Monday, March 21, 2016

Resepi Kek pandan cheese leleh Azlina ina

Assalamualaikum..

Sejak 2,3 menjak ni resepi yang di share oleh Azlina Ina kat FB memang meletup2. Dah la buat niaga pakai resepi tu lepas tu tak keberatan nak share pulak. Setengah orang yang berniaga ni kan dia tak akan share resepi dia. Tak tahu lah pulak atas sebab apa. Tapi selalunya makin kita share makin mencurah2kan rezekinya. Bagi yang tak share mungkin bila dia share orang akan buat dan tak akan beli kek dia. *pendapat masing-masing

Aku salah seorang yang tak akan beli kek Azlina Ina. Yelah dah dia share resepi kan aku buat lah sendiri. Lagipun dengan kos perjalanan tak kan dia nak delivery ke Kelantan kan. Ye tak? Hehehe

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh

Bahan-bahan Kek
Telur 5 bijik 
1 sb ovalate sudu besar
1 cawan gula(sgt2 penting gune gula kastor yg halus egt halus)
Pes pandan 2sk 
Pewarne hijau 2 titis ke 3 titis
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk cream off tartar (pilihan nak letak boleh xnak xpe die bantu kek lebih ringan tu je)

1/4 cawan minyak masak/ butter yang dicairkan

Cara-cara
1. Telur+gula+ovalate+pes pandan+pewarne ijau . mix hight speed mixer selama 15 hngga 20 minit hingga gebu.
2. Ayak tepung besama 1 sk baking powder dan 1sk soda dan 1sk cream off tartar. Masukkan ke dalam bahan yang mix di langkah pertama sikit demi sedikit sehingga habis. MIx sehingga sebati.
3. Masuk minyak td 1/4 cawan. kacau laju- laju 
4. Lapik loyang dengan baking paper. Tuang adunan hentak2 sket supaya kurang kek belubang lubang masa masak.
5. Wrap loyang dengan plastik untuk mengelakkan dari air yang menitis dari pengukus masuk ke dalam adunan.
6. Kukus 40 minit api sederhana. Pengukus hendaklah dipanas sebelum adunan di masukkan untuk kukus.
7. Dah masak bukak plastik wrap loyang tadi dan terbalikkan atas tray. Tanggalkan baking paper yang dialas tadi dan terbalikkan pada kedudukan asal semula. Biarkan sejuk.

Bahan-bahan cheese leleh
1 tiub tartura cheese
1/2 cawan susu pekat
200ml susu cair 


Cara-cara
1. Blend kesemua bahan sehingga sebati.
2. Kek dah sejuk boleh lah tuang keatas kek dengan rata. Untuk hiasan boleh parut keju cheddar @ hancurkan kek lebihan dan tabur di atas kek. 

Kek pandan dengan hiasan keju cheddar parut

Kek strawberry resepi yang sama. Just tukar pakar pes strawberry je

Ternyata gebu dan lembut.

Memang berbaloi-baloi buat sendiri. Boleh ubah ikut kesukaan sendiri. Nak buat strawberry ke, pandan ke. Perisa coklat pun boleh. Atas kreativiti masing-masing. Semua orang yang makan kata kek ni lembut dan sedap. 

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Uhuhu... kakak terkulat-kulat tengok tau SR
Kalau dapat sepotong pun jadilah.. gebu menggoda betul!

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya tgk..huhuh.. cheese tuu..pebrett.

Cik Itah said...

wow ada cheese

norhidana miswan said...

ayoooo sedapnya... akak nih udahla antu keju

hainom OKje said...

Kan....tp tulah agaknya resepi rezeki melimpah ruah, tak kedekut ilmu gamaknya....
Malas sungguh nak membaking la ni SR...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails