Monday, December 31, 2012

Bitter Sweet Twenty Twelve

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Permulaan tahun 2012 yang baik. Tiada cerita manis. Kalau ada pun mungkin xseberapa manis hingga semut nak hurung. Kalau pahit pun xseberapa pahit rasanya hingga ke deria rasa yang ke-5. 

Apa yang nak diceritakan yang pergi tak akan kembali. Yang datang silih berganti. Itulah cerita alam. Yang pergi semoga di tempatkan dikalangan para soleh dan solehah. Yang masih bernafas dan baru diberi nafas teruskan kehidupan untuk menjadi yang lebih baik. Pahit untuk dikenang kisah pemergian, tetapi rindu datang menerpa. Al-fatihah. Arwah nenek

Tahun dua puluh dua belas juga ramai kawan-kawan yang dah bernikah dan tak lupa juga yang telah mengikat tali pertunangan. Bagi yang dah mempunyai calon yang sesuai, terus jalinkan perhubungan yang lebih baik. Matlamat tidak menghalalkan cara. Please be more better than today. InsyALLAH. Gembira untuk mereka yang dah berbahagia hingga ke tarikh ini (hari ini).


Photo: Assalamualaikum ..............smoga hari ini lebih baik drp semalam..In Shaa Allah

p/s ~ miss my family..:)

Saturday, December 22, 2012

Mee Udang Mak Jah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Entry lompat lompat. Sekejap ke Singapura sekejap ke Perak. Hehe. Maafkan aku.


Perak nie terkenal dengan makanan yang diberi nama 'MEE UDANG'. So kalau xmerasa mee udang nie sangat laa rugi gua cakap lu. Kami yang masa hari p serang mee udang nie yang cirit birit pun sangup/rela or whatever g cari mee udang nie. Hinggakan masa odw tu sebab tak tahan sangat siap singgah surau lagi nak tinggalkan sisa kumbahan. Muhahaha. Dah laa enty makan, cerita benda kotor plak. Ampunnn



Okehh nie menu kami order. Ada special ada yang tidak. Kami amik yang biasa aje. Yang biasa tu pun dah ada 7 ekor udang. Kalau yang special entah2 ada 70 ekor udang. Haha.


Muka sengeh tunjuk gigi. Sakit2 pun leh lagi senyum. Inilah kami. Wakaka. Kami makan mee udang nie kat Kuala Sepetang. Pergi sana berpandukan papan tanda aje. No GPS. Nasib baik xsesat. Yehh kami boleh!!!!!!

p/s ~ kome penah makan mee udang??

Friday, December 21, 2012

Jo Bhi Kasmein Khaayi Thi Humne by Apex & Leuniey

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Alaaa comelnya Apek nyanyi. Haha.. Apek niee serba boleh sungguh la. Berlakon jadi banggla buleh. Nie nyanyi lagi tamil pulok. Kelasss..

Untunglaaa Leuniey. Muhaha.. Mereka bakal diijab kabulkan 28 Disember nie. Wahh Weeding of The Year ke?? Pe2 pun selamat berkahwin in advance dari aku dan keluarga. Ehh? Bajet Apex baca blog aku.



p/s ~ DIL TU PAGAL HAII..

Al-Fatihah :: Arwah Nenek

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita pergi. Yang dah pergi tentunya tidak akan lagi kembali. Hanya redha dan pasrah akan ketentuan ini..


 

Sedekahkan lah 'al-fatihah' buat arwah nenek ku. Hanya gambar yang menjadi tatapan aku kerana tidak berkesempatan untuk ketemu untuk kali terakhir. Last jumpa nenek masa Raya Haji lepas. Nenek pergi pada hari yang sepatutnya malam tu aku balik naik bas. Agak terkilan juga lah. Tapi Allah SWT lebih menyayanyi beliau. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. InsyAllah..

Sekarang aku dah takde nenek lagi dah. Atuk pun dah takde. Huhu sedeynya. 

p/s ~ nenek ku pergi dikala umurnya 66 tahun.

Saturday, December 15, 2012

Sesat di Esplanade

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Selepas kes 10 sen yang bernilai tu kami selamat sampai ke Esplanade. Alhamdullilah. Tapi kat Esplanade lain kisahnya pula. Muhaha. Kami sesat cari kedai Makanan Korea & Jepun. Entah sampai ke mana kami dop cari2 kat dalam pasar raya kat Esplanade tu. Dah la lenguh jalan2 kat SBG xhabis lagi, tambah plak yang sesat nie. Sedeyyy.

Agak2 dah jauh sikit dan rasa macam salah aje tempat tu, kami patah balik pergi arah yang satu lagi plak. Akhirnya jumpa. Wakaka. Rupanya kedai tu dekat ajeeee dengan tempat turun MRT. Fine lagi sekali pergi, aku xkan lupa dahhh. Penat tau kaki.


Tak fikir panjang, kami terus g order dan melantak. Aku makan Chicken kimchi ramen. Huwaaa nagis. Dah laa tengah lapar, panas pulak. Lamo laa cikit nak buleh rasa nikmat tu. Yang dalam mangkuk putih tu nasi + unagi (udang). Best!! 

p/s ~ sejak kawan ngan Lab rat's aku reti n tahu makanan jepun n korea. Bagusss

Domain Percuma [Dot] My

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Fisrt of all tq to Cik Pelangi sebab promote pasal domain percuma. Tanpa promote dari dye aku xtahu pun yang Cik Innanie nie ngah cari sapa2 yang berminat untuk dapatkan domain percuma yang kalau tanpa percumanya bernilai lebih kurang RM200. Wohhoo.. Aku student aje, kalau tanpa percuma aku rasa xdenya aku nak pakai domain2 nie. Cukup aje dengan [dot] blogspot [dot] com. Korang mcam mana?
 


Alhamdullilah hasil buta IT aku dop godek2 tukar tu, tukar nie semalam akhirnya blog aku dah pun tukar dari [dot] blogspot [dot] com kepada [dot] my. Yehh dah ada domain. hehe. Apa ada pada domain? Aku pun xtahu. Tapi aku ada baca kat blog Cik Innanie apa itu domain. Bagus tul Cik Innanie nie. Semua benda dye share kan..

Jadi kepada sapa2 yang berminat nak ada domain sendiri tapi xmampu macam aku nie, leh laa amik peluang nie untuk memiliki. G laa baca blog Cik Innanie.

Friday, December 14, 2012

Excited Nak Kelik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hoiii hoiii.. Kepada orang kampung sekalian, aku akan balik!! Yihaaa suka gler ati bilo buleh kelik kampung nie. Sero supo lamo doh xjenguk ore2 kampung nie. Sihat kow belako? Harap pakat sihat laa deh. Nie bule 12 doh nie. Musin tengkujuh dop. Jange dop main huje, air sangat laa. Kalu kawase rumoh tu naik air, pakat g tempat perpindohae la deh. Jange wat degil xse pindoh la. Nyawo ado so jah belako nie. Kow guano?


Tahun 2013 doh nak menjengah nie. Save the rest for the next year deh. 

p/s ~ Kaitan ngan ticket? Nk oyak nak balik kampung jah..

Wednesday, December 12, 2012

Makanan Jepun & Korea

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dukbokki

Okonomiyaki 

Nyum2x.. Sungguh laa sedap hingga menjilat sudu. Huwawawa.. Both makanan aku xpernah tahu hingga diperkenalkan oleh lab rat's. Wa best giler dapat jadi kawan2 lab rat's nie. Pe yang aku xtahu, aku dapat tahu. Apa yang aku xpernah makan, aku dpat makan. Alhamdullilah..;)

Tuesday, December 11, 2012

10 sen :: Nilai Kecik tapi Berharga

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Entry tiada gambar..

Lepas dah letih amik2 gambar kat SBG, tiba laa masa tuk makan. Time tu pukul 3 lebih. Laparrrr. Dah laa sebelum msuk SBG tu kami hanya makan jemput2 ikan bilis + bwang dan roti aje. Mana tahan wooi makan makanan seperti itu, pastu jalan banyak. Nagesss..

Oleh itu kami decide nak g Esplanade sebab nak g makan kat kedai makanan Korea & Jepun. Sebelum tu nak kene beli ticket MRT dulu. Kat sana kaunter xde. Yang ada hanyalah mesin. Jawabnya nak xnak, pandai xpandai memang kene beli sendiri, tekan2 pakai mesin. Fine. Yang ada hanyalah kaunter service je. Itu pun untuk tanya2 kalau sesat or whatever.

So kami pun tekan2 la kat mesin tu. Dari stesen Botanical Garden nak ke Esplanade untuk 3 orang jumlah dye $9.30. Okeh kira2 duit syiling xcukup lagi 10 sen. Yang ada time tu juga 50 dollar. Decide g pecah kan duit kat kedai runcit. Amik air mineral botol kecik satu. Masa bayar pula boleh tuan kedai tu xnak terima duit 50 dollar tu. Bengang tiba2. Habis tu mana nak dapat lagi 10sen kalau xnak terima duit tu nak kasi pecah. Nak beli ticket pakai duit 50 dollar tu xleh plak. Sebab baki dye up to 4 dollar only. Baki kami bukan 4 dollar tapi 40 dollar. Waaaaaaaa

Blurrr.. Xtahu nak g tukar kat mana dan xtahu nak buat apa. Tertanya2 kat kaunter service tu xleh tukar duit ke? Sorang lab rat's cakap kat situ xde duit. Fineeeee.. Pastu kita nak buat apa!!! Mata aku dah melilau2 sebabnya aku nak cari 10 sen lagi. Maklumlaa 10 sen kalau jatuh orang dah xcari or amik. So aku fikir ermm mesti ada punya. Guesss what. Unexpected memang ada 10 sen terselit kat celah2 bawah apa entah. Masa tu Ya Allah terima kasih sangat sebab tolong kami. Dah la kat tempat orang. Nak mintak 10 sen pun takut orang tak bagi. Syukur giler masa tu. Dah tu dapat la kami beli ticket ke Esplanade. Kat Esplanade pula sesat xjumpa cari kedai.

p/s ~ pengalaman tu mengajar aku yang 10 sen itu penting. Kawan2 blog sila laa keep 10 sen tu macam nyawa anda. Jatuh sila la kutip. Tapi kalau kutip, kan kalau aku terdesak cam kisah atas tu sapa nak kasi. Adehhh.

Monday, December 10, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Yehh akhirnya dapat gak kad diskaun siswa nie. Jom membeli belah. Muhaha.. Bajet banyak duit nak membeli belah kan.

 

Jadi, nak kene google company mana yang leh terima kad diskaun siswa nie. Sekurang2nya leh save duit. Maklumlah student bukan kaya sangat pun. Hinggakan kredit habis pun  mintak dengan Hotlink. Terukkan. Hehe.. Aku dapat tahu Firefly bagi 50% diskaun.. Betoi kaa? Ada sapa2 dah pernah beli ticket firefly guna kad nie x? Share2 laa yaa betoi ke tidak.. Pasnie balik naik kapal terbang laa selalu kalau off 50%. Tak payah aku seksakan bontot lagi.. =)

p/s ~ Expired date tahun 2016. Mak aihhh buleh guna tuk jangka lama upenya.

Sunday, December 9, 2012

National Orchid Garden

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sambungan dari Singapore Botanical Garden..

Dalam entry sebelum nie aku ada cite kan kat dalam tu juga ada taman orkid. Ya taman orkidnya sangat laa besar dan banyak orkid. Warna warnanya juga sangat cun. Kalau boleh kat semua orkid tu aku nak bergambar. Okeh tu dah over. Muhaha


Decoration kat dalam tu pun sangat cantik okay. Lepas tu siap ada tempat tuk 'photo snap' lagi. Siap label punya 'photo snap' tu. Terbaikk laa..



Kat dalam taman orkid nie juga ada 'cool house'. Kat dalam 'cool house' nie pula ada tumbuh tumbuhan yang jenis hidup kat tempat sejuk seperti kat kawasan pergunungan, kat kawasan air terjun. Wowww. Kat dalam 'cool house' nia ada pokok periuk kera (gambar ke-3 dari kiri kat atas). Juga leh tengok pokok yang sekali tengok macam setadan pisang (gambar ke-2 dari kiri kat bawah). Nak tahu apa lagi leh tengok kene p tengok ngan kepala, mata, badan sendiiri. Baru la anda semua akan kenal alam semula jadi nie. =)


Betis dah sakit. Hujan pun dah turun kembali lebat. Stressss.. Berpayung seperti tidak berpayung. Dah laa hujan leh pulak sesat. Tengok peta tapi xmacam tengok peta. Decide.. kita kene kembali ke pangkal jalan (jalan datang). Hujan masih turun dengan lebat. Tiada tempat perteduhan, tetap juga meneruskan perjalan. Kembali ke stesem MRT.. Buat keputusan untuk ke Esplanade. Mari makannnn pula!!

Untuk pengatahuan lanjut mengenai singapura botanical garden klik sbg.

p/s ~ Pencarian 10 sen (dollar) bermula..

Saturday, December 8, 2012

Singapore Botanical Garden

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Seminggu selepas balik dari Perak kerana menghadiri majlis kahwin lab rat's, kami ada plan lagi baik punya. Dan kerana plan baik punya nie la aku sakit betis, bontot semua. Huwawaaa.. Nagisssss kalau mengenangkan kembali..

Plan baik punya tu ialah untuk sesi bergambar bagi akhir tahun 2012 ya. Maka tempat yang dipilih ialah Singapore Botanical Garden. Wahh kelas tak kau? Amik gambar akhir tahun kat oversea hokay. Kau ada? Okehh bukan nak riak @ apa2 ya. Just joke. Berbalik kepada Singapore Botanical Garden. Perjalanan ke sana hanya dengan menaiki bas dan MRT. Perjalanan bermula dari city square (CS) ke Kranji (Singapura), kami hanya naik bas bandar dengan bayaran RM1 sahaja. Kemudian dari Kranji (stesen MRT), kami meneruskan perjalanan dengan naik MRT hingga ke Botanical Garden.


Dah sampai Botanical Garden tu, berjalan sikit dah sampai Singapore Botanical Garden. Masa sampai tu sana hujan lebat. Waaa macam mana nak g jalan2 dalam tu. Dalam kalangan kami hanya aku je bawak payung. Tu pun cenonet je. Mana nak muat 3 orang. Okehh fine, rehat dulu. Makan makanan yang dibawa. Bila hujan dah reda sikit mula masuk dalam tu. Dan bila tengok map (gambar atas)... Huwaaaaaa luasnya. Larat ke nak habis pusing semua tuuu..

Tapi gambar map itu tidak memudarkan hasrat kami untuk jalan2 sambil amik gambar dalam tu. Pemandangan kat dalam tu sangat cantik. Juga ada bermacam2 tumbuh tumbuhan. Serai, pokok bunga kantan, pokok limau kasturi pun ada. Yang tak kenal pokok2 tu leh laa g belajar kat sana ya. Setiap pokok2 tu memang di letak nama. Tak kira laa nama specific ke nama kita panggil ke semua ada.


Bukan setakat tumbuh tumbuhan aje ada. Haiwan haiwan pun ada. Kat Singapore Botanical Garden nie sepertinya mari mengenal alam la lebih kurang. 


Kat dalam Singapore Botanical Garden nie juga ada Taman Orkid. Juga ada kisah2 lucu. Yang tu nanti aku cite lain kali. Bersambung...

p/s ~ Tempat untuk bergambar bagi awal tahun 2013 dah comfirm tempatnya. 

Wednesday, December 5, 2012

Firefly Promotion

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Again.. again.. and again.. Aku ter'gedix' for da second time. Ya Allah.. Apa mahu jadi nie. Mahu kurang duit dalam bank kalau gini lah gayanya. Huhuhu

Last day, aku tengok one of my FB's friend ada pos sal firefly promosi nie. Aku apo lai, cepat2 bukak page firefly sebabnya aku ada cakap yang aku cari ticket balik KB murah naik kapal terbang kan? Apo dyo? Tak tahu. Fine leh rujuk entry ter'gedix' nie. 


See picture kat atas tu. RM 60 JB-KB for only 2 hours.. Kalau balik ngan bas nie RM62 mahunya 12 jam. Takde bontot dah aku rasa bila selalu naik bas balik kampung. Amboii baru skrg nak rasa xde bontot ya. Kahkahkah. Alasan untuk aku beli ticket firefly lah tu. 

Maka kerana ke'gedix'kan aku tu, aku berjaya membeli ticket firefly promosi nie. Tarikhnya 28 February iaitu sehari selepas balik dari cuti2 Sabah tahun hadapan. Boleh laa aku bawa balik segala brang2 yang aku beli kat Sabah kat family aku. Juga menambahkan cuti aku. 

p/s ~ okeh cuti tahun depan dah banyak.. So sebelum hbs tahun nie SILA BUAT KERJA!!!

Monday, December 3, 2012

Pray For My Father Health. Aamin

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Please pray for my father. Hope everything gonna be okay. Amin.. Tomorrow or today (if u read on tuesday) is a day. My father would do endogram to know either their coronary artery blockage or not. 

Picture for today.. at hospital waiting for the treatment tomorrow 



An this picture. Last 2 month when my father rushed to the hospital after complaining of pain in the chest. At that time i was at Johor but it doesn't means i cannot going home. After my sis text me about my father's condition, i directly going to bought the bus ticket. But the trip is only at night from JB to KB. It means i must wait for many hours before departure. Oh it's to long on waiting.

p/s ~ My family is my everything. I did not have anybody else. Please pray for the safety and happiness of my family. TQ..

Sakit :: Penghapus Dosa Kecil

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Musl
im)


Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda... ♥



Photo: Sakit Itu Penghapus Dosa-Dosa Kecil... :)

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda... ♥

Tak usah lah nak mengeluh, kerana ini adalah ujian untuk menguji kekuatan dan ketabahan kita mengharunginya. Lagipun sakit nie hanya seketika, jika kita sabar dan kuat In sha Allah akan sembuh dengan cepat. 

p/s ~ Copy paste page Ustaz Don Daniyal

Sunday, December 2, 2012

Bahana Tergedik Check Ticket

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari Isnin minggu lepas, aku saje g buka web kapal terbang nie. Antara yang aku bukanya firefly ngan airasia. Aku bukak firefly sbb nak nge'check' ticket murah balik kampung naik kapal terbang. Maklumlah kan firefly ada buat direct kapal dari JB-KB dan JB-KB. Masa aku bukak tu firefly ada buat promotion diskaun 20%. But tetap mahal la harga tu berbanding balik dengan bas. So, aku buat don't know ajelah.

Lepas tu aku p wat tergedik2 bukak web airasia, p nge'check' ticket ke kota kinabalu. Coz kami lab rat's ada bincang nak g kota kinabalu nie, but next year punya program la. Aku pun search la tarikh main bantai letak je. So bila aku bukak tu aku tengok harga 1 trip yang pergi sahaja harga nya rm89. Kebetulan one of lab rat's nie every year balik Sabah because of her father's family stay there, she told that the price is cheap. So apa lai kan. Harga dah antara termurah. Peluang dah depan mata. Aku bantai isi and klik je apa yang dye nak. Now tiba laa time nak membayarnya.

Aku bayar pakai aku bunya cimbclick tuk kami 3 orang. Masa nak bayar tu punya laa takut. Sebab takut ada program lain, takut ada yang nak viva or apa sahajalah. Kan bayar nanti burn plak duit2 tu. Rugi oww.. Total kami ber-3 RM674. Means that seorang around RM225. Last2 tanpa dipengaruhi oleh sapa2 dan memang kehendak hati nak pergi aku berjaya membayar dan yehh COMFIRM!!


Kami akan ke sana dengan 4 orang. Kebetulan kawan kepada one of lab rat's pun nak join. Dye beli time lain dan harga dye cikit lg murah dari kami. It's ok la. Asalkan xde laa sangat murah. Juga ini adalah untuk kali pertama aku bakal naik kapal terbang. Macam xpercaya pun ada. 

Pada sesiapa yang baca entry nie pernah ke Sabah or stay kat Sabah, korang ada suggestion tempat tak tuk kami pe melawat? Kalau ada jangan segan silu, drop your comment k.. TQ

p/s ~ Aku akan terbang!!!

Thursday, November 29, 2012

Kenangan Berlari Zaman Sekolah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Korang pernah masuk acara lari lari x? Masa sekolah rendah - merentas desa, sekolah menengah - atlet sekolah or zaman Universiti - wakil Masum. Tak pun bila dah kerja nie. Tu pun buat yang dah kerja la. 

Aku ofkos pernah masuk acara lari2 nie. Masa sekolah rendah [merentas desa], aku rentas desa lalu depan rumah keluarga aku. Masa rentas depan rumah tu, nak je aku mintak air ngan mak aku. Tapi aku takut kawan2 lain nak jugak aku xmintak ahh.. Haha giler kejam aku kan. Masa sekolah menengah pula, aku tak jadi atlet sekolah pun. Tapi aku ada gak masuk acara lari nie. Tapi aku xtahu acara apa dah [lupa]. Tapi yang pastinya ada kene p mintak duit, macam derma ngan jiran2 or sapa2 sahaja. Ahh sama macam merentas desa tu ah. Ada nak kene p mintak duit. Yang bagi duit pula xnak dikenali  letak nama 'Hamba Allah'.  Penuh nama 'Hamba Allah' dalam kad tu. Aku pula mintak duit ngan mak aku je. Kalau cikgu kata nak RM 15, hahh mak aku bagi je RM 15. Mak aku tak mahu anak dye nie g mintak sedekah. Muhaha.. Padehal aku yang malas g mintak

Zaman Universiti pula, aku ada ah masuk acara lari2 nie. Tu pun baru hujung minggu baru nie. Sepanjang 4 tahun kat U, minggu lepas laa kali pertama aku masuk acara lari anjuran Kolej kat U. Muhaha. Yang lain2 aku main lari sorang2 je. Maklumlah kawan2 lain dah kurus. Mana nak lari2 macam aku nie. Kan nanti diorang tinggal tulang pulak. Untuk zaman kerja pula, tunggu aku update lain kali ya. Aku tak masuk lagi alam pekerjaan nie. InsyAllah masanya akan tiba jua.

Membebel banyak2 nie aku sebenarnya nak kasi TOP 15 REASON TO RUN ajo sebenarnya. Hehe. So, yang 3 perenggan tu angap ajolah aku membebel, mengembalikan zaman lari2 kat sekolah dulu ya. Mesti korang rindu zaman mintak duit bagi nak cukupkan jumlah cikgu nak kan? Tak ngaku pun aku tahu korang rindu, sebabnya aku rindu. 

getrunning

p/s ~ sekian sahaja entry lari2 dari aku.

Wednesday, November 28, 2012

Lakukan yang Allah SWT Suka

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Nak puaskan hati manusia nie susah. Usah pedulikan manusia nie. Yang pernting kita lakukan apa yang Allah SWT suruh. 

Tuesday, November 27, 2012

Senyum :: Perbuatan Paling Mudah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


p/s ~ ukirkan bibir anda dengan senyuman..

Sunday, November 25, 2012

Ciptaan Allah swt yang Indah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dengan berlatar belakangkan Bukit Larut yang menghijau membuatkan aku bersyukur kerana dikurniakan penglihatan untuk melihat kehijauan dan keindahan alam ciptaan Allah swt ini. Alhamdullilah. 

Aku percaya tentu ramai yang bercerita akan keindahan Taman Tasik Taiping nie kalau mereka ke sana. Aku sebelum pergi, sangat teruja nak tengok sendiri keindahan Taman Tasik Taiping nie dengan kaca mata sendiri kerana terpengaruh dengan pembacaan dr mereka2 yang dah menjejakkan kaki ke sana. 

Peluang yang diberikan memang tidak akan disia-siakan. Kebetulan one of my lab rat's nak kahwin and dye adalah orang Perak, so memang peluang tak akan disia2kan. Berpandukan papan tanda, dengan kereta pinjam dari kakak ipar beliau akhirnya kami berjaya jejakkan kaki kat Taman Tasik Taiping. 


Then the view sangat cantik. Ya Allah. All the pictures without edited hokay. Memang asal cam nie dari kamera yang bukan mencecah ribu2 ringgit. 


Dahan pokok yang hampir mencecah air dan ada sudah mencecah air menjadikan keadaan sangat cantik. Bias dahan dan pokok2 di dalam tasik lagi menambah kecantikkannya. Allah maha Besar.


Suasana yang seakan-akan berada di obersea. Tapi hanya di Malaysia tanah tumpah darah ku.

p/s ~ sangat mencintai keindahan.

Saturday, November 24, 2012

Baba's Rebut & Menang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari tu, Baba's ada buat peraduan la. But peraduan dye jenis yang online dan ada time2 dye. Satu hari tu ada 5 sesi dan setiap sesi tu akan ada 10 pemenang. Manyak gilerr kan pemenang baba's kalau diikutkan one day tu. Peraduan Baba's tu namanya Peraduan Rebut & Menang. Memang kene berebut laa coz aku rasa ramai yang masuk peraduan mcam nie. Dah laa tak perlu berhabis duit beli barang2 dye dulu, just like kat FB je. 

Aku memang usaha berebut kaw2 la. Tapi setiap kali aku buka page baba's tu setiap kali tu juga la peraduan dah tamat la, sesi dah habis la. Huwaaa. Napa time aku online dah habis semua2 tu. Baba's tak nak bagi aku menang ke?

Dan ada lah satu hari tu, aku tak tido petang, aku p online. Yehh peraduan baba's tengah berlangsung time tu. Aku apa lagi terus masuk dan isi beberapa kali. Sampai laa peraduan tamat. Haha giler aku nak barang baba's kan. Harus tunggu sampai peraduan utk sesi tu habis sebab nak tengok nama naik ke tidok. *_*

Jeng2x. Dengan usaha yang bersungguh2 semestinya dapat hasil kan. Nama aku naik tuk sesi tu. Alhamdullilah. Lepas tu staf baba's  ada col nak comfirkan alamat. Then selepas comfirmkan alamat, apa lagi barang baba's pun tiba laa kat rumah dengan selamatnya. Barang itu adalah

APRON


Hehe. Nie je barang yang aku dop berebut dekat FB baba's tu. Muhaha. Jadilah kan. Niat aku cuma satu je, nak tukar apron yang dah lusuh kepada apron yang baru. Kakak aku suko beno guna apron. Aku pula bila masak jenis memang xguna apron pun. Sebabnya aku hanya masak air. kahkahkah

p/s ~ TQ BABA'S FOR THE APRON!

Thursday, November 22, 2012

Jom Puasa 9 & 10 Muharram

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Marilah kita sama2 berpuasa. Takde ruginya berpuasa nie sebab secara tak langusng leh tambah pahala, leh restkan organ2 badan kita. Marilah!!

p/s ~ saya mengajak semua kawan2 membuat kebaikan. InsyAllah..

Salurkan Bantuan Anda :: Gaza We Care

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Hulurkan seikhlas hati buat mereka. Kasihanilah mereka. Bersyukurlah kita kerana berada di bumi Malaysia. Alhamdullilah..

p/s ~ Tangan memberi lebih baik dr tangan yang menerima..


Wednesday, November 21, 2012

**Cakk**

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

My Day?? Hehe


p/s ~ mengedixx di majlis orang

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah, masih lagi diberi nafas sehingga ke hari ini. Syukur kepada Mu. Apa azam baru anda? Jangan nak tunggu tahun baru Masihi baru nak berazam bagai. Tahun baru Hijrah juga boleh buat azam. 



Sempena tahun baru Hijrah nie jangan lupa baca doa. Sekali setahun je baca doa nie. Nak tahu doa apa google la. Banyak terselit doa awal tahun dan akhir tahun kat google. 

p/s ~ Moga tahun baru, memberi semangat baru untuk berubah ke arah kebaikan belako..

Wednesday, November 14, 2012

Alhamdullilah

Bismillahirahmanirahim dan Asslamualaikum..



Aku dilahirkan sebagai seorang Islam. InsyAllah aku akan kekal dengan agama ini hingga akhir hayat aku. Ya Allah, teguhkan Iman hambaMu ini. Jangan lah kau bolat balikkan hati hambaMu ini.


Saturday, November 10, 2012

Jahitan #1

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Tak terniat dalam diri yang one day aku akan menjadi seorang yang jahit manik. But inilah yang dikatakan ketentuan. Kisahnya bermula..

My mum ada upah orang jahit manik, dan kesudahannya jahitan manik tu agak sedikit but bayarannya agak mahal. Tak berpatutan right. Betul ada pepatah mengatakan "biar papa, asla bergaya", but it doesn't means that yang kita xleh nak amik tindakan daripada tu.

Mula daripada lembaran peristiwa tu, aku cakap la kat my mum yang aku nk try laa jahit manik. Apa laa yang susah sangatnye. Then aku beli manik2nya, aku beli set jarum pelbagai size tu, beli benang dan semestinya aku juga beli kotak untuk isi manik. Takde lah berselarakkan manik2 tu nanti.


Inilah dye hasil pertama aku. Aku jadikan baju aku sendiri sebagai bahan eksperimen aku. Kan nanti buat baju orang, susah plak bila tak jadi dan orangnya tak berkenan. So jahitan ini manik cam gnie aku letak RM 50. Mahal ke murah?

p/s ~ semakin hari semakin improve cara jahitan


Friday, November 9, 2012

20 perkara membawa ke Syurga

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Pasti ramai yang bergembira bila hari nie dah hari Jumaat kan? Tipu sangat kalau xgembira bila dah tiba hari Jumaat. Kat FB tu sorang2 dop post cakap "yehh hari Jumaat". Tak caya? Ce tengok FB korang tak kan nak tengok FB aku lak.  ekeke..

Hari nie plak dah start cuti mid semester bagi budak2 UTM. So balik laaa!! Kemungkinan seminggu yang bakal berlalu nie sepilah UTM ya. Bagus macam tu, xde laa serabut sangat UTM nie ngan kete, moto. Nak beli makanan pun ada banyak lagi lebihan. Haha fikir tuk kepentingan diri sendiri je aku kan. Ada aku kisoh??



Tak nak cakap banyak just want to share the picture. Hope muhasabah diri. Mana kekurangan sila tambah2kan. Mana kelebihan sila ganda2kan. Kita hidup di dunia nia hanya sementara je. So kejarlah untuk nak bawa di kehidupan yang akan datang. 

p/s ~ Selamat beramal. 

Wednesday, November 7, 2012

trying to improve myself

Bismiilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masing-masing ada kekurangan, kelemahan. So, learn from them, InsyAllah kalau kita bersungguh-sungguh nak berubah Allah SWT akan membantu kita.


p/s ~ Meneruskan perjuangan untuk jadi lebih baik

Saturday, November 3, 2012

crepe jagung manis

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Orang sekarang dop sibuk jangan CREPE DURIAN, aku pun nak menyibuk jugak. Tapi bukan dengan CREPE DURIAN tapi CREPE JAGUNG MANIS. Ngeh2x.. Crepe ni aku cipta berdasarkan ke'kreatif'an aku. Wahh kreatif laa sangat aku nie. Holaaa. Korang tak payah nak amik serius sangat dengan ke'kreatif'an aku tu. 

Aku terpaksa jadikan diri kreatif sebabnya musim sekarang susah nak cari durian. Lagi pun aku x berkesematan nak g pasar cari. Kalau cari kat pasar pastinya mahal harga. Jadi nak save budget juga nak cepat, aku bantai letak je apa yang ada. Dan ianya menjadi lah juga walaupun cara lipat tu tak kemas. Lagipun bukan aku nak jual, nak makan dengan keluarga je.



Leh laa tengok gambar beserta no tu.

No 1 : Adunan lempeng
No 2 : Lempeng tengah di masak
No 3 : Bahan yang diperlukan [whipping cream & jagung manis]
No 4 : Whipping cream yang dah dipukul sekuat hati. haha
No 5 : Lempeng bersama intinya
No 6 : Dah siap. Sedia untuk dimakan.

Kalau korang xtahu cam mana nak buat leh laa rujuk blog-blog ini.  Kat cnie memang detail di olah cara membuatnya. Cahaya Cintaku dan Masam Manis. Selamat membuat dan moga maju jaya.

p/s - akak aku request nak benda nie. 

Review : Paranormal Activity 4


Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Paranormal activity 4? Hailaa tiba2 g tengok cite nie padehal paranormal activity yang before2 nie xpernah tengok pun. Mimpi ngeri kah aku g tengok cite nie? No..No.. Aku g tengok pun atas ajakan dan desakan lab rat's. Dah laa aritu aku baru sampai dari kampung[pagi], petang tu ajak aku kuar. Memang jem otak aku dengan tak cukup tido. *atas bas bukan selesa sangat tido pun.

Berbalik pada cite paranormal activity 4. Aku agak pening tengok cite nie. Sebabnya kita tengok pe yang kamera video or laptop yang rakam. Haailaa. Tambah pula, dye punya cite nie wat year by year and ada gak day by day. Suspen tu ada, but seperti yang aku cakap memang aku pening tengok cite nie. Dah laa bagi aku cam slow semacam je. Aku pula memang xtengok cite nie yang before lagi laa bertambah2 ketidaksukaan aku akan cite nie.  1jam 57 minutes cite nie ditayangkan aku rasa macam lama. Beberapa kali aku tengok jam. 


tengok trailer lu

Gene horror memang ada. Haha aku beberapa kali pinjam lengan kawan nak cover muka. Bukan penakut but aku takut terkejut benda tu kat depan2.. Dah laa dye punya rakaman tu dekat ngan muka. Masa mula2 cerita pun ada yang dah menjerit kat dalam panggung tu sebab terkejut. Tak kurang juga ada yang dop gelak2. Hailaa pe yang kelakar sangat tu?

Itu ajelah akunye review sal cite ni. Aku bukan nak review sangat. Saje nak update blog. Kah2x.. 

p/s ~ Sebenarnya nak tengok cite 'TED'. Tapi kat Bukit Indah xde plak cite tu. Menciikkkk!!

Thursday, November 1, 2012

Jodohnya dah tiba

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Bye October, hello November! Please give me something to remember..

Baru dapat mesej, beliau dah nak kahwin. Akhirnya ketemu juga dengan pelengkap dirinya. Tahniah.. Bukan berita ini yang aku nak ingatkan tapi something good that are related with me.. Hope your life with your partner would last until the end of life. Selamat menempuhi alam baru.

p/s ~ masih simpan no aku rupanya..

Wednesday, October 31, 2012

Ustaz Don Daniyal - Andai Esok Tiada

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


p/s ~ Muhasabah diri, taubat banyak2

Tuesday, October 30, 2012

Muhibah 'Donuts & Coffee'

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Muhibah dah maju. Biasanya muhibah nie jual roti je sekarang dah upgrade jual donut plak. Donut plak nak ala-ala big apple ngan j-co. Tapi sekador nak kenyangkan perut tu boleh je smuanya.

cover kotak gambar pintu gerbang besar KB tu

apa rasa? boleh la

Muhibah Donut & Cofffee nia ada kat pengkalan chepa depan Mc'D baru dekat Hypermarket juga berhampiran UMK. Nak mencuba leh la ke sana. Satu je nak pesan, pintu kedai Muhibah nie touch screen ya. Bukan bila ko lalu je depan tu dye bukak sendiri, ni nak kene touch dulu. Ade faham? Tak faham buat2 faham la. Aku dah tengok ada seorang akak perempuan nie nak masuk. Dop berdiri depan pintu. Pintunya xbukak2. Last2 g masuk guna pintu yang kene tolak/tarik sendiri..

p/s ~ semuanya nak ke hadapan(maju). RM 2 utuk 18 minit pun sebab nak ke hadapan la tu. This is Kota Bharu je bukannya Kuala Lumpur. Tak payah nak mahal sangat laa. Bukannya ada service basuh kereta ke, lap2 kereta ke nak mahal cam g2.

Monday, October 29, 2012

Cekik Darah dan nak Mampus Cepat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

TAK MUNASABAH!! itu sahaja yang mampu aku katakan.. Padanlah dengan tak banyak kenderaan pun parking bawah tu, rupanya mahal nauzubillah. Teruk2x. Ni nak kayo cepat ke nak mampus cepat? Takutnye nak mampus cepat je. Sebab bila dah mahal sangat, orang xkan parking dah kat c2 al kesimpulannya mampus laa nanti.


Aku dah try ejas nak kasi korang nampak juga apa yang tertulis dekat kertas tu. Tapi sebabkan cenonet je kertasnya, amik gambar plak pakai enset burok tu yang aku perjelaskan balik pe yang ditulis tu. Ko nampakkan parking untuk 18 minit dikenakan bayaran RM2.00. Tak berbaloi-baloi weii. Aku tak mengada2kan cerita tau, nie FAKTA not auta. 1st time aku parking kat c2 sebab nak tahu free ke bayar dan xnak dop pusing 2-3 kali semata-mata cari parking, nie balasan kat aku. Kalau kat Jusco kat JB xsampai sejam x bayar tau tak! Nie 18 minit woo 18 MINIT dan dikenakan bayaran RM2.

Sebabkan nak marah giler, aku xnak amik resit nak terus blah masa tu. Tapi dye suruh amik resit. Aku amik la tapi aku cakap "amik resit pun bukan leh claim kat mana2". Geram giler. Tapi xtahu laa bangla tu faham ke idok bahasa aku tu. Lantak mu la. Nie 1st time and last time aku parking kat c2. Lepas nie ko memang xkan nampak dah kereta dari family aku yang parking kat c2. So, kat korang orang kelate atau mana2 pelancong yang nak datang kelate aku syorkan xpayah la parking kat tempat nie

lokasi : bawah bangunan Parkson Kota Bharu yang berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah

Aku yang 18 minit nie leh kene RM 2. Korang yang melancong berjam2 nak g pusing2 bandar tu entah berapa la korang kene. Semalam kete depan aku kene RM 3. Berapa lama dye parking x tahu plak aku. 

p/s ~ even aku orang kelate, aku sendiri terkena. sebab aku xpernah parking kat c2. 

Sunday, October 28, 2012

Kek span gula hangus

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Haishh xsah aku kalau balik rumah xde aktiviti masak mamasak dari aku. Hey3x. Nie shera okay, gadis kampung yang rajin memasak dan mencuba masakanan baru. *masuk bangkul, angkat sendiri nampak. PUII


Cara buat kek nie sonang je, ditambah plak dye punya ingredients pun sonang. Sonang cakap semuanya sonang la. Makan sonang, buang pun sonang. Opss kotorrr.

resepi kek span gula hangus :

1 cawan gula pasir
1 cawan air 
2 sudu margerin
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil sodium bocarbonate
4 biji telur

cara-caranya
1- masakkan gula hingga hangus. Dah nama gula hangus kan. Hehe
2- apabila gula dah hangus matikan api. Masukkan air.
3- buka balik api, kacau hingga sebati. (keadaan cair)
4- Tutup api. masukkan margerin. Kacau dan biarkan sejuk.
5- kemudian pukul 4 biji telur hingga kembang.
6- masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
7- masukkan sodium bicarbonat.
8- teruskan memukul hingga sebati.
9- masukkan gula hangus yang dah sejuk tadi sedikit demi sedikit. pukul hingga sebati.
10- bila dah sebati, sapukan margerin pada loyang *supaya tidak melekat
11- tuangkan adunan kedalam loyang.
12- sedia untuk dibakar hingga masak pada suhu 16-170 C
13- selamat mencuba.

Kek nie di request oleh mama aku sebenarnya. Dye cakap dye malas nak buat, so sebab dye tahu aku rajin sanggup dye tngu aku balik kelate untuk buatkan kek nie. Bertuah punya mama. Nasib baik aku sayang. Ngeh2x. Sodap kek tu kan mama. Dalam masa sehari dah habis. Walaweh membahang ke korang makan. Malam tu masak, pagi nak breakfast aku tengok 2 potong dah habis.. Oh mak kau!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails