Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..
Dah selesai buat kunjungan hormat ke atas sedara mara, kami pergi plak ke Rainforest Discovery Centre. Jangan risau sesat, jalan nak ke RDC nie sama jalan masa nak ke Sepilok. Cuma Sepiloknye ke dalam lagi, RDC nie sebelum sampai ke Sepilok. Nak masuk RDC nie kene bayar rm7/pax. Untuk rujukan leh klik RDC.
Apa yang menarik kat RDC nie? Kat cnie ada canopy walk, ada Suspencion bridge, dll. Kalau anda bertuah, leh tengok pelbagai spesis burung yang ada dalam RDC nie. RDC nie tersangat lah luas. Kami xsempat nak lalui semua jalan2 dalamnya. Lagipun hari kejadian hujan. Sebab tu kami berpayung untuk gambar kat bawah nie. Hehe
1st time aku mengalami perasaan naik jambatan gantung nie. Ya rabbi hazab giler keadaan bila ada sepasang mat salleh lalu kat jambatan gantung nie. Diorang punya badan besar lepas tu sekali melangkah bergoyang2 jambatan nie. Kiteorang takut, takut tiba2 terbalik ke jambatan nie basah la jatuh dalam tasik tu. Memang masa tu nak menyumpah aje mereka. Astaghfirullah.
Owhh ya kat dalam RDC nie juga ada Plant Discovery Garden. Ada macam2 jenis tumbuhan. Tak kenal tumbuhan leh la bersuai kenal. Ia seakan2 Singapura Botanical Garden, tapi SCG punya kawasan lagi besar la. Siap ada taman orkid.
p/s ~ back to nature sangat kan kiteorang nie.. kihkih
1 comment:
Nampak tenang je, nyaman dan selesa :D
Post a Comment