Wednesday, December 30, 2015

Mauripan naik harga dah!

Assalamualaikum..

Pembuat kuih pagi jenis roti untuk jual macam aku ni memang terkesan lah dengan peningkatan harga bahan-bahan. Ye lah berniaga pun sebab nak bayar pinjaman MARA. Dan memang lepas untuk bayar yang tu je dah tolak tambah harga bahan-bahan. Tapi aku bersyukur sangat sebab dah xsusahkan Mama dan Papa pasal nak bayar pinjaman tu. 

Perbezaan dalam masa sebulan

Aku memang beli mauripan yang paket 11g tu. Senang sekali guna je habis terus. Tak payah nak simpan elok-elok. Sebab mauripan ni cerewet sikit nak simpan. Kene betul-betul ikat dia punya plastik tu kalau tak memang buang aje. 

Selalunya pun memang beli dekat Mydin. Kedai runcit kat rumah ni dia jual RM1. Kira ok lah kalau nak cepat beli je kat kedai tu. Tapi alang-alang g Mydin tu beli aje sana simpan stok banyak-banyak. Tapi ni dah naik 15sen baik beli kat kedai runcit ajelah. Duit minyak pun tak habis banyak.

p/s ~ nasib marhaen :(

6 comments:

paridah said...

yeke...patutlah semua kuih muih basah semua dh naik harga seketul 50sen...

Yati said...

kesian pada peniaga. Kesian juga pada pengguna. Nanti semua barang akan naik 2016.

wan muliani said...

Bila ekonomi negara merudum. Smua barang akan naikk.

Qaseh Vee said...

mmg ramai dah yg merungut terutama yg berniaga sebagai pendapatan utama ...

Zie Has said...

dulu 90 sen eh? kalau kat kedai runcit memang seringgit ++ pun :)

Zie Has said...

betul tu, kuih dah 50 sen sebiji sekarang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails