Monday, December 21, 2015

Lempeng Lemak Teh O

Assalamualaikum..

Lama menyepi, blog walking pun tak. Sibuk dengan kehidupan dunia yang macam-macam. Seminggu serabut dengan nak temuduga, seminggu melunaskan apa yang dok serabut tu. Now back to hometown. Meneruskan hari-hari yang sama.

Tiba-tiba kalau dapat lempeng lemak makan ngan gula tu sedap. Adik pulak request air teh O. Makanya masak breakfast lah pagi ni. 

Lempeng lemak Teh o (LLTO)

Resepi Lempeng Lemak

Bahan-bahan lempeng lemak
- 2 cwan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 tbs margerin
- 1 biji telur
- secubit garam

Cara buat lempeng lemak
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam blender.
2. Mesin sehingga sebati dan tidak berketul.
3. Tuang adunan ke dalam bekas.
4. Panaskan pan dan api adalah sederhana
5. Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan bagi nipis (sy suka yg nipis)
6. Perhatikan keliling tepi-tepi lempeng dah terangkat sedikit. Balikkan. Masakkan sehingga keperangan sedikit.

Lempeng makan dengan sambal ikan bilis dan nutella pun best jugak. Tapi paling best makan ngan gula je. Cukup menyelerakan. Sepuluh keping aku makan sorang. Haha

10 comments:

Kakzakie Purvit said...

Makan cecah dgn sambal tumis sardin sedapnya Seraa:)

Falsya said...

sedapnyeeee..minum pulak dgn teh o..lg sedappp..

paridah said...

lempeng lemak cicah gulai ikan sedap ni seraa...gdluck dgn temuduga yg dihadiri.

Yati said...

Nampak sedap lempeng. Dah lama tak buat. Kalau anak saya, dia suka cicah susu pekat. :)

tiga lalat said...

wak tenok pon nmpk sedap je lempeng lemak nih ., ;p

seraa rose said...

terbaikk kan.. lempeng cicah apa2 pun boleh.. ikut selera..

seraa rose said...

double thumb up kak..hihi

seraa rose said...

opss cicah gulai ikan ya kak.. xpernah lg mkn mcm tu.. trima kasih kak..:)

seraa rose said...

yupp.. cicah susu pun sedap..

seraa rose said...

boleh lah buat nanti.. resepi dah disertakan tu.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails