Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Aku hanya punyai masa selama 60 hari lagi. Harap dengan 60 hari yang dimiliki, aku menggunakan masa itu dengan sebaik2nya. Aku harus mempunyai 'goal' yang perlu aku capai supaya aku menjadi lebih tabah dan gigih bagi mendapatkan 'goal' tersebut. Sesungguhnya aku sudah tidak tahan dan mampu lagi berada di sini.
Walaupun dikelilingi sahabat2 yang best tapi berada di sisi keluarga adalah paling best. Aku sudah tidak sabar untuk berada di sisi mereka. Membantu keluarga aku mana yang mereka perlu, juga bagi meneruskan kehidupan aku dengan mereka. Jika diizinkan Allah SWT selepas nie aku hanya ingin kerja berdekatan dengan mereka. Nanti senanglah untuk aku menjaga mereka disamping aku leh balik rumah sentiasa, makan makanan Mama yang best2. Hehe
Semoga dengan 60 hari yang dimiliki aku berusaha dengan sebaik2nya. Tidak lalai dan lara dengan apa yang aku lakukan. Terus bersemangat untuk melakukan kerja yang belum siap. Ya Allah bantulah teguhkan hati hamba Mu ini. Penuhkan hati hamba Mu ini dengan semangat dan keazaman untuk menjadi lebih baik. Sesungguhnya hanya dengan pertolongan Mu akan menjadikan aku seorang yang tabah dan kerajinan. Amin..
p/s ~ Ya Allah. Jika aku lemah dan jatuh. Kau berilah aku keyakinan untuk terus bangkit dari kelemahan aku sendiri. Bantulah aku Ya Allah. Aamiin
3 comments:
amin3..mcm mana pun dekat ngan family mmg lagi best..senang pun senang...akak doakan yg terbaik utk awak...;D
60 hari untuk apa tu ek???hmmmm
InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan..
Post a Comment