Tuesday, May 21, 2013

Pasar Filipina, Sabah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Setelah penat menyelam, kini masanya untuk habiskan duit kat Pasar Filipina yang sangat famous amos tu. Wah bajet banyak duit sangat la aku nie. Hinggakan balik aje dari Sabah duit simpanan kering kontang. Huhu. My fault. Boros sangat. Tapi aku beli apa yang aku rasa nak beli untuk family n kawan2 je. Salah ke? Hurmm

Semestinya kalau pergi Sabah x beli mutiara memang x lengkap rasanya. Tambahan pula, mak aku ngan mak saudara suruh beli seutas sorang rantai. Mak aku juga ada pesan suruh beli dekat adik aku yang sorang perempuan tu. Pada hakikat sebenarnya aku xreti sangat nak membeli nie, but aku main taram ikut sedap mata aku aje la.

Nie hasil rembatan aku ngan kawan aku. Gambar atas xde kene mengena. Hanya amik je.

Untuk aku pula, aku hanya beli gelang tangan ngan kerongsang. Aku xreti sangat nak pakai rantai yang labuh2 nie. Cukup la dengan seutas rantai yang panjang biasa2 aje. Untuk kakak aku aku beli gelang tangan aje. Kerongsang aku xbeli dekat dye sebab dye x suka kerongsang yang berjuntai. 


Aku juga ada beli fridge magnet sabah. 3 ketul RM10. Standard la bagi aku harga tu. Semuanya aku jumpa 3 ketul RM10. Aku beli banyak sbb nak kasi ngan mak2 sedara. Tapi hingga ke hari nie dah 3 bulan masih lagi dok kat fridge mak aku. Dah mak2 sedara xde datang rumah. Malas la aku nk g bagi sorang2.


Lupa pula masa dekat Dairy Farm aku juga ada beli fridge magnet. Aku beli 3 ketul je sbb mahal sangat. 1 ketul RM5. Tapi yang nie cantik sbb ada gambar moooo.. Hehe. Yang nie pun nak bagi kat mak2 sedara tapi masih kat fridge mak aku juga.

  

Kat Pasar Filipina nie juga ada jual makanan2 laut. Yang penting masih lagi fresh makanan laut tu. Tak lupa juga dengan size yang besar gabak memang kenyang lah makan. Sizenya yang memang besar dan jarang jumpa kat Semenanjung siyes. Terkejut and kagum aku tengok.


Dan x lupa untuk aku membeli rumpai laut yang telah dikeringkan nie. Pada mulanya mak aku yang pesan benda nie. Mak aku nak warna kuning sekilo. Yang warna purple tu mak aku x pesan pun aku yang pandai2 beli. Kat sana yang kuning tu harga dye sekilo RM9 manakala yang purple tu harga dye RM12/kilo. Murah giler2 kan.  Kalau kat cnie, RM10 baru 100 gram. Cekik darah betul. Nak cepat kaya punya pasal. Apa2 pun itu sahaja kisah membeli belah kat Pasar Filipina. Lepas pada tu kami terus balik rumah. Esoknya dah nak berangkat ke airport untuk balik Semenanjung.

p/s ~ entah bila dapat ke Sabah pula.. Huhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails