Wednesday, May 1, 2013

Kos ke Pulau Mamutik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Apa pasal lah aku liat sangat nak menulis kat blog sejak kebelakangan nie ha? Cerita Sabah yang 2 bulan lepas belum abis2 lagi. Sedih betul lah kan. Memang xleh nak jadi wartawan aku nie. Nanti banyak berita yang penting2 terlepas macam tu aje. Huhuhu. Membebel panjang pun xguna juga. Baik aku teruskan dengan cerita aku. 

Bila dah pergi Jesselton Point nie, xlain xbukan mesti nak pergi pulau punya. Hewhew.. Sebelum tu kene lah beli ticket dulu hokay. Bukan free nak ke sana.

Tengok punya banyak agensi yang sediakan perkhidmatan ke pulau

Tapi TARIE TRAVELS & TOURS menjadi pilihan


Dan ini adalah senarai harga untuk ke pulau-pulau yang boleh dikunjungi. Kamu membuat pilihan untuk pergi satu pulau sahaja iaitu Pulau Mamutik. Dan tujuannya untuk snorkeling. Wehuu. Total untuk ke pulau per person ialah RM46.50.

Boat rate : RM23 (1 island)
Terminal fee : RM3.50 (student)
Sewa snorkel+mask+life jacket = RM15
Bayaran masuk kat jeti pulau mamutik : RM3/person.

Waktu kami pergi ke sana jam 9 pagi then kami decide tuk balik jam 3 petang. Mak aii nak pergi snorkeling sampai 6 jam. Gilorr ke apa. Macam xnak pergi tempat lain dah amik pilihan snorkeling sampai 6 jam. Haha. 

P/S ~ nak snorkeling lagi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails