Showing posts with label takbai. Show all posts
Showing posts with label takbai. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Green Tea produk Thailand

Assalamualaikum.

paket green tea Thailand

1st time pergi Takbai entry sini, aku tak berminat pun nak beli green tea tu. Sebab dalam kepala ni dok fikir buat apa beli kalau beli yang dah siap dibancuh lagi senang. Lagipun bukan nak minum sokmo. Jadi tak terbeli lah. Kat sana satu paket tu RM8 je. Tapi kat Malaysia aku tengok ada jual RM12, ada juga yang jual RM15. Bergantung kepada untung lah, berapa banyak yang mereka nak kaut. Mungkin tukang jual tu pun entah orang yang keberapa dah dapat harga borong kan. Bila dia borong pun dah mahal tu yang  mark-up harga tinggi sikit.

Kali kedua pergi Takbai baru lah aku beli green tea ni. Tu pun aku tanya Long nak ke tidak, sekali adik lelaki aku yang nak. Haha. Untuk menunjukkan yang aku ni kakak yang baik beli ajelah. Selain dari green tea ada juga black tea. Kalau kat malaysia gak ore pangil teh beng @ teh ais. Harga sama juga RM8. Tapi aku tak beli lah yang tu sebabnya lagi tertarik dengan green tea punya.

1 sudu serbuk = 1 jug

Cara nak bancuh teh hijau ni sama je dengan nak bancuh teh biasa. Rendam dalam air panas 1 sudu besar serbuk lepas tu tapis amik air je. Campur susu kacau-kacau dan rasa. Hah siap dah. Sekejap je sebenarnya. Tapi kalau malas, beli yang siap bancuh juga sekejapnya. Itupun kalau kat pasar.. Kalau kat rumah tak dapat nak minum lah kalau tak bancuh sendiri. Owhh ada orang kata guna susu cair carnation lagi sedap.. Bagi aku campur jelah susu apa pun asal menjadi teh hijau je.

p/s ~ teh hijau ni tanpa susu tak pernah pulak aku minum.


Monday, November 23, 2015

Takbai lagi

Assalamualaikum

Cuti Depavali tu dah pergi Takbai entry sini, hujung minggu tu pergi lagi!! Aku dah kata once dah pandai memang akan kerap ke sana. Untuk kali ini aku jadi pemandu pelancong Long. Kebetulanya dia ada ajak pergi Pengkalan Kubor, tapi dah alang- alang tahu macam mana nak pergi Takbai jom lah ke sana.


Pergi kali ni dapatlah membeli untuk diri sendiri. Sehelai baju dan 2 helai shawl keknis. Itupun paw Long aka banker bergerak aku. Hehe. Sekali skala bukan sokmo pun. Lagipun Long kata RM20 sorang. Jadinya kene lah guna kan. Kalau tak beli apa-apa, RM20 tu burn bila dah sampai Malaysia. Melampau. Hahaha

Info tambahan, jam 12 tengahari sehingga 2 petang, bot tidak akan beroperasi. Maklumlah masuk secara haram kan, mungkin waktu tu tak sesuai untuk mereka bawa penumpang. Jadi elakkan untuk nak pergi Takbai dan balik Malaysia waktu itu. Aku dah pun jadi mangsa.

Sampai jam 12 tengahri, pukul 12.30 dah nak balik. Terbaikk wa cakap lu. Pergi oversea duduk 30 minit je. Bazir duit tambang RM3. Hahaha. Sebabnya masa pergi first tu aku dah aim kedai, Long pulak ngekor je, hari pun panas memang pakej sangat. Tapi lastnya kene tunggu bot beroperasi. Melepak tepi tangga menunggu.


Owh kat sana, tiba-tiba tengah jalan @ membeli kalau ada orang tegur tanya pasal dah ada bot tu tak payah lah nak terkejut. Sebab mereka tengah cari penumpang untuk bot mereka. Sapa yang dapat, income mereka untuk hari itu lebih lah sikit. Kalau rasa nak bagi rezeki dekat dia cakap lah takde lagi. Diorang akan ikut je korang. Jika barang berat nanti mereka akan offer nak bawak. Bukan bawak saje-saje tapi berbayar. Cas dalam RM2-3 kalau tak silap. Tiada yang free dah sekarang ni.

Dah rasa pengalaman pergi Takbai ni, entah bila dapat pergi lagi. Adalah jimat sikit tolak dengan duit tambang bot bila berbelanja kat sana. Pergi sana nak cuba makanan mereka pun boleh. Kat pasar tu ada je orang jual macam kuih muih. Etok pun ada jual dan lagi murah dari Malaysia.

p/s - Hatyai, Takbai dah. Nak pergi Krabi lak!!

Friday, November 13, 2015

Halfday trip to Takbai, Thailand

Bismillahirahmanirahim dan Assalamalaikum..

Cuti depavali, sempat lah cross border g oversea. haha. Tu pun g tumpang orang. Dah orang ajak kan, aku pulak jenis yang kurang rasa malu apa lagi ngekor ler. Lagipun mmg lama dah teringin nk g seberang sana. Kata je dok Kelate tapi ni bru 1st time sampai.

Dengan tambang RM3 dah dapat g oversea kau!! Wahh menarik tak menarik tak.. Dah lah dalam 15 minit je sampai sana. Tak payah nk cream2 bontot kan naik flight lama2. Pasport pun tak perlu. 

Kita naik bot je ok!

Pergi takbai ni, aku masuk haram je. Ikut jeti yang tak macam jeti dekat Pengkalan Kubur. Tak payah nak cop2 pasport. Satu boat 4 orang skali ngn tukang bawak bot. Satu orang sehala RM3 sahaja. Tapinya kene tahan panas sikit ler. Perjalanannya hanya memakan masa 15 minit sahaja. Yelah Malaysia bahagian Kelate ni hnya dipisahkan oleh Sungai Golok je dengan Thailand.

Join g takbai ni farah yang ajak bersama kawan opis dia. Aku bawak adik sekali. Semua 6 orang. jadi kami g dengan 2 buat bot. Sampai sana tak ramai pun orang. Tak dok lah kata serabut dengan orang kan. Leh lah shopping dengan tenang.


singgah kedai jual sabun2 produk thailand


Rambang mata.. banyak sngat barang2 murah. Baju2 murah. Kain2 tudng murah. Macam shawl keknis tu kat sini RM10. Kat sana blh dpat RM8@RM6 je ikut jenis kain. Baju pulak RM20-25 Je. Nasib baik aku tak bawak banyak duit jadi nafsu membeli dapat disekat. Aku hanya beli tudung keknis 2helai (RM18), tudung instant shawl sarung siap 2helai (RM36), sabun beras ain kirim 1 (RM5). Kalau kat Msia sabun tu orang jual RM10. hahh ce banding, murah tak kat thailand.

Makanan2 pun murah. Skrg kat kelate tengah trending baby nenas. Kat Msia 1kilo RM18 orang jual. Kat sana RM15 dah boleh dapat. Bnyk murah weh. Aku beli lah 1kilo sbb long nk balik. Mangga pun murah2. Sekilo RM5 2kilo RM9. kat pasar RTC nuh RM8/kilo orang jual. OMK..

baby  nenas yang trending

Dah tau kat mana nak naik jeti nti leh pergi sendiri2 je. Syoknya kalau g sana bawak duit bnyk2. Syurga membeli belah sngat. Hehe. 

p/s ~ hari ni cuti lagi sempena Keputeraan Sultan Kelantan. Dok umah jeler..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails