Saturday, May 25, 2013

Trifle pertama

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum 

Alhamdullilah hasrat untuk ber'experiment' trifle berjaya juga. Kebiasaannya bila nak experiment kene pastikan balik rumah pertama2nya. Yelah bila dok hostel mana tempat nak memasaknya. Buat comot bilik adelah. Lagipun kat bilik ruang dye kecik aje, kalau kat rumah leh sepah mana yang kosong tu. Hehe


Percubaan pertama yang bagi aku tidak seindah mana. Ada kisah kastard tak pekat waktu buat trifle nie. Puas aku dok masukkan kastard hinggakan nak habislah boleh dikatakan tak juga pekat. Degil tahu kastard yang aku pakai tu. Juga kisah jelly yang cair sebab terlebih sukatan air. Salah sendiri. Sebelum tu tengok bahan2 nak buat trifle nie n caranya dulu.

BAHAN-BAHAN
Kek pisang
1 tin susu cair 
1 tin fruit cocktail
1 tin laici
2 sudu tepung castard
3-4 titik esen vanilla
1 kotak jelly 
1 sudu gula pasir

CARA-CARA
1. potong kek pisang & susun dlm bekas. pastu basahkan sikit kek tu ngan air fruit cocktail 
2. campurkan  susu cair + tepung kastard + gula putih + esen vanilla kacau sehingga sebati
3. masak dengan api yg perlahan sehingga pekat
4. masukkan kedlm bekas yg telah disusun ngan cake tadi
5. susun buah laici ngan cocktail
6. masak jelly nona ikut arahan di belakang kotak
7. curahkan ke atas adunan tadi
8. Siap. Simpan dalam peti kasi sejuk sebelum makan.

Pengunaan kek pisang sangat kurang atau boleh dikatakan seperti takde langsung waktu aku search mencari resepi trifle nie. But the idea to use 'kek pisang' came out when aku cuba makan trifle yang ada satu kedai kat arked kolej aku jual dye pakai kek pisang. Then the taste sangat2 lah sedap. Orang kata jatuh cinta pandang pertama. Hui2x. Daripada situ muncul lah idea nak pakai kek pisang. 

Pasal kastard yang tak keras pula semuanya adalah silap aku yang membeli. Aku beli kastard tu kat kedai Sweet Berry yang mana aku suka beli barang2 tuk buat kek or apam polkadot. So masa kat kedai tu aku dah belek2 mana nak beli pastu amiklah kastard tu. Aku cari kastard yang dalam gambar bawah nie tapi xde jumpa kat kedai tu. Yang ada hanyalah kastard yang telah ditimbang dan bungkus sendiri oleh kedai berkenaan. 


Dah baca yang dye tulis kastard kat plastik terus la grab sbb dah memang xde yang lain punya pasal. Balik rumah tiba masa nak buat masuklah kastard tu mcm mana resepi kat atas. Sekali dok kacau2 kenapa tak kental2 nie. Dah puas lah mengacau memang lama giler ah. So aku ingatkan kurang kastard aku tambah lagi. Aikk sama juga tak kental juga. Aku cakap ngan mama kenapa tak kental pun kastard tu. Mama pula amik alih masak kastard. Aku bace balik plastik tu betul ke aku beli kastard? Ya memang betul kastard yang aku beli tapi dye ada perkataan lain iaitu 'artificial castard'. Hoyehh kastard tiruan?? Padan lah tak mahu kental PENIPU rupenya! Memang kureng asam betul la. Last2 aku start moto g beli kastard yang sama dalam gambar atas. Mama masukkan aje 1 sudu dah kental weii.. Geram plak hati aku masa tu. Dah lah mahal tau 'artificial castard' tu. Mengong betul..

Pasal jelly cair tu plak sbb aku malas nak sukat air. Hambekk ko skali tak keras2. Jadi bila potong trifle tu yang jelly akan hancusss.. Tapi semua kesalahan aku tu leh dimaafkan la. Haha sebab experiment kan. Experiment nie kita tak tahu projek kita berjaya ke x. Keh2x.. Saja nak ngelat sebenarnya. Nanti raya nak cuba buat trifle lagi.. Muahhh

p/s ~ Sebut pasal raya, 4 hari nak raya baru aku balik. Sedihhnya..

4 comments:

aReLaN said...

mak selalu buatkan bila saya balik kampung. hehehe

Falsya said...

akak x wat2 lagi trifle nie..bile tahun baru nak start pun xtau...;D

Unknown said...

untunglaa arelan bila balik mak buatkan.. hehe..

Unknown said...

akak falsya kene buat.. senang je nie. hehe.. buat time raya boleh..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails