Thursday, March 24, 2016

Resepi Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum..

Panas membahang kan Malaysia sekarang. Kelantan ni dah seminggu sejak balik dari KL itu hari tak hujan-hujan lagi. Nak tido petang on kipas nombor lima pun tak jalan jugak. Bahang itu tetap ada. Rasa cam nak berendam dalam tub je tapi tub takde. heee

Bila panas macam ni memang mencari air sejuk je. Sebelum ni tak berapa nak minum sangat air sejuk sebab minum sikit dah xboleh masuk sejuk sangat. Musim panas ni memang air sejuk yang dicari. Tak sempat nak sejuk selalu habis. 

Sekarang ni dok viral pasal airkrim sumi tu. Memang kene lah dengan musim panas cam gini ni. Jadi aku pun tak terlepas nak buat jugak. Dari minggu lepas lagi beli bahan-bahannya tapi plastik aiskrim baru semalam beli itu yang baru jadi ni.


Resepi aiskrim malaysia

Bahan-bahan
1L air masak
500ml fresh milk
2 senduk susu pekat
secubit garam
sumi
choki-choki
Milo

Cara-cara
1. Didihkan air masak bersama secucit garam.
2. Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau rata. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Biarkan sejuk.
4. Masukkan sumi yang dibelah kpd 2 bahagian & choki-choki. Tuangkan susu dalam plastik dan bekukan.
5. Lebihan susu campur dengan Milo, tuangkan dan bekukan.

Buat semalam dapat dalam 18 batang. Ada lebih lagi yang milo tapi aku campur ais minum dulu. Tak tahan wehh berpeluh-peluh dok ikat aiskrim tu. Pagi tadi aku dah rasmi kan pun perisa milo. Lembut je sedap! Yang perisa sumi ada lah satu. Heee. Itu pun sumi sumbangan dari kenduri. Yang choki-choki pulak beli kat kedai RM2. Ada lah 6 batang. Cam mahal je kan?

p/s ~ habis yang ni nanti buat perisa lain pulak.

5 comments:

paridah said...

VIRAL BETUL ESKRIM SUMI NI SDP TU SESUAI DGN MASANYA..

Kakzakie Purvit said...

Sana-sini buat aiskrim malaysia ni
Kakak aje belum buat lagi versi ini

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg jd pilihan sbb musim pns skg.huhuh

aRz MoHa said...

panas-panas dapat aiskrim macam ni memang best

hainom OKje said...

Rajinnya....buat eskrim ni kena manis sikitkan SR, barulah best, nyonyot nyonyot masih manis kalau tak sekali nyonyot dah tawar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails