Tuesday, March 22, 2016

Tree Top Walk Sungai Sedim

Assalamualaikum..

Cuti-cuti ke Penang masa CNY baru ni dapatlah g mandi sungai. Kalau dok Kelantan memang takdenya nak g mandi sungai bagai. Sebab negeri sendiri kan. Last pergi Lata Tembakah & Jeram Linang pun tak tahu dah bila. Dah takde dalam memori. Tapi macam dah hampir 5 tahun kot. Heee

Hari last kat Penang dapat g Sungai Sedim kat Kulim Kedah. Perjalanan dalam 30-45 minit je. Nak masuk tu kene bayar. Berapa tak pasti sebab kereta depan tolong bayarkan. Dah masuk tu Ya Allah punya ramai lah orang sampai tak tahu nak parking tikar kat mana. Maklumlah cuti kan. Semua nak spend time dengan family. Naik turun naik turun last jumpa lah tempat nak parking tikar. 

Bajet2 land rover tu kami yang punya. Heheee

Tengok golongan mana yang lebih berminat pada air.. :P

Masa tu aku tak turun lagi. Bajet tak nak turun lah sebab malas nak salin pakaian. Last2 adik tudung pelangi naik atas suruh jugak aku turun sebab takde orang layan dia. Wakaka. Nak tak nak terpaksa lah.

Dah siap mandi sembahyang semua dalam jam 3 petang kteorang g Tree top walk pulak. Kat kawasan dalm tu jugak cuma kene panjat jalan tar ke atas sikit. Nak masuk pun orang sponser jugak. Rasanya RM10 untuk dewasa. Kanak-kanak tak pasti. Untuk info leh layari website Tree top wall sungai sedim

Tugu tree top walk

Rombongan Wan Jah ke tree top walk

Pemandangan dari atas


Mula-mula naik tu agak kecut jugak lah wei. Bergoyang-goyang kau. Yelah kan naik ramai. Tengok pulak ke bawah. Rasa macam betul ke aku naik benda ni. Hahaha. Sorang dari group member pulak yang jenis gayat takut tinggi. Berpeluh jugak lah dia nak habis pusing kat atas tu. Masuk dan keluar dekat tempat yang sama, so sapa yang rasa xpuas sekali round tu boleh lah pusing berkali2. Dekat 30 minit jugak kat atas tu, sambil-sambil amik gambar dan tengok kehijaun. 

p/s ~ worth try *_*


2 comments:

babYpose said...

Segar udara, redup mata tengok hijau

norhidana miswan said...

bestnya dpt berpiknik2.... pastu tree top walk tu jambatan tgk teguh, dulu akak penah naik yg jambatan gantung kt tmn negara tuh... lagi bergoyang mengigil lutut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails