Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Setelah berjayanya misi di Sandakan, kami bergerak untuk patah balik ke Kundasang dan Ranau. Misi nak menjayakan aktiviti di sana plak. Hui3x.
Dekat sana banyak tempat juga lah yang sempat kami singgah. Owhh untuk Ranau dan Kundasang pun kami hanya spent sehari juga untuk pergi ke semua tempat yang ada kat sana. Gigih kan kami. Hurmmm
Dalam pukul 4 petang, kami bertolak dari Sandakan untuk ke Ranau/Kundasang. Perjalanan patah balik nie macam rasa sekejap je nak sampai. Sentiasa macam tu kan bila kita dah patah balik nie. Selalu tempat yang nak dituju tu yang rasa jauh, bila dah balik kejappp je.
Misi utama kat Kundasang/Ranau nie nak tengok Gunung Kinabalu di awal pagi. Tapi nasib tidak menyebelahi kami, pagi tu hujan dari semalam yang kami sampai. So awan melindungi gunung tu dari pandangan. Sedih gileerrr. Padehal dari tempat penginapan kami untuk malam tu tersangat lah dekat weii. Kat mana kami tinggal, nanti lain cerita.
#kecewadengangunungkinabalu
3 comments:
bestnya jalan2 cuci mata..hehe..tambah2 lagi kat kawasan gunung
SubhanaAllah.. cantik... :D
salam kenal, ada hajat nak panjat..belum kesampaian..
Post a Comment