Friday, May 31, 2013

Resepi Puding Aiskrim Oreo

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Sekali tengok gambar atas nie macam bubur tapi bukan bubur ya adik kakak sekalian. Nama makanan dalam gambar diatas ialah Puding Aiskirm Oreo. Mana aku dapat resepi buat puding sebegini? Semuanya disebabkan kakak aku yang nak makan tapi malas nak buat. Ya Ampun pemalas betul kakak aku kan.. 

Alkisahnya, pada suatu hari tu dye share resepi ni yang pada asalnya dari FB BUKU RESEPI kat wall aku. Dah kalau begitu gayanya memang aku lah kene buat. Memang aku dah tau dah trik comel kakak aku tu. Lagipula aku nie jenis rajin mencuba dan membuat. Hurmm memang aku lah yang buat.

Disebabkan kami dah terpisah antara dua benua, bila salah seorang balik memang tak akan jumpa melainkan bila sama2 balik. Jadi aku tnggu sehingga kakak aku balik baru aku masakkan makanan nie. So kebetulan semasa mengundi baru nie kami sama-sama balik jadi aku masaklah puding simple nie. Bahan2 dan cara2 nya tersangat lah mudah dan senang. Nak cuba boleh la..

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali 
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
1 biji telur
1 bungkus biskut Oreo
Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
sedikit esen vanila

Cara-cara :
1) Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
2) Oreo dikisar dlm pengisar kering. Kalau xde pengisar hancurkan dengan tangan pun boleh... nak patahkan 2 pun boleh jugak... terpulang.
3) Blend susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
4)Bila agar2 yang dimasak tadi dah larut sebati masukan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api...
5) bolehla disejukan dlm acuan , loyang ...dah beku bolehla dipotong2 


nie lah rhupenya lepas di potong. Sedapppp!

4 comments:

aRe_Nim said...

aiskrim byk mane? air tu bpe gelas agk2? gula 1 cawan ke 100 gm? hehe

Unknown said...

cehhh anim malas.. air tu suka ahh sndiri.. gula nk bubuh satu plastik pun boleh.. aiskrim bubuh sesudu pun xpe.. haha..

- aiskrim bubuh ikut suka ah.
- gula tu bubuh dan rasa nk kemanisan gane..

Myra Jay said...

Wahhh bestnyer kalau makan masa sejuk, kena plak cuaca panas macam ni :D

Myra Jay said...

Huwaaa macam best je..
dah le mmg teringin nak mkn puding oreo ni.. especially makan sejuk2 :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails