Saturday, March 16, 2013

Sabah Tea Garden, Ranau

Bismillahirahmanirahim dan Assalmualaikum..

After breakfast like a king, kami meneruskan misi iaitu pergi ladang teh. Wahh best giler tengok semua hijau. Tenang, damai. Semua ada. Alhamdullilah. Tapi yang x bestnye dye punya jalan nak sampai ke puncak tu, Ya Rabbi tersangat lah teruk. Jalan berbatu2 ok bukan ber'tar'. Punyalah slow dan lambat nak sampai atas tu.

*gambar dah nak balik nie*

Kat garden nie, kami amik kesempatan tuk buat lawatan ke kilang. Lawatan sambil belajar bagaimana teh2 diperoses. Nak juga tahu kan, tak kan nak tahu minum aje tehnya. Hehe. So nak masuk dalam kilang nie, nak kene bayor RM12/pax. Kami telah di terangkan satu persatu step pemprosesan teh. Gambar takde ya sebab tak dibenarkan amik gambar. Lepas dah tengok cara proses tu kami di bawa pula ke satu bilik untuk melihat perbezaan antara teh yang bagus dan teh yang x bagus. Bahan yang digunakan ialah dengan satu gelas air dan serbuk teh sahaja. Teh yang bagus akan tersebar warnanya (didalam air) dengan sekata. Manakala teh yang tidak bagus, warnanya akan tersebar dengan keadaan pecah2. Dah selesai semua tu kami akan diberi cenderahati. Yahuuu suka dapat cenderahati. Cenderahatinya ialah 50g teh sabah yang berharga RM1.30. 


Lepas tu boleh laa amik gambar suasana kat situ. Waktu sampai hingga waktu nak balik, hujan tak berhenti. So nak amik gambar pun sedikit menyukarkan. Tapi kami amik juga mana yang boleh. Tapi tak banyak lah gambar kat c2. Tak lupa juga untuk beli teh2 sabah. Ada banyak pilihannya. Ada teh yang organik (tanpa campuran perasa) dan ada yang perlbagai perasa. Aku beli yang organik aje. Total beli teh RM7.60.

p/s - minum teh sampai kembung.

1 comment:

sea_lavender said...

wah mesti bestkan~~ kte ingt waktu g cameron highlands dlu ~~ suasana nyaman :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails