Saturday, December 8, 2012

Singapore Botanical Garden

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Seminggu selepas balik dari Perak kerana menghadiri majlis kahwin lab rat's, kami ada plan lagi baik punya. Dan kerana plan baik punya nie la aku sakit betis, bontot semua. Huwawaaa.. Nagisssss kalau mengenangkan kembali..

Plan baik punya tu ialah untuk sesi bergambar bagi akhir tahun 2012 ya. Maka tempat yang dipilih ialah Singapore Botanical Garden. Wahh kelas tak kau? Amik gambar akhir tahun kat oversea hokay. Kau ada? Okehh bukan nak riak @ apa2 ya. Just joke. Berbalik kepada Singapore Botanical Garden. Perjalanan ke sana hanya dengan menaiki bas dan MRT. Perjalanan bermula dari city square (CS) ke Kranji (Singapura), kami hanya naik bas bandar dengan bayaran RM1 sahaja. Kemudian dari Kranji (stesen MRT), kami meneruskan perjalanan dengan naik MRT hingga ke Botanical Garden.


Dah sampai Botanical Garden tu, berjalan sikit dah sampai Singapore Botanical Garden. Masa sampai tu sana hujan lebat. Waaa macam mana nak g jalan2 dalam tu. Dalam kalangan kami hanya aku je bawak payung. Tu pun cenonet je. Mana nak muat 3 orang. Okehh fine, rehat dulu. Makan makanan yang dibawa. Bila hujan dah reda sikit mula masuk dalam tu. Dan bila tengok map (gambar atas)... Huwaaaaaa luasnya. Larat ke nak habis pusing semua tuuu..

Tapi gambar map itu tidak memudarkan hasrat kami untuk jalan2 sambil amik gambar dalam tu. Pemandangan kat dalam tu sangat cantik. Juga ada bermacam2 tumbuh tumbuhan. Serai, pokok bunga kantan, pokok limau kasturi pun ada. Yang tak kenal pokok2 tu leh laa g belajar kat sana ya. Setiap pokok2 tu memang di letak nama. Tak kira laa nama specific ke nama kita panggil ke semua ada.


Bukan setakat tumbuh tumbuhan aje ada. Haiwan haiwan pun ada. Kat Singapore Botanical Garden nie sepertinya mari mengenal alam la lebih kurang. 


Kat dalam Singapore Botanical Garden nie juga ada Taman Orkid. Juga ada kisah2 lucu. Yang tu nanti aku cite lain kali. Bersambung...

p/s ~ Tempat untuk bergambar bagi awal tahun 2013 dah comfirm tempatnya. 

2 comments:

Hafizin Jamil said...

awal cari tempat tu..hehe

ejulz said...

teringin nak g singapore..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails