Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Setelah pit-stop dekat rumah terbalik yang mahal bayar untuk masuk tu, kami teruskan perjalanan. Dah xde stop mana2 dah. Owh pasal kenderan kami, kami sewa kereta ya iaitu My-V auto. Harganye RM100/day. Mana kami sewa? Mintak tolong kawan kepada kawan yang carikan. Kiranye affordable la harga tu. Kami sewa untuk 4hari, so totalnye RM400.
Berbalik kepada perjalanan kami. Dalam pukul 1.00 tengahari kami dah sampai Ranau. Sungguh sejuk angin kat Ranau nie. Jadi kami tak pakai airkon pun, buka aje tingkapnye. Leh la save minyak sikit.
Sepanjang perjalan leh dikatakan berkabus la. Actually sebenarnya awan. Dan kadang2 tu hujan rintik2. Memang tak nampak apa pun sepanjang perjalanan macam gunung or bukit.
Depan tu memang awan, awan nano. Bila lalu aje, tak perasaan pun yang kita langgar awan. Kalau naik kapal terbang dah rasa nie.
p/s ~ jalan berbukit. Naik aje.
2 comments:
lama dah tak p sbh..
Dah macam kat negara sejuk kakak tengok..
Post a Comment