Thursday, November 29, 2012

Kenangan Berlari Zaman Sekolah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Korang pernah masuk acara lari lari x? Masa sekolah rendah - merentas desa, sekolah menengah - atlet sekolah or zaman Universiti - wakil Masum. Tak pun bila dah kerja nie. Tu pun buat yang dah kerja la. 

Aku ofkos pernah masuk acara lari2 nie. Masa sekolah rendah [merentas desa], aku rentas desa lalu depan rumah keluarga aku. Masa rentas depan rumah tu, nak je aku mintak air ngan mak aku. Tapi aku takut kawan2 lain nak jugak aku xmintak ahh.. Haha giler kejam aku kan. Masa sekolah menengah pula, aku tak jadi atlet sekolah pun. Tapi aku ada gak masuk acara lari nie. Tapi aku xtahu acara apa dah [lupa]. Tapi yang pastinya ada kene p mintak duit, macam derma ngan jiran2 or sapa2 sahaja. Ahh sama macam merentas desa tu ah. Ada nak kene p mintak duit. Yang bagi duit pula xnak dikenali  letak nama 'Hamba Allah'.  Penuh nama 'Hamba Allah' dalam kad tu. Aku pula mintak duit ngan mak aku je. Kalau cikgu kata nak RM 15, hahh mak aku bagi je RM 15. Mak aku tak mahu anak dye nie g mintak sedekah. Muhaha.. Padehal aku yang malas g mintak

Zaman Universiti pula, aku ada ah masuk acara lari2 nie. Tu pun baru hujung minggu baru nie. Sepanjang 4 tahun kat U, minggu lepas laa kali pertama aku masuk acara lari anjuran Kolej kat U. Muhaha. Yang lain2 aku main lari sorang2 je. Maklumlah kawan2 lain dah kurus. Mana nak lari2 macam aku nie. Kan nanti diorang tinggal tulang pulak. Untuk zaman kerja pula, tunggu aku update lain kali ya. Aku tak masuk lagi alam pekerjaan nie. InsyAllah masanya akan tiba jua.

Membebel banyak2 nie aku sebenarnya nak kasi TOP 15 REASON TO RUN ajo sebenarnya. Hehe. So, yang 3 perenggan tu angap ajolah aku membebel, mengembalikan zaman lari2 kat sekolah dulu ya. Mesti korang rindu zaman mintak duit bagi nak cukupkan jumlah cikgu nak kan? Tak ngaku pun aku tahu korang rindu, sebabnya aku rindu. 

getrunning

p/s ~ sekian sahaja entry lari2 dari aku.

1 comment:

4feet8 said...

awk sebut pasal hamba Allah ni teringat, haah, dulu2 kalau minta derma misti org tulis Hamba Allah, kan.. haah..betulla..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails