Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Monday, November 23, 2015

Wanabian wedding 5th

Assalamualaikum..

Semua dah sedia maklumkan cuti sekolah dh pun mula. As usual bila cuti sekolah mesti ada kenduri kendara. haishh 3, 4 invitations dah aku dapat dr kawan2 seusia kat FB tu. Alhamdullilah dah sampai jodoh korang kan.. Aku just wait for a time. Banyak lagi hal2 penting yg aku belum achieve dalam hidup. So once dah nak kahwin nti aku jemput ya, xpayah lah susah2 nak tanya bila. Aku tahu korang bukan apa, caring terlebih. Aku hargai itu. Family aku pun caring but they understand. Lagi pun Long aku 28tahun baru kahwin. Ehh membebel pulak kan. 😆

Semalam 1st invitation dari kawan yang ak pergi. Sementara ada kat Kelate kan, marilah memenuhi undangan sahabat2. Kalau dah kerja esok2 tak tahu lah dapat pergi ke tak? Kalau kene dengan time cuti OK aje. Tapi jemputan yg semalam ni memang wajib pergi. Kalau x pergi mmg xdtg deme ni.


Ni wedding ke 5 out of 9 wanabis. Jadi tinggal 4 lg yg singel mingle and available. Haha. Jomm badi cop sapa kahwin dulu. Yang kahwin last akan ada kemungkinan xcukup 9. Ini pun dah xckup 9. Alasannya anak nagis dah 2, 3 ari. mak pun tak kasi pergi. Antara alasan dan kebenaran yang akan diberi bila xdapat attend wedding kwn yg pergi wedding dia. Hurmm apa nak buat. Dah kahwin kan, commitment bertambah and we understood. Sibuk dengan suami dan anak.


To Shiha and husband. Selamat mengemudi kapal korang. Semoga berlabuh di tempat yg betul. In sha Allah sentiasa di bawah rahmat Allah.

Cah buyong akan meletop bulan 1.

p/s ~ Reunion wanabian tahun 2015. Who next?

Sunday, May 3, 2015

Majlis Kahwin Kawan Sekolah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Semalamkan Dik Non akak ada 2 majlis kenduri nak kene attend. Majlis kawan akak masa MRSM lah ni (classmate form 5). Tapi akak dapat amik gambar dengan satu pasangan je. Yang satu lagi tu, Mak handam dia buat hal oi. Pengantin lelaki dah sampai kat area rumah dia dah, yang pengantin perempuan ni baju perantin pun takde ko nak sarung. Sebab tu akak tak amik gambar dengan dia. Kalau akak amik gambar ngan dia, akak yang macam perantin. Kuwang3x. Dah la ada orang kata akak kurus. Dusta je semua tu. Tapi disebabkan orang kata akak kurus, lewat malam semalam akak balun nasi lemak ayam rendang ko. Hah kurus lagi ke akak ni Dik Non?


Traffic semalam not bad. Tapi takde lah sampai jem. Tapi tapi tapi lori panjang ada berbiji-biji atas jalan. Lepas tu sibuk nak hon akak sebab masuk line dia, atas kebangangan pemandu kancil yang masuk line akak. Ha ni lah, kesilapan yang berpunca dari orang lain. Alhamdullilah la nyawa akak masih ada.

p/s ~ ni tenggah tunggu nak g belarok pulok.

Kamsahamnida *_*


Friday, February 27, 2015

Majlis Perkahwinan Syuhada & Shahrul

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Owhh bizi.. bizi.. Seminggu xsempat nak jengah blog. Cerita pula bertimbun-timbun nak dilunaskan disini. Adoii.. Dugaan betul. Time tengah rajin nak berblog ni lah masa seakan-akan mencemburui. =(

Ok mula-mula nak cerita pasal wedding invitation masa CNY baru ni. Dalam entry before ni yang tajuk Jemputan Majlis Perkahwinan, ada 6 invitation waktu cuti CNY tu. Tapi dalam 6 tu, satu je sempat attend. Haha. Kira OK lah kan sebab banyak sangat invitation ni. Takutnya bila g semua tak nyempat I nak bernafas nanti sebab makan banyak. Kuwang3x. Padehal hakikat sebenarnya I g vacation. Ke mana? Nanti diupdate entry seterusnya.. Tunggu!!

Untuk majlis perkahwinan yang sempat dihadiri tu adalah majlis kawan waktu sekolah rendah. Sebenarnya ada dua jemputan dari kawan sekolah rendah ni, tapinya yang 1 tu jatuh hari pergi vacation. Bila dah jadi macam tu xkan nak cancel vacation kan. But it's ok dapat pergi satu pun still masih dapat jumpa kawan dulu-dulu yang dah lost contact. Bukan sahaja dapat jumpa kawan, cikgu sekolah rendah pun dapat jumpa. Dah 13 tahun tinggalkan zaman sekolah rendah. Rindu zaman-zaman dulu.

Antara kawan sekolah rendah yang dapat jumpa.

p/s ~ cuti sekolah dah xlama. invitation kat FB hari-hari masuk.. 

Sunday, September 22, 2013

#throwback 2 years ago

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Miss this moments.. Bila pula dapat rasa perasaan yang sangat gembira bila dapat mengembirakan Mama, Papa dan family. Can'not wait for next ceremony. Tapi i need to finish the report first. Sekarang nie kene bertabah dan cekal kalau nak kecapi perasaan itu lagi.

This week and last week, timeline FB penuh dengan gambar konvo kawan-kawan. Ada yang dah berlangsung majlisnya juga ada yang bakal berlangsung. UTM lagi sebulan baru berlangsung majlisnya. Happy tengok gambar kawan-kawan. Macam-macam gambar ada. Tahniah untuk hari jubah korang ya. 

p/s ~ bila gembira kedua ibu bapa, gembira lah aku.

Wednesday, September 11, 2013

3 wedding for 3 weeks

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jangan nak expect lebih.. Tajuk je dalam Bi tapi karangannya masih dalam Bm. Kalau karangan dalam Bi komfirm tergolek ketawa orang yang pandai Bi dengan ayat Bi aku. Lagi pula kalau menaip Bm cepat sikit. Orang Melayu katakan. Kuwang2x..

Bercerita pasal majlis perkahwinan. Setiap minggu, memang akan ada majlis yang aku hadiri. Yelah orang jemput kenelah pergi. Tak kisah lah orang jemput melalui kad ke, FB ke semua aku pergi. Sebab aku nak meraikan mereka sempena hari bahagia mereka. Lagipula dah lama tak bersua muka. Jadi bila ada majlis macam nie, aku ambiklah kesempatan itu. Lepas nie memang dah tak akan jumpa maybe melainkan kalau ada yang nak organize reunion. 

1st wedding 1st week

Perempuan tu kawan masa forcast UTM. Kira sama baya lah. 

2nd wedding 2nd week

Lelaki tu kawan forcast UTM dan juga cousemate SSC. Juga sama baya. 

Photo: Officially wife of Mohammad Hadi
3rd wedding 3rd week

Lelaki dan perempuan cousemate aku. Bercinta sewaktu belajar dan Alhamdullilah hingga ke jinjang pelamin. Diorang sebaya. *sweet sangat

Minggu nie pun aku ada dapat invitation juga. Hari 1 Malaysia nie. Tapi tak dapat nak pergilah sebabnya dye orang Terengganu dan buat kat sana. Aku dok JB.. Memang tak dapat nak menghadirkan dirilah. Apa-apa pun aku doakan dari jauh moga kalian yang bakal melangsungkan perkahwinan akan dirahmati Allah dan hubungan yang dibina kekal hingga ke Syurga. Ohh doa itu bukan sahaja untuk yang bakal melangsungkan, yang dah berlangsung pun boleh.

p/s ~ suka g wedding kawan-kawan. Nanti dapat jumpa kawan-kawan yang lain.

Friday, May 24, 2013

Jalan - jalan Sabah Complete

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kat Kota Kinabalu kami x banyak menjalankan aktiviti pun. Tambahan pula macam xbanyak tempat yang boleh dilawati kat Kota Kinabalu nie melainkan membeli belah aje la. Then i want to summarise the place that u can visit when u was there.. Seen like i'm live there but i'm not. Haha

So for a day stay at Kota Kinabalu, we just escape to Pulau Mamutik and shopping mopping at Pasar Filipina. Aku rasa masih ada banyak lagi tempat yang menarik kat main town of Sabah nie, tapi kami tak berkesempatan untuk menjejakinya. So pity we.. Kah2x..

Then now it almost 3 month about this Sabah. I want to go there again. I want to capture the highest peak of Mount Kinabalu. Hoho..


Thursday, May 23, 2013

Sahabat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

I was compelled to write this entry.. It is about friendship..


I don't think that i'm such a good friend. When my friend told me that i'm a good friend, i think they are lied to me. They just want me to feel relief when they say so or they just want to satirize because i did not be a good friend in fact.


If i'm a good friend, i will take care and grab some information about my friend. I will make sure that when my friend in bad condition i be polite and always ask about here. But i'm not.. I just let my friend lost direction and only have family to give support and everything. Such a bad friend right?


If i'm a good friend, i will always beside them and always lend a hand to help. I should not have  a selfish attitude. I must hang out with them. Does not have heart feeling when i being scolded because of my fault and ect.



Then too be  a good friend, you must listen to lyrics 'Sahabat' by Najwa Latif. I think you will be, but i'm not. Huhu

p/s ~ thanks for those that want to be friend with me eventhough i'm not good.

Tuesday, May 21, 2013

Pasar Filipina, Sabah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah penat menyelam, kini masanya untuk habiskan duit kat Pasar Filipina yang sangat famous amos tu. Wah bajet banyak duit sangat la aku nie. Hinggakan balik aje dari Sabah duit simpanan kering kontang. Huhu. My fault. Boros sangat. Tapi aku beli apa yang aku rasa nak beli untuk family n kawan2 je. Salah ke? Hurmm

Semestinya kalau pergi Sabah x beli mutiara memang x lengkap rasanya. Tambahan pula, mak aku ngan mak saudara suruh beli seutas sorang rantai. Mak aku juga ada pesan suruh beli dekat adik aku yang sorang perempuan tu. Pada hakikat sebenarnya aku xreti sangat nak membeli nie, but aku main taram ikut sedap mata aku aje la.

Nie hasil rembatan aku ngan kawan aku. Gambar atas xde kene mengena. Hanya amik je.

Untuk aku pula, aku hanya beli gelang tangan ngan kerongsang. Aku xreti sangat nak pakai rantai yang labuh2 nie. Cukup la dengan seutas rantai yang panjang biasa2 aje. Untuk kakak aku aku beli gelang tangan aje. Kerongsang aku xbeli dekat dye sebab dye x suka kerongsang yang berjuntai. 


Aku juga ada beli fridge magnet sabah. 3 ketul RM10. Standard la bagi aku harga tu. Semuanya aku jumpa 3 ketul RM10. Aku beli banyak sbb nak kasi ngan mak2 sedara. Tapi hingga ke hari nie dah 3 bulan masih lagi dok kat fridge mak aku. Dah mak2 sedara xde datang rumah. Malas la aku nk g bagi sorang2.


Lupa pula masa dekat Dairy Farm aku juga ada beli fridge magnet. Aku beli 3 ketul je sbb mahal sangat. 1 ketul RM5. Tapi yang nie cantik sbb ada gambar moooo.. Hehe. Yang nie pun nak bagi kat mak2 sedara tapi masih kat fridge mak aku juga.

  

Kat Pasar Filipina nie juga ada jual makanan2 laut. Yang penting masih lagi fresh makanan laut tu. Tak lupa juga dengan size yang besar gabak memang kenyang lah makan. Sizenya yang memang besar dan jarang jumpa kat Semenanjung siyes. Terkejut and kagum aku tengok.


Dan x lupa untuk aku membeli rumpai laut yang telah dikeringkan nie. Pada mulanya mak aku yang pesan benda nie. Mak aku nak warna kuning sekilo. Yang warna purple tu mak aku x pesan pun aku yang pandai2 beli. Kat sana yang kuning tu harga dye sekilo RM9 manakala yang purple tu harga dye RM12/kilo. Murah giler2 kan.  Kalau kat cnie, RM10 baru 100 gram. Cekik darah betul. Nak cepat kaya punya pasal. Apa2 pun itu sahaja kisah membeli belah kat Pasar Filipina. Lepas pada tu kami terus balik rumah. Esoknya dah nak berangkat ke airport untuk balik Semenanjung.

p/s ~ entah bila dapat ke Sabah pula.. Huhu

Monday, May 20, 2013

Alkisahnya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alkisah tersebutlah kisah.. Taib.. :)

Menyelam sudah.. Melawat kawasan pun sudah kini tibalah masa untuk pulang. Merujuk kepada entry kos ke pulau, kami decide nak balik pukul 3. Pada jam 1 tengahari, aku masih lagi menyelam untuk yang entah ke beberapa kali. Kawan2 yang lain berada di gigi air. Tiba2 aku tengok mereka bertiga bangun dari duduk dan buang peralatan masing2.. Aku dah bermonolog dalaman 'hehh diorang nie nak balik dah ke.. hurmm'.. Aku pun apa lai keluar dari air dan bertanya akan meraka.. Yes meraka dah nak balik tapi boat kami pukul 3. Then kami pun buat keputusan call orang sana bagitahu nak balik pukul 2. Ok settel part tu..

Dah selesai mandi and pakai balik baju yang masa datang pulau, terus ke jeti. Masa tu dekat2 pukul 2 dah. Tiba masanya boat pun sampai. Kami pun cakap lah dengan orang yang handle kata kami balik pukul 2 xjadi balik pukul 3. Sekali!!!! dye check nombor, nombor siri  tiket keteorang x tersenarai untuk boat pukul 2 tu. Kurang ajor betul.. Masa call kata ok beres.. Ni apa kess xde nombor kami. Mengelegak je masa tu. Boat plak penuh. Hehh kenapa ramai sangat nak balik pukul 2 nie.. Nak x nak terpaksa lah kami melepak kat jeti tu. Pedulikan orang yang lalu lalang. Yang tak nahan tu kami sempat menyidai tuala. Kering tau. Huh bertapa panasnya kat situ.  


Melepak kat jeti banyak kejadian kelakar berlaku. Tergelak2 kami kat situ.. Kejadian pertama ialah ada satu pasangan kapel i think and chinese. Diorang nak bergambar. Then si perempuan ni berlari2 manakala si lelaki mengambil gambar. Hoii kalau berlari buat video ok lah nie berlari tapi ambik gambar. Hadoii bukan leh nampak pun yg ko dok lari tu. Just buat acting dah la xpayah nak lari2. Bantai gelak kami kat kejadian pertama nie..

Kejadian kedua plak, chinese jugak dop berusaha nak tangkap anak2 ikan yang bersepah kat bawah jeti tu. Nak tangkap pula pakai tapak tangan yang digabung dua. Hadoii apa kerjaan macam tu. Ko ingat anak2 ikan tu xreti nak lari bila kau sauk ngan tapak tangan. Yang paling xleh bla dye buat style jeng jeng jeng yang mana slow2 nak sauk anak2 ikan tu. Sekali xsempat sauk anak2 ikan dah lari dulu. Nampak beno anak2 ikan tu lagi bijak dari ko. Bukan sekali dye cop cuba nak sauk anak2 ikan tu berkali2.. Hadoii bengap betul.. Sekali lagi kami bantai gelak. Tapi yang bestnya masa kami x sia2 menunggu boat pukul 3. Ada juga hiburannya.


Dah tiba boat yg pukul 3 tu. Then u know what? Ketiorang je yang nak boat tu. Bersama 2 orang pengemudi boat yang ee entah nak cakap apa xtahu. Bawak boat main2.. kejap laju kejap slow. Tahu lah yang dalam boat tu smua perempuan. Nak mengatai lah kerjaan tu. Sampai kat tengah2 laut plak, boleh dye kata boat xde minyak n kene dayung pakai lengan. Amboii engkau. Orang bayar kot. Rupenya2 enjin rosak plak. Hadoii bosan betul. Dah lah lepas nie nak g shopping kat Pasar Filipina  tu.. Baiki punya baiki dapat lah boat gerak. Dan boleh gerak plak slow aje. Ahh jadilah. Selamat sampai jeti akhirnya..

Itu aje alkisahnya. Hadoi panjang pkak entry nie. Ada orang baca ke x nie??

Thursday, May 2, 2013

Let's escape

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dah beli ticket. Let's escape! Piungggg. Berdesup. Haha. Bajet cam naik racing car, padehal naik boat aje. Nasib baik gua xde mabuk laut. Kalau x memang dalam laut tu je gua muntah. Kah3x.



Masa naik bot angin best giler. Gua suka angin kuat-kuat nie. Cepat sejuk. Tak percaya gua suka? Tengok gambar atas la macam mana gua sengeh. Habis terjojol gigi-gigi gua yang x berapa nak rata tu. Udah mcam kerang busuk aje. Tapi gua  xbusuk ya walaupun gua nak g snorkeling. Kah2x.

p/s ~ ter'rajin' update cerita satu persatu plak.


Wednesday, May 1, 2013

Kos ke Pulau Mamutik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Apa pasal lah aku liat sangat nak menulis kat blog sejak kebelakangan nie ha? Cerita Sabah yang 2 bulan lepas belum abis2 lagi. Sedih betul lah kan. Memang xleh nak jadi wartawan aku nie. Nanti banyak berita yang penting2 terlepas macam tu aje. Huhuhu. Membebel panjang pun xguna juga. Baik aku teruskan dengan cerita aku. 

Bila dah pergi Jesselton Point nie, xlain xbukan mesti nak pergi pulau punya. Hewhew.. Sebelum tu kene lah beli ticket dulu hokay. Bukan free nak ke sana.

Tengok punya banyak agensi yang sediakan perkhidmatan ke pulau

Tapi TARIE TRAVELS & TOURS menjadi pilihan


Dan ini adalah senarai harga untuk ke pulau-pulau yang boleh dikunjungi. Kamu membuat pilihan untuk pergi satu pulau sahaja iaitu Pulau Mamutik. Dan tujuannya untuk snorkeling. Wehuu. Total untuk ke pulau per person ialah RM46.50.

Boat rate : RM23 (1 island)
Terminal fee : RM3.50 (student)
Sewa snorkel+mask+life jacket = RM15
Bayaran masuk kat jeti pulau mamutik : RM3/person.

Waktu kami pergi ke sana jam 9 pagi then kami decide tuk balik jam 3 petang. Mak aii nak pergi snorkeling sampai 6 jam. Gilorr ke apa. Macam xnak pergi tempat lain dah amik pilihan snorkeling sampai 6 jam. Haha. 

P/S ~ nak snorkeling lagi!

Friday, April 19, 2013

Jesselton Point

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Haduhh bile cerita Sabah aku nak habis nie. Korang yang baca pun mesti bosan ngan entry aku tak habis2 pasai Sabah kan. Aku yang nak menulis nie lagilah. Tapi nak buat macam mana aku sibukkkk xsempat nak menaip.. Wuuu

Okeh seperti cerita2 sebelum nie, kami kat Kundasang n Sandakan just for one day. Late in evening, kami dah gerak ke Kota Kinabalu. Dalam jam 8 lebih kami dah pun tiba kat bandar Kota Kinabalu. Disebabkan cepat sampai, kami decide nak jalan2 pusing bandar dulu. Mostly kedai pun dah tutup masa tu. Yelah pukul 8 semenanjung, pukul 9 Sabah. Pusing kejap2 je tengok mana tempat nak pergi esokkan harinya. 

Kat Kinabalu nie kami tinggal umah kawan kepada salah seorang dalam trip nie. So dah jimat  kat situ. Kami tinggal kat rumah dye untuk dua malam. Early in morning for next day, we went to Jesselton Point. Yehh we are ready for escape to island.



Next entry abaout island that we were going. 

Win a Mercedez Benz here!!!

Thursday, April 11, 2013

Tempat Menarik di Ranau & Kundasang

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah habis juga cerita jalan2 kat Ranau dan Kinabalu. So sekarang i will make summary untuk tempat2 yang dah kami kunjungi.

Tempat paling best yang aku rasakan ialah Dairy Farm.. Siyess best.. Kedatangan kami ke kawasan berhampiran pergunungan tu di lambai dengan angin yang tersangat best. Not sepoi-sepoi bahasa because boleh menutup pintu kereta without someone push it. U can imagine? If not u can read this entry..



Selain daripada tu, kalau suka menimba ilmu boleh la buat kunjungan ke Sabah Tea Garden. I know selama hari nie, sapa yang tak pernah lawat kilang teh tak akan tahu cam mana pemprosesannya, dan juga xtahu berapa suhu yang menghasilkan teh yang terbaik. Correct me if i'm wrong make a  conclusion about u readers. Or kepada pengemar teh, banyak pilihan ada di sana.


Tak dilupakan bagi peminat yang suka basah-basah. Ranau Hot Spring boleh anda kunjungi. Bukan setakat basah aje, lecun yang amat pun boleh. Dikelilingi dengan hutan yang menghijau juga boleh membuatkan anda tenang. Tapi apa yang aku xsuka kat tempat nie, u need to pay more.. Untuk lebih lanjut rujuk entry nie..


Manakala bagi pencinta sejarah. U know who u are. War Memorial boleh mengingatkan anda kepada sejarah tanah air. Atau paling jelas lagi untuk tanah air Sabah. Juga buat pengemar rose, kat cnie juga boleh la buat aksi cium2 rose.. Hehe


Last but not least, perempuan suka shoping kan? So pasar Kundasang aje yang ada kat sana. Mid Valley, Jusco jangan nak berharap sangat. Going back to ur hometown la. Sayur-sayur segar bersepah kat pasar nie. Pilih la kedai mana yang anda mahu beli sayurnya. 


Tempat menarik lain? Yehh Kinabalu Park. But a litter bit disappointment. Huhu. Because when we are there, the weather not so good. We cannot see the mount Kinabalu. Cerita lain kat Kinabalu Park leh rujuk entry nie..


Lain2 tempat memang dah tak tahu dan tak kunjungi dah. Seharian memang x cukup kalau ada tempat menarik lain kat Ranau dan Kundasang tu. Kita pergi mana yang sempat aje la.. Next cerita kat Kota Kinabalu plak. Pe yang ada kat Kota Kinbalu. Nantikannn!!

* entry tanpa gambar? cam pelikk aje

Monday, April 8, 2013

Pasar Kundasang, Sabah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Satu hari pusing-pusing Kundasang dan Ranau dah habis. Dalam pukul 5 something in the evening kami pun gerak ke Kota Kinabalu selepas solat semua. Tapi sebelum tu, kita singgah pasar dulu. Yehh pasar Kundasang.

Pasar nie dop tepi jalan je. So easy to stop if u want a pit stop. Gitu ha. Pe yang ada kat pasar nie? Really sayur2 segar belambak hokay. Giler aku nengok. Nak beli fikir tak muat bagasi dah. Lagipula kalau beli xsempat sampai Kelate dah layu. Kenapa Kelate? Sebab mestilah nak bagi kat my mum. Aku nak masak idak lerrr.. Tak kurang rose juga ada dijual. Madu dan macam2 laa..


Kat pasar nie juga ada jual kuih tradisional orang Sabah. Dan semestinya kat Sabah je ada sbb aku xpenah nampak kat tempat lain pun sebelum nie. Kalau ada kat Semenangjung tu maknanya ada orang poskan lah tu. Kuihnya nama amplang aka keropok ikan dan kuih cincin. I miss that food so muchhh.. Kalau makan amplang tu memang xleh berhenti melainkan habiss.

nie la rupa amplang tu.. untuk yg  xtahu pe ampalng..


Friday, April 5, 2013

Kundasang War Memorial

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Haiyaakk dah lama aku tinggalkan cerita sal jalan2 Sabah. Sebabnya mood nak menaip banyak2 dan mengingatkan kembali malas. Lagipun limit broadband dah habis lagi mengukarkan untuk buka website. *Nampak sangat blog aku berat. 

Here we go. Bersambung balik dengan tempat yang dilawati. Lepas keluar dari Dairy Farm kami singgah di  War Memorial. War Memorial nie terletak di jalan yang sama untuk ke Dairy Farm. Maksudnye nak ke Dairy Farm kene lalu  War Memorial dulu. Dan nak balik dari Dairy Farm pun kene lalu  War Memorial juga sebabnya ada satu jalan je nak ke Dairy Farm tu.

Entrance War Memorial nie RM2/pax. So apa yang menarik kat cnie ialah ada banyak garden seperti Autralian Garden, English Garden dan Borneo Garden. Keadaan taman  juga sangat lah bersih sebab memang sentiasa dijaga. Waktu aku pergi pun ada pekerja tengah buang pokok2 yang meliar dan dah mati. 


Juga kat cnie kita akan berada di tempat yang tinggi untuk mengambil gambar bersama gunung Kinabalu.


p/s ~ kat war memorial nie juga ada rose. Boleh di cium dan wangi.

Wednesday, April 3, 2013

Hashtag

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

#Birthday #friend #celebrate #created #myself #hope #like


p/s ~ Happy wednesday

Tuesday, March 19, 2013

Dekat Sangatttt

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jujur aku cakap, aku dah lama tunggu nak menulis entry nie. Rasa excited tak boleh nak digambarkan bila dapat menulis entry nie. Kenapa?? Sebab aku dapat tengok 'nya' pada jarak yang paling dekat lah. Apakah 'nya'??


'nya' itu adalah Gunung Kinabalu yang bakal aku tawan puncaknya. Siyess masa kat Dairy Farm nie leh tengok gunung dengan jelas lagi. Awan tak sehebat waktu pagi yang mana gunung terlindung terus. Suka sangat2. Tak habis-habis dop amik gambar berlatarkan gunung nie. Sewaktu perjalana balik pun dop excited cari gunung. Nampak dari jarak dekat still dop toleh2. Rindunya gunung nie. 


p/s - Gunung Kinabalu.. Aku rinduuuuu

Monday, March 18, 2013

Dairy Farm, Kundasang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kami minum susu kamu!!! haha.. Best betul susu kamu nie. Moooooooo....


Harga sekotak susu perisa coklat ialah RM5. Yang lain-lain pun ada tapi x survey lah plak. Siyess susunya sangat sedap ok. Tak macam rasa susu perisa coklat yang biasa kita beli kat pasar raya tu. Kiranya macam rasa susu yang asli lah. Orang kata 'susu fresh dari ladang'. Haha.. Kononya nak tengok susu diperah. Alih2 lambat sangat tunggunya g main ngan anak lembu dulu. Owhh ya nak masuk Dairy Farm nie RM5/pax.. If i not mistaken la.. Nyayuk nie lupa juga.. haha


Lepas dah main2 ngan anak lembu (main pegang-pegang), pergi amik gambar kat tugu Dairy Farm pula. Kalau tak amik gambar kat situ memang tak tahu lah aku nak cakap apa. Tugu punyalah besar gedabak memang mintak orang amik gambar kat situ.



Dah siap amik gambar semua, baru pergi balik tempat susu diperah. Berderet lagii lembu dop tunggu. Haishh lembu-lembu nie memang serah diri ajelah. Orang bukak tempat beratur tuk susu diperah tu sampai berebut2 nak masuk. Tak sabar hah semua. Kuwang2x..

p/s ~ pergi toilet semerbak bau lembu.. Mana taknya toilet belakang dekat ngan lembu. Tak tahann wooo

Sunday, March 17, 2013

Hot Spring, Ranau

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Biarpun hujan, tetap nak pergi hot spring juga. Nak rendam kaki dalam air panas katanya.Padehal kat Walai Tokou tu ada je air panas. Ngade-ngade lebih belako. Aku pun sama lah kiranya ya. Huwawawa


Nak masuk sini nak keno bayar RM2/pax. Before nie aku ada terbaca entah kat mana (blog), dye cakap boleh pakai tiket masuk ke Kinabalu Park sbb tiket dye sama. Means tak payah bayar la. So aku g lah tanya boleh pakai x, dye kata kene sama tarikh baru boleh pakai. Haiyaa cam itu plak ya. Kami pulak hari sampai tu dah singgah Kinabalu Park. So jawapan dye bayar lain lah. Rugi2x. 


Yang bestnye kat dalam nie ada banyak tempat leh pergi seperti canopy walk, taman rama-rama dan macam2 lah. Tapi yang tak bestnya, semua tu kene bayor lain. Wahh tektik kotor ya. Nasib baik nak masuk kolam air panas tu tak bayar lain. Kalau tak aku timbuk sorang2. Wahh garang x? 


Kami kat cnie kejap je. Dah rendam2, amik2 gambar terus bla. Banyak tempat lagi nak pergi nie. Hehe

p/s ~ tak pergi hot spring pun x pe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails