ibu, ayah kepada mama, papa kita. Okeh moyang tak termasuk lagi ya. Nie baru aku nak cerita. Moyang pula merupakan ibu dan ayah kepada nenek dan datuk kita. Kalau ada sekarang pun maybe dah berumur dalam lingkungan 90 atau mungkin 100 tahun.


Kau masih berkesempatan tak nak tatap wajah moyang? Kalau ada share-share lah. Alhamdullilah aku masih lagi berkesempatan nak jumpa dan kenal dengan moyang aku. Jadi kat cnie aku nak share wajah-wajah moyang aku dan serba sedikit info. Tapi yang perempuan je lah ya, sebab yang lelaki aku tak jumpa gambar.


Gambar 1 

Ini mak kepada nenek aku (yang aku panggil Mek. Orang kelantan kan famous dengan gelaran 'Mek') dan merupakan nenek kepada Mama aku. Alhamdullilah sampai ke hari ini, moyang aku masih lagi dipanjangkan usianya. Masih berkesempatan untuk menatap wajah cicit-cicitnya dan moyang aku nie tak nyanyuk. Boleh lagi mengingati aku yang jarang-jarang dapat jumpa dye. Umur nenek aku pula dalam lingkungan 90++ (tak berapa nak sure).

Gambar 2

Yang nie pula, nenek kepada ayah aku. Mak kepada nenek atau atuk aku, yang tu aku tak sure. Gambar nie dijumpai sewaktu kemas rumah dalam usaha meng'renovate' rumah. Mama aku terus perkenalkan dan bagi gambar nie kepada aku. Moyang aku nie dah tiada (marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah), sejak aku belum dilahirkan lagi. Jadi aku memang tak sempat nak kenal dan face to face

Tahu akan asal usul merupakan satu kelegaan pada kita untuk terus meyakinkan kita siapa kita yang sebenar. Mengetahui susur galur keturunan merupakan satu peluang untuk kita lebih mengenali saudara-saudara jauh. Ayuh kembangkan keturunan. Wahh cam dah nak kahwin lagaknya.

Thursday, May 26, 2011

Jadual The Red Warrior [TRW] yang berbaki 4


Ado lima game lagi untuk Kelantan terus mengejar tangga pertama sebelum berakhirnya Liga Super. Moga Kelantan terus berentap dengan memberikan aksi-aksi yang menarik. 

Gomo Kelate Gomo. Jom pakat g tengok.

Gambar : diambil dari Kelab Penyokong Kelate. TQ

Kelantan [1] vs T-Team [2]

Apa yang boleh diperkatakan aku sangat-sangat lah kecewa. Dah lah 1st time p tengok live kat stadium alih-alih kalah lak. Lagipun ini adalah pertama kali Kelantan kalah di tempat sendiri. So, balik aje dari stadium terus buat status dibawah dekat FB. 

Fulamak mak engkau, 101 komen. Menarik doh. Dengan hanya status kecewa ia dapat menarik ramai orang nak komen status itu. Mengalahkan kecewa putus cinta nie. Tapi mungkin juga leh dikatakan putus cinta, sebab rasa putus cinta dah nak cinta dengan The Red Warrior (TRW). Cam nak sokong team lain je. Ermm nak sokong apa ya? Lain lah kalau dah ada suami dan suami dari negeri lain, leh gak sokong team dari negeri suami. Jadi nak tak nak kene sokong TRW juga. Lagi pula dengan status TRW sebagai tempat di mana aku dilahirkan, aku akan setia untuk menyokong TRW. Fuhh statement leh masuk MELODI @ leh masuk Setelkahwin.com cam apek (Gol keeper TRW) tak?

Apa-apa pun aku layan je perlawanan tadi. Banyak ragam dan gelagat orang dapat aku tengok dengan kepala, mata aku sendiri. So, nak tahu macam mana tunggu lah entry seterusnya. [Bajet cam ada orang baca lak].

Gomo Kelate Gomo

Wednesday, May 25, 2011

Kelantan Vs T-Team di Stadium Muhammad ke-V

Jom rasai sendiri pengalaman melihat perlawanan bola sepak antara Kelantan dan T-Team. Ia pasti mendebarkan dan juga pasti mendapat perhatian ramai. Stadium Sultan Muhammad ke -V akan dipenuhi dengan lautan merah putih. Fuyoo..

Inilah dye semangat yang ada dalam diri aku. Buat pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke Stadium Sultan Muhammad ke-V untuk melihat siaran langsung perlawanan bola sepak. Ahaaaa. Tiket pun sudah didapati. Pink gitu. I LIKE. Masuk ikut pintu E yaa. 


Bukan satu ticket tapi ada 2. Nak pergi tengok dengan pakwe. Mihahaha. Ticket murah-murah aje. Terbuka RM12 dan harap maklum ya perlawanan nie tak masuk TV. Jadi jangan cari aku dalam TV. 


Jom tengok bola malam nie. Majulah Bola untuk Kelantan.

Review Filem Kongsi

''Lu langsi, Lu mati.''

Dengan tagline yang seakan-akan gangster nie membuatkan aku rasa Filem kongsi seakan-akan indah khabar dari rupa. Melihat akan trailer kongsi yang ditayangkan di panggung sewaktu aku melihat cerita Merong Mahawangsa membuat aku terlampau excited nak pergi melihat cerita Kongsi pula. Tapi...


Dari 5 bintang aku hanya leh bagi filem nie 3 bintang je. Sebabnya :

1- Aku mulakan dari pengakhiran cerita ya. Bagi aku pengakhiran cerita nie tergantung. Memang watak TEMULAK (Shaheizy Sam) berjaya ditangkap, tapi apa yang terjadi dekat ketua TEMULAK tu, KIMPEDU (Bront Palarae) ?

2- Cerita yang disampaikan tak sampai pada aku. Kenapa ketua TEMULAK, KIMPEDU bersungguh-sungguh nak sangat tawan dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia? Tambahan pula KIMPEDU ada juga menghantar orang ke 2 buah negara lagi. Apa nama negara tu aku lupa pula.

3- Apa yang aku tengok tak sama dengan apa yang sinopsis aku baca. Dalam sinopsis ada memperkenalkan watak MAIA, tapi apa yang aku lihat takde lak watak nie. 

4- Plot cerita tunggang terbalik. 

Itu sahaja pendangan aku untuk cerita ini. Sapa-sapa yang belum berkesempatan nak tengok lagi anda masih berpeluang kerana cerita ini masih lagi ditanyangkan. Pandangan dan pendapat adalah hak milik seseorang, sesiapa yang ada pendapat dan pandangan lain dari aku leh share-share ya.

Beli 1 Percuma 1.

Okeh barang percuma bai, sapa tak nak. Lagipun kuarkan duit untuk beli 1 kau akan dapat 1 lagi. Kalau kau seorang yang kedekut leh lah wei jimat tu (OK. aku tak maksudkan sapa-sapa, sebab aku pun seorang yang kedekut). Lagi satu, kalau kau jenis yang makan banyak, tak payah nak kuar belanja banyak-banyak, itu pun dinamakan jimat @ save bajet.

Apa yang beli 1 percuma 1 nie? Meh aku terus terang ya. Sempena hari ini (25 May 2011) dan semalam (24 May 2011), satu restoran makanan segera yang famous dengan burger iaitu Mc'D telah promosi. Promosinya ialah dengan beli satu burger (ala carte) mc chicken kau akan dapat free burger mc chicken. Wahh berbaloi-baloi bukan. Tapi nak dapat free burger nie ada syaratnya tau. Bukan senang-senang nak dapat. Apa syaratnya?

Syaratnya kau kene print out kupon kat bawah nie. Then bawak pergi kat restoran Mc'D. Bagi kat akak @ abang casher then dapatkan burger. Senang bukan. Tapi mana nak dapat kupon nie? OK itu mudah saje. Hanya klik sini, lepas tu print. OK DONE!


Cepat-cepat g restoran Mc'D. Peluang nie bukan datang berkali-kali tapi hanya 2 kali. Ya lah dah 2 hari kan. Aku dah pun dapatkan burger-burger tu. Jadi esok leh santap. Bestnya. Nak dapatkan burger free nie bertapa gigihnya aku print out kupon-kupon tadi. Siap print kaler lagi. Muhaha..


Nie lah rupa burger yang aku sapu dengan restoran Mc'D tadi. 4 biji nie bukan untuk aku sorang ya, tapi untuk aku ngan adik beradik semua. Mama dan Papa tak makan jadi hanya 2 kupon sahaja di print dan dapatkan 4 biji burger. Kalau nak banyk kene print out kupon banyak-banyak ya.

Tuesday, May 24, 2011

Permainan zaman sekolah rendah Part 1

Dop menung-menung nie tetiba teringat lak zaman sekolah rendah. Dulu pergi sekolah bukan niat nak pergi belajar, tapi niat nak pergi bermain ngan kawan-kawan. Niat nak belajar bukan takde langsung, ada. Tapi sedikit je lah sebab tujuan utama memang nak pergi main. Itu aku je lah. Korang pasti pergi sekolah nak belajarkan sebab tu korang bijak pandai tak macam aku. 

Jam tak menunjukkan pukul 7 pagi lagi. Keadaan sekeliling pun masih gelap, aku dah mula kayuh basikal pergi sekolah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan katakan. Padehal kawan-kawan semua pergi lambat. Menonong sorang-sorang kat sekolah, kawan aje ngan pak guard. Pergi sekolah kayuh basikal je sebab sekolah sepelaung je dari rumah. Dekat sangat-sangat. Loceng kat sekolah pun leh dengar kalau kat rumah. Kalau nak merasa naik kereta pun bila time hujan je lah. Kira OK lah tu daripada mereka yang family takde kereta, pergi sekolah naik basikal dalam hujan, tak pun terus ponteng tak datang terus.

 

Bila semua kawan-kawan dah sampai mula lah nak main. Sebelum loceng berbunyi, kumpul ramai-ramai main  'lawan pemadam'. Permainan ni memerlukan minimum 2 orang, tapi lau maximum seberapa pun boleh. Tapi tak syok main ramai-ramai, jadi lebih puas hati main 2 orang. Siapa yang kalah, pemadam mereka akan dirampas dan menjadi hak milik mereka yang menang.

Gambar 1 :  Bagaimana permainan bermula.

Gambar 2 : Permainan tamat. Pemilik pemadam di atas akan memiliki pemadam yang dibawah.

Bila main di awal pagi dan pemadam yang dimiliki dirampas disebabkan kalah, jadi masa rehat pergi je koperasi lepas tu beli banyak-banyak. Sekali beli 5, lagi pun zaman dulu-dulu harga pemadam 10$ je. Murah sangat-sangat. Kalau tak nak buat main lawan pemadam pun boleh buat koleksi. Sebabnya dulu-dulu ada pelbagai jenis gambar pada pemadam tu. 

Koleksi pemadam.

Part 2 Permainan zaman sekolah rendah akan menyusul dengan permainan yang seterusnya. Sebarang perkongsian dan komen dialu-alukan.

gambar : Insan google

Monday, May 23, 2011

Sayang ketat-ketat ♥

Jika rindu bertandang di kalbu.
Jika mata ingin menatap wajah,
Gambar kalian menjadi peneman setia ku.


♥ Jusco Tebrau. 1st hang out on third year 

 Danga Bay. Jalan-jalan di waktu malam 

 With SSCian (Chemical Industry) 


 Untuk tubuh bertambah sihat. Joging ke Balai Cerap bersama Payana n Farah. 

 Jusco Taman U. Majlis buka puasa + sambut bufday 


 Bersama pengetua kolej + SSCian sempena sambutan Hari Raya 

♥ Jusco Bukit Indah. Tujuan cari Big Apple 

♥ Sambutan Hari Raya bersama Forcast Batch 13 

p/s ~ Kalau ada yang perasan diserata Jusco aku pergi dan bergambar. Jusco Tebrau, Jusco Bukit Indah, dan Jusco Taman U. Kalau tak silap ada banyak lagi Jusco di Johor tu tapi hanya 3 je aku penah pergi. Maybe next day aku akan jelajah semua Jusco. Hahaha. Kelakar lak.




Sunday, May 22, 2011

Dibawah satu bumbung

2Jika 3 tahun yang dah berlalu, banyak masa di digunakan dengan bersama-sama kawan-kawan, tapi kini 3 bulan yang akan terjadi akan mempergunakan bersama-sama keluarga. Fahamilah bahawasanya aku sekarang telah pun kembali ke kampung. Alhamdullilah selamat juga tiba di ''rumah ku syurga ku'' yang telah menjadi tempat berteduh sepanjang 20 tahun 9 bulan 20 hari lamanya.

I'm coming home, 
I'm coming home,
Tell the world,
I'm coming home.


Jeritkan pada dunia, katakan pada semua, tempat yang terbaik adalah di rumah. Bukan rumah hantu juga bukan rumah urut tapi rumah tempat berteduh dari panas dan hujan bersama-sama family. Kalau nak berteduh dari salji, daun-daun berguguran pun boleh, tapi aku tak boleh nak letak perkataan tu sebab aku tahu di mana aku berpijak sekarang. Hanya di negara yang mengalami dua musim sahaja.

Walaupun ianya hanya sebuah pondok yang buruk, nyatakanlah kesyukuran daripada terus berlantaikan tanah, berbumbungkan langit. Ingatlah kita antara insan yang bertuah memiliki sebuah pondok daripada yang tak punyai apa-apa. Cuba banyangkan andai diri menumpang teduh dengan mengharapkan kaki-kaki lima, pasti menangis hari-hari sebelum biasa dengan keadaan disekeliling. 

Tapi walaupun apa jua jenis bumbung untuk berlindung kita semua tetap di bawah satu bumbung iaitu langit apabila kita di dalam tanah.

p/s ~ marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat mangsa tanah runtuh.


Friday, May 20, 2011

Bertemu dan berpisah

Dalam suka ada duka, begitu juga dalam pertemuan ada perpisahan. Katanya ''pertemuan dan perpisahan ini merupakan satu adat manusia biasa''. Itulah antara rangkap lagu untuk lagu pengakap.

BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA

Tapi setiap perpisahan bukan hanya berhenti di situ. Walaupun ianya jauh untuk di lihat dengan pandangan mata, tapi di dalam 'kalbu' ini ada ruang buat kamu. Seluas mana ruang itu, usahlah kau khuatir kerana aku akan pastikan ada ruang buat mu.


HILANG DI MATA DI HATI TIDAK LUPA

Apa-apa pun, ingatlah aku dalam doa mu. Doalah agar kita aman dan sentosa, moga kita dapat berjumpa lagi. Andai ada jodoh antara kita, seluas lautan mati sekalipun pasti akan ada peluang untuk kita berjumpa.

BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA 
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA 
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA 
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA

20 May 2011 (malam), aku akan meninggalkan tempat di mana aku menuntut ilmu selama 3 tahun 6 bulan iaitu UTM. Dan ini bermakna aku juga akan meninggalkan teman-teman seperjuangan yang pastinya akan pulang ke pangkuan keluarga. Apakah akan ada hari untuk bertemu lagi? Doalah moga kita aman dan sentosa. Jadi kita akan bertemu lagi pada bulan September nanti di hari yang dinanti-nantikan sejak kita dari tahun satu iaitu hari menerima segulung Ijazah.

Sunday, May 15, 2011

Menyesal

Ada pepatah mengatakan ''Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna''. Apa sahaja yang telah berlaku @ terjadi tidak akan berulang kembali. Ianya akan menjadi satu kenangan yang terindah buat kita jika ianya manis dan ianya akan menjadi satu mimpi ngeri kepada kita jika ianya pahit. 

Kadang-kadang kita tak menyedari akan kepentingan sesuatu itu, sehinggalah apabila sesuatu itu tiada @ pergi baru kita sedar akan kehadirannya melengkapi kehidupan kita. Kehadiran sesuatu itu membuatkan kita hidup bahagia, membuatkan kita bertahan untuk meneruskan sebuah kehidupan.

Dalam berkawan, kadang kala kita merasa sangat bertuah dapat mengenali seseorang itu. Kadang kala juga kita merasa sangat meyesal mengenali seseorang itu. Kenapa harus menyesal? Bila kita buat baik, kita d balas dengan kata-kata nista, kita di umpat keji di belakang. Bila kita cakap banyak sikit orang kata membebel. Bila kita tak tegur cakap kita sombong. Semakin kita sabar, semakin dye buat kesabaran kita hingga ke tahap maksimum. Bila kita bagi pinjam dan selepas tu kita nak guna dye tak boleh nak kasi. Sedangkan benda itu hak kita. Boleh dikatakan banyak yang tak kene dalam berkawan nie. 

Kenapa kita bertuah? Sebab kita ada kawan yang popular, kita ada kawan yang bijak. Kita ada kawan yang boleh tolong kita masa kita susah. Malah ada kawan tempat kita meluahkan perasaan. Boleh dikatakan semuanya yang baik lah. Nama lagi bertuah kan, mesti semuanya yang baik-baik, yang cemerlang-cemerlang.

Tapi itulah, hakikat sebenar kehidupan ada turun naiknya. Menyesal pun dah tak berguna setelah semuanya terjadi. Apa yang pasti hari esok. Lakukan yang terbaik. Sebelum hari esok, jom layan lagu Menyesal-6ixth Sense


Tuesday, May 10, 2011

Apakah seterusnya..

Dengan tamatnya pembentangan untuk projek tahun akhir yang bertajuk 'Rate of development of Algae by Detection on Concentration of Phosphate' pada jam 3.20 petang semalam, maka hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk memegang segulung ijazah dengan menghadirkan diri di majlis graduasi iaitu dengan menghantar report yang sudah berjilid. Moga hasrat dan impian terlaksana. Walaupun pembentangan yang dilakukan tidak sehebat sehinggakan mahu mendapat title 'Best Presenter', tapi apa yang telah berlaku menjadikan ianya manis sebab segalanya telah berakhir. Tak dapat menjawab soalan dengan baik, dihentam dengan soalan yang menkonfiuskan diri pun dikira manis. Macam takde yang pahit sehinggakan semuanya manis. 


Harapan menggunung yang dipertaruhkan oleh Mama dan Papa bakal aku laksanakan. Dengan menghadiri satu majlis yang manis pada bulan 9 nanti, pasti akan adanya rasa bangga dalam diri Mama dan Papa dengan kejayaan aku meraih segulung ijazah. Namun disebalik saat-saat pengakhiran ini, aku terus buntu dalam membuat keputusan. Adakah aku mahu terus menyambung pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi? ''Tepuk dada tanya selera''.



Sunday, May 8, 2011

Selamat hari Ibu..

SELAMAT HARI IBU UNTUK IBU-IBU DAN BAKAL IBU DISELURUH DUNIA .. 





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails