Wednesday, March 23, 2016

Tok peraih kerepek

Assalamualaikum..

tok peraih = pemborong Rujukan kamus dewan

Kalau g Ayer Hitam tak memborong memang tak lengkap. Tak kisah la borong kerepek ke, pasu pasu ke. Apa-apa ajelah. Aku kalau g sana memang borong kerepek lah. Pasu mana boleh makan.. Ye dak? Heee. Dah lama tak pergi Ayer Hitam ni. Last pergi masa odw balik lepas setel hantar thesis bulan 9 2014. Wahh dah setahun jugak kan.  

Angkat masa nak snap je. Lepas tu aku pas kat org lain :P

Selalu pun kalau borong kerepek aku tak beli kat kedai depan-depan yang banyak tu. Aku terus g kilang kerepek kat belakang sana. Murah ke? Macam harga sama je ngn kat depan tapi tak tahu la napa macam best je memborong kat situ. Heeee. Owhh harga ada sikit naik. Macam kerepek ubi, last aku beli sekilo RM10 ni dah jadi RM12. Hurmmm

Kilang ni dok kat bahagian belakang pada kedai yang banyak tu. Ada masuk lorong sikit. Nak g ngan kereta depan kedai terus pun boleh. Tapi hari tu aku lupa lorong kereta masuk ikut mana. 

14 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Seronok memborong tu Seera..
Sekali dtg ye tak...
Kalau akak pun mcm tu.. suka borong kat kilang yg membuatnya..

babYpose said...

Tu yang cute tu, angkat masa nak snap, nanti ada lakonan semula pulak :)) betul dah sampai elok lah bawa balik kan..

• Ain Cho'in • said...

Okay la nanti nak ajak Cik Hubby kita niy borong sini. Banyak kali dah mak mertua soh pergi kilang dia, tapi tak kesampaian lagi. ☺

Nafira usof said...

Salam singgah jugak~

kasi up sket kepek ape beli. hehehe
manatau berkenan nak kesana jugak. hahaha
beli banyak2 boleh buat biz. :)

Kamsiah Yusoff said...

kalau time raya mesti syok borong segala kerepek,kan..

salam kenal sis..ambo pun asal kelate jugok..follow sini

Nooriah Abdullah said...

salam singgah dik
wah banyak nya borong tu

norhidana miswan said...

klu kt johor tempat2 gini mmg peberet wanita hehehhe...

anajingga said...

salam ukhwah, tak pernah sampai johor lagi, tapi kalau selangor ni, tempat shoping kerepek paling awesome kat sabak bernam tuu.. heaven sangat :)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

memang port kerepek area sni klu dkt joho. Klu selangor area sg besar/sabak bernam... hehehe klu kt kL ni pack kecik je da rm 15.. mahal jga kn.

Kakzakie Purvit said...

Puas memborong kalau macam itu kan
Apa lagi bila tengok macam-macam ada mesti rambang mata semua nak rasa:)

aRz MoHa said...

memborong memang best...boleh makan sambil layan movie or drama

Yati said...

Saya tak pernah lagi sampai sana.
Bestnya memborong kerepek.

hainom OKje said...

Wah...kalah org Johor kalau cenggini SR. Tak pernah pun borong kerepek kat sini. Pergi Ayer Hitam pun jarang.
Kerepek apa awak borong tu?

hainom OKje said...

Wah...kalah org Johor kalau cenggini SR. Tak pernah pun borong kerepek kat sini. Pergi Ayer Hitam pun jarang.
Kerepek apa awak borong tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails