Wednesday, March 13, 2013

Walai Tokou Homestay

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Walai Tokou? Owhh susahnya nak sebut homestay nie. Seperti biasa kami main terjah aje mana yang nampak di sepanjang perjalanan. Sebelum jumpa yang nie kami kononnya nak tinggal dekat J.Residence sebabnya daripada hasil google cakap tempat tu cam best. Tapi.. cari punya cari hailaa tak jumpa pun signboard J.Residence nie.

Alih2 dah malas sangat nak cari, dengan hujannya tak berhenti, dah tak tahan dah, singgah je kat Walai Tokou nak tanya ada kosong tak. So makcik Julie kata ada lagi kosong. Ada 2 bilik. Dye suruh kami amik 2 bilik sebab kami 4 orang. Nanti dye bagi murah sikit daripada harga total 2 bilIk RM180. Tapi kami x nak 2 bilik tu sebab nak cut bajet, so tetap berkeras izinkan 1 bilik tu untuk 4 orang. Wahh berhimpit kami tido, punyalah nak cut bajetkan. Dalam bilik tu ada 2 katil bujang yang telah dipasangkan bersama. 

Tapi bagi aku, tak kisah la berhimpit yang penting tido. Tak tahu lah orang lain kalau nak keselesaan ke. Jadi dengan sebilik tu bayarannya RM90. Harga murah sikit yang makcik Julie nak bagi tu tak pulak kami tanya. Huhu. Tapi ok juga kami xamik 2 bilik, sebabnya lepas kami masuk tu ada lagi orang yang cari bilik. So dapatlah dekat dye bilik yang kami xamik tu. Bagaikan dah tolong orang rasanya. Hehe.

Jadi sapa yang berminat nak tinggal dekat homestay yang namanya susah nak sebut nie leh laa contact makcik Julie nie. Homestay nie di tepi jalan aje. Juga di bawah homestay nie ada kedai makan 24jam. So kalau lapar xpayah risau, sediakan aje duit pergilah melantak. Harap2 dengan info yang aku bagi nie leh laa korang wat plan tuk tinggal kat mana kat Kundasang dan nak tengok Gunung Kinabalu yang dilindungi awan. 


p/s ~ gambar dalam bilik tak teringat plak nak amiknya.. Ampunnn


2 comments:

Nana Liena said...

akak travel ni dengan siapa ja? huhu..

shera haifa said...

@Nana Leina - travel ngan kawan2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails