Wednesday, December 30, 2015

Mauripan naik harga dah!

Assalamualaikum..

Pembuat kuih pagi jenis roti untuk jual macam aku ni memang terkesan lah dengan peningkatan harga bahan-bahan. Ye lah berniaga pun sebab nak bayar pinjaman MARA. Dan memang lepas untuk bayar yang tu je dah tolak tambah harga bahan-bahan. Tapi aku bersyukur sangat sebab dah xsusahkan Mama dan Papa pasal nak bayar pinjaman tu. 

Perbezaan dalam masa sebulan

Aku memang beli mauripan yang paket 11g tu. Senang sekali guna je habis terus. Tak payah nak simpan elok-elok. Sebab mauripan ni cerewet sikit nak simpan. Kene betul-betul ikat dia punya plastik tu kalau tak memang buang aje. 

Selalunya pun memang beli dekat Mydin. Kedai runcit kat rumah ni dia jual RM1. Kira ok lah kalau nak cepat beli je kat kedai tu. Tapi alang-alang g Mydin tu beli aje sana simpan stok banyak-banyak. Tapi ni dah naik 15sen baik beli kat kedai runcit ajelah. Duit minyak pun tak habis banyak.

p/s ~ nasib marhaen :(

Thursday, December 24, 2015

12 Rabiulawal

Assalamualaikum..

Salam Maulidul Rasul 1437H - 2015. 


Allahumma solia'la saiyyidina Muhammad waa'la alihi wasahbihi wabaarik wasallim' 
.
Allahumma solia'la saiyyidina Muhammad waa'la alihi wasahbihi wabaarik wasallim
.
Allahumma solia'la saiyyidina Muhammad waa'la alihi wasahbihi wabaarik wasallim



Selamat bercuti lama kepada yang bercuti..Cuti bersambung kan.. Syoknya

Aku macam biasa hari-hari cuti panjang. :(

Wednesday, December 23, 2015

Roti Naan Cheese Meleleh

Assalamualaikum.

Ekoran dari kecewa dengan roti naan cheese, aku nekad untuk buat sendiri. Memang aku terus google resepi lepas tulis entry tu. Dan ternyata nak buatnye sonang aje. Sama macam buat roti manis, roti sosej pelbagai styledonut gebu gebas, chicken floss bun dan roti goreng inti kacang merah. Walaa dengan satu resepi macam-macam ya boleh buat. I likee.

Love it

Untuk buat roti naan cheese ni aku ada lah alter sikit resepinya. Ikut citarasa dan bahan-bahan yang ada kat rumah. Lagi pun aku suka buat sesuatu yang simple dan tak renyah bahan-bahannya. 

Resepi roti naan cheese meleleh

Bahan-bahan roti naan cheese
500g tpung gndum
100ml air bancuhan mauripan
200ml susu fresh cream
3 sb gula
1 sb margerin
1 sb shortening
beberapa keping cheese 

Cara buat roti naan cheese 
1. Campurkan tpng gndum, susu, air & gula. Uli sekata. 
2. Masukkan margerin & shortening. Uli sekata.
3. Biarkan 1jam ditempat yang berhaba. Selepas satu jam tumbuk untuk buang angin.
4. Dalam 100g adunan canai bagi nipis. Letak cheese 1 keping. Balut cheese.. Biarkan dalam 20 minit.
5. Goreng tanpa minyak dalam non stick pan hingga masak.
siap ~~~~

Semalam lebih kurang pada nak cuba buat sama ada menjadi ke tidak. So aku hanya buat sekeping. Dan ternyata aku sorang makan 3/6 bahagian. Nyesal plak tak buat banyak. Lebihan adunan tu pulak aku dah buat roti goreng untuk frozen dengan roti manis. Makanya hari ni kene buat lagi. Itupun kalau rajin. :)

Tuesday, December 22, 2015

Kacang Pool Haji!

Assalamualaikum..

Kacang pool?? Johor?? Sangat serasi uolss. Kat JB je famous dengan kacang pool ni. Dan kat JB jugak 1st time aku makan kacang pool. Rasanya asalnya pun kat JB. Perbetulkan aku jika aku salah.

Pic kredit tu myselera

Sebelum g hantar sorang kawan naik bas kat Larkin g lah makan ABC kat medan sebelah bomba Larkin tu. Tak terfikir pun nak makan kacang pool sebab aku bukan lah pengemarnya. Tapi lama-lama tak makan teringin jugak. Sebelum balik tu aku g tapau makan kat bilik. Sebabnya pergi sana pun dah kenyang, hirup pulak ABC double kenyang kawan pun ada order tahu bakar (juga 1st time aku makan masa kat JB).

1 set RM5

Kawan aku cakap tak sedap makan sejuk-sejuk. Tapi aku belasah je bila makan waktu lapar. Hehe. Cara aku makan kacang pool ni, aku siat-siat dulu roti tu, campur sekali dengan kacang tu, gaul rata baru masuk mulut. Best!

p/s ~ Last makan kacang pool bila entah.

Monday, December 21, 2015

Kecewa dengan Roti Naan Cheese

Assalamualaikum..

Aku dah lama sebenarnya mengidam nak makan roti naan cheese. Tapi ini kali baru berjaya ditunaikan. Dapat makan dah kecewa pulak. Bukan nak bersyukur kan. Eh! Ok aku bersyukur masih lagi dapat makan sedap-sedap tapi yang kecewanya sebab roti naan cheese yang aku dapat tak seperti yang aku dok bayangkan. So I is frustrated. Blurghhh!

Masa away for 2 weeks dari dunia blog tu aku g Johor untuk seminggu. G sana memang nak lah sangat makan roti naan cheese. Sebab 1st time makan pun kat sana. Bukan kat Kota bharu ni takde tapi aku tak pernah pun nak g makan kat luar melainkan makan je apa yang mama masak kat rumah. 

sumber google. Yang aku dok bayangkan

Dah ada peluang nak makan tu, maka aku order lah. So memang yang masa tu expectation aku terhadap roti naan cheese yang bakal aku dapat tu tersangat lah tinggi. Tapi bila dah dapat tu tak sama, aku redha jelah. Makan tetap makan. Sampaikan takde dah nak snap amik gambar. Kecewa, lapar makan terus.

Yang aku dapat ialah roti naan cheese yang mana cheese nya, yang cheese sekeping 4 segi tu, dikoyak-koyakkan dan ditampal-tampal je kat atas tu. Boleh bayangkan tak? 

p/s ~ nak try buat sendiri lah roti naan cheese tu. Mohh google..:)

Lempeng Lemak Teh O

Assalamualaikum..

Lama menyepi, blog walking pun tak. Sibuk dengan kehidupan dunia yang macam-macam. Seminggu serabut dengan nak temuduga, seminggu melunaskan apa yang dok serabut tu. Now back to hometown. Meneruskan hari-hari yang sama.

Tiba-tiba kalau dapat lempeng lemak makan ngan gula tu sedap. Adik pulak request air teh O. Makanya masak breakfast lah pagi ni. 

Lempeng lemak Teh o (LLTO)

Resepi Lempeng Lemak

Bahan-bahan lempeng lemak
- 2 cwan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 tbs margerin
- 1 biji telur
- secubit garam

Cara buat lempeng lemak
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam blender.
2. Mesin sehingga sebati dan tidak berketul.
3. Tuang adunan ke dalam bekas.
4. Panaskan pan dan api adalah sederhana
5. Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan bagi nipis (sy suka yg nipis)
6. Perhatikan keliling tepi-tepi lempeng dah terangkat sedikit. Balikkan. Masakkan sehingga keperangan sedikit.

Lempeng makan dengan sambal ikan bilis dan nutella pun best jugak. Tapi paling best makan ngan gula je. Cukup menyelerakan. Sepuluh keping aku makan sorang. Haha

Wednesday, December 9, 2015

Budok loni tok serupo mulo

Assalamualaikum..

Dari pemerhatian aku yang zaman 90-an ni kan, budak dulu ngan sekarang memang sangat jauhhh berbeza. Kecik2 dah meraung sebab tak dapat phone. Aku dulu meraung sebab tak dapat mainan je. Sapa agree ngan aku? Angkat tangan, lambai2 sikit macam princes. :)

matahari oren ke kuning?

Maklumlah diorang lahir tahun berapa. Tahun 2000 @ y2k. Tahun millenia. Yang aku ingat masa mula2 nak masuk tahun 2000 tu kan, papa kene stanby kot2 komputer akan mengalami kerosakan sbb dia punya sistem dari 1900 hingga 1999 je. So takut nak masuk 2000 tu anything happen. 

Tup2 dah 15 tahun hah masuk zaman millenia ni. Molek2 ada je. Budak2 pun dah upgrade. Kalau dulu aku tak pernah pun terfikir akan benda tu, mereka sekarang dah macam-macam. Mak pak memang kene perati je depa sekarang. Tak leh nak lepas sangat. Kang2 benda lain plak terjadi.

p/s ~ ada anak esok2 aku kurun dalam rumah. nak didik cam zaman 90-an. Boleh x agak2 eh?

Tuesday, December 8, 2015

Resepi Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum..

Memang dah lama aku plan. Bila hari jadi adik aku sendiri nak buat kek. Dan memang nak buat cheese cake. Birthday adik bulan 11 seingat aku dari bulan 9 kot aku dah sibuk google resepi ngan cari bahan-bahan. memang excited habis lah. Masa dekat2 nak birthday adik tu aku risau gak kot2 dapat kerja ke org panggil iv ke. Nanti tak dapat lah nak celebrate n buat kek tuk adik. 

Tapi alhamdullilah hasrat aku tercapai gak sebab sampai harini aku masih lagi kat rumah. Meng'anggur' tapi bendi yang keluar. Ok cerita bendi nanti aku update. 

close up blubbery cheesecake

Memandangkan kat atas tu cam kosong je aku decide letak coklat. Tapi... 2,3 hari lepas simpan dalam peti pewarna coklat m&m mengotori kek. Dah tak cantikk. Nak makan pun macam tak lalu. Aku cungkil buang kot yg warna tu. Hehe




Bahan- bahan blueberry cheese cake 

dasar kek
150g biskut digestive dihancurkan
70g mentega cair

adunan keju
250g cream cheese - suhu bilik
250ml whipping cream
60g gula kaster
1 tbsp lemon jus
1 1/2 tbsp gelatin halal
50ml air
parutan lemon
blueberry jem

Glaze
1/2 tbsp gelatin halal
50ml air 
blueberry jem

Cara-cara untuk bake blueberry cheese cake 

1. Dasar biskut : gaul rata biskut yang dah dihancurkan dengan mentega cair, kemudian rata dan tekan padat ke dasar loyang (spring form) kemudian simpan dalam peti sejuk.
2. Adunan keju : pukul whipping cream hinga pekat,ketepikan.
3. masukkan air ke dalam mangkuk tabur gelatin dan biarkan gelatin kembang dan panaskan secara double boil. Ketepikan.
4. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul. Masukkan jem blueberry, parutan lemon dan lemon jus putar hingga rata.
5. Masukkan gelatin cair dan gaul rata. Akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
6. Kemudian tuangkan adunan keju dan ratakan. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam @ semalaman.
7. Glaze : masukkan air dalam mangkuk dan tabur gelatin biarkan mengembang. Kemudian panaskan secara double boil sehingga gelatin cair. kemudian gaul gelatin cair bersama jem blueberry hingga rata. Biarkan suam baru tuang keatas adunan keju. Ratakan dan sejukkan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba :)

Monday, December 7, 2015

Resepi Popia Sayur

Assalamualaikum..

Sempena nak sambut kepulangan Long ngan abang ipar hujung minggu lepas, aku buat popia sayur. Sebab Long kata suami dia kalau makan kat luar mesti akan order popia. Dengan kerajinan yang tidak seberapa dapat lah siapkan popia sayur sebelum mereka sampai rumah.

Nah sebekas.. Makan sampai kenyang

Bahan-bahan nak buat popia

Sayur untuk inti popia tu bahan dia senang je. Letak je apa yang ada kat rumah. Tak payah nak kalut pergi pasar raya cari bahan-bahan. Cukup dengan apa yang ada je. Yang takde tu tak payah nak letak. Kalau nak letak jugak, teringin nak buat lagi beli siap-siap..

Bahan-bahan popia sayur simple 

1/2 biji sengkuang (potong panjang)
1 batang lobak merah (potong panjang)
50sen tauge
Garam/gula
3 ulas bawang putih
1 biji telur

Cara-caranya 

1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan telur kacau bagi hancur.
3. Masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong tadi berserta tauge. 
4. Perasakan dengan garam @ gula. Kacau sebati. Padamkan api.
5. Sejat dalam penyejat untuk buang minyak @ air supaya nanti takde lah kulit popia tu basah.
6. Sejukkan seketika. Lepas tu dah boleh digulung dalam kulit popia.

*untuk gam popia tu, aku bancuhkan tepung gandum dengan air sedikit.

Dah goreng, masih lagi ada baki. Simpan dalam fridge nak makan je bila-bila boleh goreng. Lagi-lagi bila hari hujan. Mencari je nak makan apa. Hehe


Friday, December 4, 2015

Rezeki di Benang Hijau

Assalamualaikum..

Antara banyak-banyak IG shop yang jual tudung kan, benang hijau (BH) lah yang menjadi pilihan. Memang hari-hari aku stalk BH tu sampaikan notification memang ON lah. Hehe. Apa yang buat aku tertarik sangat dengan BH tu ialah tudung bawal. Yang printed paling mengugat iman. *aku tak dibayar untuk review ini




Semua tu design printed untuk tudung bawal. Amacam tergugat tak iman? Ok tak. Mungkin iman aku je yang mudah goyah. Hehe. Yang shawl printed pun lawa-lawa (Korang boleh lah g usha IG BH sndiri). Ada lah jugak rasa terliur tapinya aku jarang sangat nak pakai shawl. Melainkan memang rasa banyak masa nak belit-belit. Tapi kalau rasa macam tak menjadi tu bawal jugak yang aku sauk. Yang tudung ala-ala Fareeda tu aku tak pakai langsung. Sebabnya bentuk muka dan gaya aku tak kene dengan tudung tu. Macam orang tua. Ini bukan aku je cakap tapi dah ada orang yang tegur. Koh3x..

Baru-baru ni sempena nak sambut 100k follower, BH ada nak bagi voucher RM100 kpd 10 orang followers bertuah. Just kene repost, lengkapkan slogan. Jadi aku pun cuba lah nasib kot2 ada rezeki. Dan Alhamdullilah aku berjaya menjadi salah seorang yang bertuah tu. Nak tahu apa aku tulis slogan dia? G lah usha IG seraa_banu. Nak tekan butang follow skali pun boleh. *muka tak malu

Atas sekali tu!!

Memandangkan kat KB ada satu butik BH, jadinya aku pilih nak redeem voucher kat butik terus. Senang boleh cuci-cuci mata dan pilih-pilih. Baru puas hati. Pilih, cuba pakai dan letak semula pun boleh. *OK itu perbuatan tak senonoh. Kih3x.

p/s ~ nak g redeem dah ni..

Thursday, December 3, 2015

Resepi puding buah-buahan kurang manis sesuai untuk penyakit kencing manis

Assalamualaikum..

Panjangnya tajuk entry.. wakakak.. Nak tau kenapa tajuk panjang kemain baca campai habis ya..

Terliur punya pasal. Hari tu ada nampak kat blog cik tom dia buat agar-agar laici. Nak buat jugak tapinya laici takde. Yang ada jagung dengan buah dalam tin. Last2 pilih nak buat buah cam lebih menarik. Hehe


Bila barang ada, nak buat pun senang je memang sekejap lah. Dalam masa 45 minit dah setel. Tapi nak makan tunggu sejuk simpan dalam peti baru syok. Buat pun dah petang. Sejuk je malam tu terus makan. Tak sempat nak tunggu esok. Sebab dah terliur sangat. Bahaya jugak ya berblog ni. Mudah terpengaruh dengan orang.. Hehe. 


Bahan-bahan
- 1 paket agar-agar
- 1 tin susu cair
- 1 tin buah-buahan 
- 2L air
- gula

Cara-cara
1. Campurkan agar-agar dengan 2L air. Masakkan hingga larut agar-agar.
2. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang dikehendaki **aku masukkan sikit je. Just manis sesuai untuk penghidap kencing manis.  
3. Kacau gula sampai larut dan mendidih.
4. Masukkan susu cair. Kacau sebati. 
5. Masukkan buah-buahan.
6. Tutup api. Masukkan dalam lyang dan acuan yang dikehendaki. Sejukkan dan hidangkan.

Yess.. Dapat point tak kenapa tajuk entry berjela cam tu? Hehe.. Sebabkan mama ada penyakit kencing manis, takleh makan manis sangat jadi aku buat just nice manisnya supaya mama leh makan sekali. Anak solehah uolss. Haruslah buat sesuatu fikirkan ibu bapa kan. Kalau bukan kita yang gembirakan mereka siapa lagi kan? mama dan papa harta dunia aku yang tak terkira nilainya..

p/s ~ Agar-agar bila dah campur susu cair aku panggil puding..

Wednesday, December 2, 2015

Resepi Blueberry Cheese Tart Muncitt

Assalamualaikum..

Nyum.. nyumm.. sedapnya lah cheese tart ni. Nak makan dah tak boleh sebabnya ni gambar lama punya. Tengok dalam draft ada apa kata publish.. Hehehe



Nak buat cam malas pulak. Malas nak buat shell dia. Haha mood malass dah datang ya. Aku ni bukan sokmonya rajin. Selalunya dah ada masa buat banyak-banyak simpan dalam bekas kedap udara. Bila nak makan je terus paipkan cheese dalam tu. Bakar sekejap dah boleh ngap..


Waaa bestnya makan sejuk2


Muncit tak??


Walaupun dah sejuk lepas siap bakar, cheese tak turun. Masih lagi muncit macam tu. Aku dah pernah buat sebelum ni tapi tak dapat hasil yang sama macam tu. Jadi bila dapat yang muncit ni lagi best. Resepinya aku dapat dari group MAHN. Selamat mencuba.


Rupanya nak dapatkan cheesetart muncit tu hanya pakai 3 sudu telur dari sebiji telur yang dah dipukul. Maknanya adunan cheese tu tak terlalu cair. Itu rahsianya.. :)


Tuesday, December 1, 2015

Roti Goreng inti Kacang Merah

Assalamualaikum..

Haha entry makanan lagi.. Nasib lah korang yang masuk blog aku asyik nampak makanan je. Maklumlah memang kerja aku kat rumah ni makan aje. Ada je benda yang aku nak makan. Sebab tu aku dah bam2x.. Bencinya. Asal lah kalau bab makan ni tak dapat nak control eh? Saka aku ni suka makan ke. Muhahaha


Nak buat roti goreng ni pun pakai resepi dari roti manis. Hah kan dah aku kata, satu resepi macam-macam roti leh buat. Roti sosej lah, donut gebu gebas lah, chicken floss bun lah. Senang je kalau nak buat macam-macam jenis sekali uli dah boleh. Lagi-lagi yang takde bread maker cam aku ni, agak lenguh lah tangan nak menguli kalau nak buat semua jenis tu pakai lain-lain resepi.


Hasilnya sama juga. Gebu gebas dan lembut. Untuk inti kacang merah tu aku beli je kat bekery. 1Kg/RM6.90. Kalau 500g/RM4.00. Jadi kita beli lah mana yang lagi menguntungkan. Lagi-lagi aku jual roti goreng inti kacang merah ni. Letak kat kedai mak saudara. Dapat lah duit sikit nak bayar pinjaman mara ni.

Bulan akhir

Assalamualaikum..

Tinggal 30 hari je lagi untuk aku capai azam aku untuk tahun 2015 ni. 
Agak-agak berjaya tak eh?? Kohkoh..
Dari tahun bila entah aku bawak azam ni.. Haha
Tak pernah nak serius dalam melaksanakannya..
Korang mesti dapat agak apa azam aku yang bam3 ni kan..

Azam aku tiap-tiap tahun pun sama je..
Cuma diupgrade..upgrade dan terus upgrade..
In sha Allah semoga semuanya menjadi kenyataan..


Monday, November 30, 2015

Chicken Floss Bun

Assalamualaikum..

Hujung minggu tiba-tiba mama kata nak makan chicken floss. Amboii ma kenapa dan tiba-tiba kan.. Hehe.. Anak solehah katakan sebab mama dan nak makan apa lagi tengahari tu terus uli tepung. Lagipun sendiri ada jugak terasa nak makan cuma tak berapa nak rajin nak uli. Kih3x.


chicken floss bun

Resepi nya sama macam resepi roti manis. Memang resepi tu lah yang aku guna buat roti sosej ke, donut gebu gebas ke. Puncanya aku malas nak hafal/salin resepi lain. Kalau dah buat sekali tu menjadi, hah kira jadilah tu. Tak payah nak gatal2 cari yang lain. Tak pasal2 kan xjadi. Wakaka..

Untuk chicken floss tu aku beli kat bakery. Ala nak buat sendiri pun boleh sbbnya ia adalah serunding ayam gitu. Mahal jugak ya.. Tapi kalau dah membeli lagi senang dari membuatnya baik beli je. Tapi kalau roti ni nak beli banyak-banyak mahal jugak sebab RM3/satu kan. Sebab tu aku prefer buat ajelah. Boleh makan banyak-banyak.

p/s ~ korang prefer beli ke buat??



Friday, November 27, 2015

Green Tea produk Thailand

Assalamualaikum.

paket green tea Thailand

1st time pergi Takbai entry sini, aku tak berminat pun nak beli green tea tu. Sebab dalam kepala ni dok fikir buat apa beli kalau beli yang dah siap dibancuh lagi senang. Lagipun bukan nak minum sokmo. Jadi tak terbeli lah. Kat sana satu paket tu RM8 je. Tapi kat Malaysia aku tengok ada jual RM12, ada juga yang jual RM15. Bergantung kepada untung lah, berapa banyak yang mereka nak kaut. Mungkin tukang jual tu pun entah orang yang keberapa dah dapat harga borong kan. Bila dia borong pun dah mahal tu yang  mark-up harga tinggi sikit.

Kali kedua pergi Takbai baru lah aku beli green tea ni. Tu pun aku tanya Long nak ke tidak, sekali adik lelaki aku yang nak. Haha. Untuk menunjukkan yang aku ni kakak yang baik beli ajelah. Selain dari green tea ada juga black tea. Kalau kat malaysia gak ore pangil teh beng @ teh ais. Harga sama juga RM8. Tapi aku tak beli lah yang tu sebabnya lagi tertarik dengan green tea punya.

1 sudu serbuk = 1 jug

Cara nak bancuh teh hijau ni sama je dengan nak bancuh teh biasa. Rendam dalam air panas 1 sudu besar serbuk lepas tu tapis amik air je. Campur susu kacau-kacau dan rasa. Hah siap dah. Sekejap je sebenarnya. Tapi kalau malas, beli yang siap bancuh juga sekejapnya. Itupun kalau kat pasar.. Kalau kat rumah tak dapat nak minum lah kalau tak bancuh sendiri. Owhh ada orang kata guna susu cair carnation lagi sedap.. Bagi aku campur jelah susu apa pun asal menjadi teh hijau je.

p/s ~ teh hijau ni tanpa susu tak pernah pulak aku minum.


Thursday, November 26, 2015

Brownies dalam cup cake

Assalamualaikum..

Semalam ada kawan tempat brownies jadinya alang2 dah buat tukang buat pun nak makan jugak kan. Hehe. Tapinya yang tukang buat punya mesti lah lain dari yang lain. Jadi semalam cuba lah buat brownies in a cup.

tak sempat nak snap dah ngap dulu

Berkedut kan brownies tu. Almaklumlah tukang buat dah tua. Ehh. Sebenarnya yang kedut tu lah yang buat brownies menjadi. Takde kedut maknanya tak menjadi lah tu. Tapi still boleh makan tau. Jangan pula takde kedut humban dalam tong sampah pulak. Tu membazir namanya. Makanan tak berkulat pun nak buang buat apa. Just takde kedut je. Maknanya tukang buat tu belum cukup tua lagi lah.. Dah tua nanti buat semula ya. Hehehe

Ni yang tempahan

Untuk yang tempahan tu, aku buat pakai loyang 7x7. Pakai loose base. Senang nak keluarkan nanti. Aku jual RM30. Guna premium punya bahan-bahan ya.. Jadi tempahan dibuka untuk warga Kelantan yang berada di Kelantan. 

Wednesday, November 25, 2015

Cair tengokk ni

Assalamualaikum..

Alhamdullillah hari ni kawasan aku panas ceng setelah lebih 5 hari hujan yang cat and dog. Jadinya hari ni juga Mama marathon membasuh. Habis semua di kutipnya nak basuh. Kain tuala lah, selimut lah, kain sembahyang lah. Berkali2 pusing mesin basuh tu, kalau ada mulut dah lama mesin tu bersuara. hEHHH

Hari ni juga internet streamyx baru dapat. Tiba2 je balik hantar adik aku Isnin malam naik bas tengok moderm merah. Wakklu dah lah hari ini aku ada exam online SPA. Memang mencabar keimanan betul lah. Last2 g jawab kat KFC kebetulan Farah yang ajak g Takbai entry sini pun kene exam jugak. Nasib baikkk kau.

Ini petang internet streamyx kembali. Yabedabedu.. Scroll punya scroll jumpa ABC kat bawah tu. Koh koh koh. Tengok masa panas2 ni memang mencari je. Dah la stok aiskrim entry sini dah habis. Nak buat tak sempat2 lagi. Bizinya lah.. 
yUMMY sangat dapat masa panas ni. Lega kerongkong

Masa takde internet tu kan semua yang kat rumah ni Krik krik ajelah. Selalu waktu iklan semua layan handset, dah takde internet layan tv ajelah.. Haha. Aku langgan data boleh lah rep whatsapp. Nak bukak FB @ IG takleh jugak sbb langgan utk chat only 50mb je.



Monday, November 23, 2015

Takbai lagi

Assalamualaikum

Cuti Depavali tu dah pergi Takbai entry sini, hujung minggu tu pergi lagi!! Aku dah kata once dah pandai memang akan kerap ke sana. Untuk kali ini aku jadi pemandu pelancong Long. Kebetulanya dia ada ajak pergi Pengkalan Kubor, tapi dah alang- alang tahu macam mana nak pergi Takbai jom lah ke sana.


Pergi kali ni dapatlah membeli untuk diri sendiri. Sehelai baju dan 2 helai shawl keknis. Itupun paw Long aka banker bergerak aku. Hehe. Sekali skala bukan sokmo pun. Lagipun Long kata RM20 sorang. Jadinya kene lah guna kan. Kalau tak beli apa-apa, RM20 tu burn bila dah sampai Malaysia. Melampau. Hahaha

Info tambahan, jam 12 tengahari sehingga 2 petang, bot tidak akan beroperasi. Maklumlah masuk secara haram kan, mungkin waktu tu tak sesuai untuk mereka bawa penumpang. Jadi elakkan untuk nak pergi Takbai dan balik Malaysia waktu itu. Aku dah pun jadi mangsa.

Sampai jam 12 tengahri, pukul 12.30 dah nak balik. Terbaikk wa cakap lu. Pergi oversea duduk 30 minit je. Bazir duit tambang RM3. Hahaha. Sebabnya masa pergi first tu aku dah aim kedai, Long pulak ngekor je, hari pun panas memang pakej sangat. Tapi lastnya kene tunggu bot beroperasi. Melepak tepi tangga menunggu.


Owh kat sana, tiba-tiba tengah jalan @ membeli kalau ada orang tegur tanya pasal dah ada bot tu tak payah lah nak terkejut. Sebab mereka tengah cari penumpang untuk bot mereka. Sapa yang dapat, income mereka untuk hari itu lebih lah sikit. Kalau rasa nak bagi rezeki dekat dia cakap lah takde lagi. Diorang akan ikut je korang. Jika barang berat nanti mereka akan offer nak bawak. Bukan bawak saje-saje tapi berbayar. Cas dalam RM2-3 kalau tak silap. Tiada yang free dah sekarang ni.

Dah rasa pengalaman pergi Takbai ni, entah bila dapat pergi lagi. Adalah jimat sikit tolak dengan duit tambang bot bila berbelanja kat sana. Pergi sana nak cuba makanan mereka pun boleh. Kat pasar tu ada je orang jual macam kuih muih. Etok pun ada jual dan lagi murah dari Malaysia.

p/s - Hatyai, Takbai dah. Nak pergi Krabi lak!!

Wanabian wedding 5th

Assalamualaikum..

Semua dah sedia maklumkan cuti sekolah dh pun mula. As usual bila cuti sekolah mesti ada kenduri kendara. haishh 3, 4 invitations dah aku dapat dr kawan2 seusia kat FB tu. Alhamdullilah dah sampai jodoh korang kan.. Aku just wait for a time. Banyak lagi hal2 penting yg aku belum achieve dalam hidup. So once dah nak kahwin nti aku jemput ya, xpayah lah susah2 nak tanya bila. Aku tahu korang bukan apa, caring terlebih. Aku hargai itu. Family aku pun caring but they understand. Lagi pun Long aku 28tahun baru kahwin. Ehh membebel pulak kan. 😆

Semalam 1st invitation dari kawan yang ak pergi. Sementara ada kat Kelate kan, marilah memenuhi undangan sahabat2. Kalau dah kerja esok2 tak tahu lah dapat pergi ke tak? Kalau kene dengan time cuti OK aje. Tapi jemputan yg semalam ni memang wajib pergi. Kalau x pergi mmg xdtg deme ni.


Ni wedding ke 5 out of 9 wanabis. Jadi tinggal 4 lg yg singel mingle and available. Haha. Jomm badi cop sapa kahwin dulu. Yang kahwin last akan ada kemungkinan xcukup 9. Ini pun dah xckup 9. Alasannya anak nagis dah 2, 3 ari. mak pun tak kasi pergi. Antara alasan dan kebenaran yang akan diberi bila xdapat attend wedding kwn yg pergi wedding dia. Hurmm apa nak buat. Dah kahwin kan, commitment bertambah and we understood. Sibuk dengan suami dan anak.


To Shiha and husband. Selamat mengemudi kapal korang. Semoga berlabuh di tempat yg betul. In sha Allah sentiasa di bawah rahmat Allah.

Cah buyong akan meletop bulan 1.

p/s ~ Reunion wanabian tahun 2015. Who next?

Thursday, November 19, 2015

Helmet punya cerita

Assalamualaikum..

Yang ni seriuss kelakar. Bagi aku lah. Bukan main syok lagi kan dah sampai kat traffic light tengah tunggu hijau tiba2 terasa asal lah kepala ni cam berangin dan ringan aje. Kenapa lah kan?? SekaliIIiii lupa nak pakai helmett wOOoo. Hahahaha sengeh sorang2 lah atas motor. Masa tu terus fikir cam mana nak cover utk pusing balik nak amik helmet kan. Nak uturn kat traffic light tu cm xkena pulak sbb bukan ada pembahagi panjang pun. Last2 lps traffic light bg signal konon nak g kedai makan kat situ. Sampai rumah gelak2 ngan ma..


Satu lagi cerita kelakar. Pasal helmet jugak. Ada satu hari tu nak g Mydin. So pergi lah dengan motor sbb aku suka merempit ++ nak cepat kan. Pergi pun sorang mmg senang naik motor je. Dah sampai tu parking lah kat Watson dpn Mydin tu. Dah kunci tayar semua, menonong nak seberang jalan ni. Sekali tersedar macam bangun dari tido kenapa berat semacam je kepala kan. Rupanya tak buang helmet kau!! Lagi sekali sengeh sorang2. Nak gelakk pun tahan simpan balik gelak kat rumah. Dah la masa tu ada orang kat parking motor sama dengan aku, malu giler. Nak pandang muka orang tu pun xnak. Entah2 dia dok gelak, sengeh2 kat aku yang lupa nak tanggalkan helmet kan. 

Kejadian tu berlaku juga dalam bulan 11. Maknanya dalam bulan yang sama yang hari ni baru 19 Nov dah 2x aku lupa nak pakai dan tanggalkan helmet. Kau dah kenapakan!! Pelupa sangat. Rasanya takde lah tua terlampau kan. Lagipun helmet benda WAJIB kau ingat bila naik motor dan turun motor. Hurmm mungkin kes aku banyak fikir benda lain kan. Sampaikan xterfikir dah pasal helmet. Haha.



Wednesday, November 18, 2015

Mintak udara. Dia datang dah!!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sesak nafas. 2 hari berturut2 dapat surat dari MARA. Pasalnya MARA dah mula kutip hutang untuk pinjaman pelajaran masa smbung Master hari tu. Huwaa mana nak cekau duit nak bayar.. Kalau hari ni MARA bagi aku kerja, bulan ni aku janji aku bayar yang tertungak tu. . Masuk bulan ni dah 2 bulan tertunggak dan amount dia RM200. Bukan nak cakap xada duit langsung, duit ASB tu ada je tapinya tak nak lah usik dulu. But if this thing getting worse and I didn't get the job until end of Disember I need to do something. 


Berapa jumlah kene bayar? Semuanya RM 34,434,30 (amboii cantik nombor) sebelum pengurangan. Pasal pengurangan ni satu hal. Bila nak declare yg aku dapat pengurangan bayaran tu. Takkan tak nak bagi kurang sikit pun. Start dari form 4 lagi dan sampai skrg aku masih setia lagi dengan MARA. Mintak tangguh atas alasan belum dpt kerja xterima pulak. Aku bukan saja2 xnak bayar. Hutang tu. Benda wajib bayar kot. Dan aku bukannya tipu yang aku belum dpt kerja, tapi itulah hakikat sbnr (sbb tu aku buat part time jual kuih). Dunia hari ni penuh dengan pertarungan. "If you great, you get". 

"Ya Allah kau limpahkan lah rezeki dalam bidang pekerjaan kepada aku, sesungguhnya aku teramat memerlukannya teramat sangat. Aamin."

p/s ~ sbb tu kat profile aku tulis Job Hunter.

Tuesday, November 17, 2015

Aiskrim Oreo homemade

Bismilahirhamanirahim dan Assalamualaikum..

Tak kira lah pagi ke hujan ke, kalau rasa nak makan tu memang makan je. Hehe. Sebab tu aiskrim memang xboleh xada dalam peti. Yang menjadi kegemaran tentulah perisa oreo. Lagipun bila homemade semua nak yang senang dan mudah je. Kalau nak buat yang pelangi tu leceh sikit nak kene asing2 ikut warna semua. Aku ni takde lah rajin sangat. 

Minggu ni punya

Minggu lepas punya

Seminggu satu bekas aiskrim. Haha. Yang paling banyak makan tentulah aku. Kedua banyak adik perempuan aku. Orang2 lain entah tahu ke tidak pasal kewujudan aiskrim ni. Sapa rajin selongkar peti dia lah yang makan paling banyak. 

Nak buat aiskrim ni senang teramat lah sangat. Sebab tu aku rajin buat je. Nak beli pun boleh je sebab aiskrim satu bekas bukanlah mahal sangat pun. Kalau promosi dah leh dapat RM3.99 yang bekas bulat tu. Jenama lupa pulak. Kalau walls, nestle lagi2 magnum memang tak dapat lah. Kos aiskrim homemade pun lebih kurang tu jugak. 

Ikut resepi pakai susu cair. Tapinya yg minggu lepas aku cuba pakai susu dutch lady fresh cream. Dan hasilnya lebih sedap berbanding pakai susu cair. Memang lepas ni buat pakai fresh cream lah. Kene simpan stok fresh cream, beli time promosi RM4.99. Kalau tak RM5 lebih kan. 

p/s ~ korang suka aiskrim perisa apa?

Monday, November 16, 2015

Donut gebu gebas

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dengan hanya pakai resepi adunan roti manis, dapat juga buat donut gebu gebas. Sebelum ni pun ada buat roti sosej pelbagai style. Memang pakai resepi yang sama. Senang je kan macam2 boleh buat. I sukaa!! Tak payah nak cari resepi lain.

Semenjak dua menjak ni macam rajin je nak menguli. Seminggu tu adalah dalam 3,4 kali. Tepung gandum memang kene ada sentiasa. Kalau tiba2 rajin tu datang senang aje terus mengagau tepung dalam tempayan. Mautipan pun kene ada sokmo. Kalau takde mauripan cam mana nak meroti @ mendonut kan.


Ada cuba jual donut yang aku buat ni. Letak kat kedai x-mak sedara. Alhamdullilah laku lah juga. Dapat lah side income sikit. Mula2 buat tu orang komplen keras sikit. Tapi aku tak putus asa, buat dan buat lagi.  Cari punya napa jadi keras kan. 


Ada juga buat frozen. Untuk makan kat rumah je frozen tu. Senang nak goreng2 bila ada tetamu datang kan. Makan time hujan pun syok juga. Lagi2 musim tengkujuh dah masuk kan. 

p/s ~ lapa pulak tengok donut tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails