Tuesday, December 22, 2015

Kacang Pool Haji!

Assalamualaikum..

Kacang pool?? Johor?? Sangat serasi uolss. Kat JB je famous dengan kacang pool ni. Dan kat JB jugak 1st time aku makan kacang pool. Rasanya asalnya pun kat JB. Perbetulkan aku jika aku salah.

Pic kredit tu myselera

Sebelum g hantar sorang kawan naik bas kat Larkin g lah makan ABC kat medan sebelah bomba Larkin tu. Tak terfikir pun nak makan kacang pool sebab aku bukan lah pengemarnya. Tapi lama-lama tak makan teringin jugak. Sebelum balik tu aku g tapau makan kat bilik. Sebabnya pergi sana pun dah kenyang, hirup pulak ABC double kenyang kawan pun ada order tahu bakar (juga 1st time aku makan masa kat JB).

1 set RM5

Kawan aku cakap tak sedap makan sejuk-sejuk. Tapi aku belasah je bila makan waktu lapar. Hehe. Cara aku makan kacang pool ni, aku siat-siat dulu roti tu, campur sekali dengan kacang tu, gaul rata baru masuk mulut. Best!

p/s ~ Last makan kacang pool bila entah.

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kacang pool haji sebelah bomba Larkin ni memang dah terkenal
Dulu harga baru 3.50 tapi sekarang dan RM5/-
Memang betul makan panas baru best sebab kalau dah sejuk roti dia liat dan kuah tak kick lagi:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak tak pernah lagi makan kacang pool ni..
Semua cakap sedap..
Dah tak kira ye Seera..
Bila dah lapar sejuk pun jadik sedap hahaha

paridah said...

kacang pool ni sdp sgt ya..xpernah merasa lagi..

yanie yusuf said...

Lama tak makan kacang pool...

Mr. Doctor said...

Kacang pool ni apa sebenarnya? Tak pernah tahu >_<

buatwanita said...

dulu selalu sangat gi larkin ... apesal tak pernah cuba kacang pool kat situ yer? rasa rugi pula :p

wan muliani said...

Macam menarik nih. Boleh try singgah kalau ke sana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails