Tuesday, December 1, 2015

Roti Goreng inti Kacang Merah

Assalamualaikum..

Haha entry makanan lagi.. Nasib lah korang yang masuk blog aku asyik nampak makanan je. Maklumlah memang kerja aku kat rumah ni makan aje. Ada je benda yang aku nak makan. Sebab tu aku dah bam2x.. Bencinya. Asal lah kalau bab makan ni tak dapat nak control eh? Saka aku ni suka makan ke. Muhahaha


Nak buat roti goreng ni pun pakai resepi dari roti manis. Hah kan dah aku kata, satu resepi macam-macam roti leh buat. Roti sosej lah, donut gebu gebas lah, chicken floss bun lah. Senang je kalau nak buat macam-macam jenis sekali uli dah boleh. Lagi-lagi yang takde bread maker cam aku ni, agak lenguh lah tangan nak menguli kalau nak buat semua jenis tu pakai lain-lain resepi.


Hasilnya sama juga. Gebu gebas dan lembut. Untuk inti kacang merah tu aku beli je kat bekery. 1Kg/RM6.90. Kalau 500g/RM4.00. Jadi kita beli lah mana yang lagi menguntungkan. Lagi-lagi aku jual roti goreng inti kacang merah ni. Letak kat kedai mak saudara. Dapat lah duit sikit nak bayar pinjaman mara ni.

16 comments:

Falsya said...

rajinnye lahai..akak nie nak makan tapi malas nak buat..;)

paridah said...

RAJINNYA SERAA..XPALAH ADA HASILNYA TU...

Nurhuda Ismail said...

tetiba jadi lapar.

Aiy Ayumna said...

rajin sekali :) di sini juga ada roti seperti itu, tapi isinya kacang hijau atau kelapa manis

hainom OKje said...

Teringat pulak cakoi. Kat gerai cakoi kan biasanya ada cakoi inti red bean.....okje suka red bean ni....
Rajinnya awak SR..

Zie Has said...

dah lama tak makan roti goreng ni ... yummeh :)

seraa rose said...

tak leh kak.. nk makan kene merajinkan..:)

seraa rose said...

sementara rajin akak.. Alhamdullilah

seraa rose said...

opsss.. sorry..:)

seraa rose said...

kacang hijau kurang gemar skit.. huhu

seraa rose said...

a'ah betuk tu okje.. dia mcm pakej cakoi dan roti goreng..:)

seraa rose said...

kene makan tu.. dah lama kan..:)

Cikna said...

Mesti pilih yg 1kg kn.... Klu ltk sekaya pun sdpkn.....;-)

Siti Yang Menaip said...

this oneeee i like !!! aaarhg.. slalu bayang doremon suka makan kueh ni..

seraa rose said...

aah 1kg lg jimat..ltak kaya pun boleh.. kne kreatif sikit..hehe;)

seraa rose said...

dorayaki ke?? hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails