Showing posts with label Menang. Show all posts
Showing posts with label Menang. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

Menang Etude House

Assalamualaikum..


just for fun.. Hanya log in, jawab soalan mudah dan hantar. Menang tu adalah satu rezeki. Sekurang-kurangnya usaha. Ye dak. 




Terpelih utk menang produk edute house. Famous jugak etude house ni. Rasanya kat Aeon ada kedai etude. Kalau tak silap. Sebab dah lama tak pergi Aeon. Nanti bukak kat KB 28 April ni aku survey ya. So far aku tak berapa nak pakai cream @ any makeup ni tapi dah menang OK je. Kita tengok nak buat apa dgn barang tu. Heee


p/s ~ Pihak Eh xcontact lg pasal suh amik barang.Waiting for that

Tuesday, February 23, 2016

Menang set For Beloved One RM 265

Assalamualaikum..

Pernah menang dengan Silkygirl dari Cosmolitan, terjebak pulak dengan contest Eh, makanya isi lah nama kakak sorang. Dan kali ni sangkut pulak nama kakak. Alhamdullilah. Tapi itu lah nak g redeem jauh sangat. Boleh jugak kalau nak suh diorang pos, bank in RM15. Nak try tnya kawan dok PJ leh tlg amikkan tak. 


First time dengar pasal cream For Beloved One. Ada sapa-sapa pernah pakai?



Friday, December 4, 2015

Rezeki di Benang Hijau

Assalamualaikum..

Antara banyak-banyak IG shop yang jual tudung kan, benang hijau (BH) lah yang menjadi pilihan. Memang hari-hari aku stalk BH tu sampaikan notification memang ON lah. Hehe. Apa yang buat aku tertarik sangat dengan BH tu ialah tudung bawal. Yang printed paling mengugat iman. *aku tak dibayar untuk review ini




Semua tu design printed untuk tudung bawal. Amacam tergugat tak iman? Ok tak. Mungkin iman aku je yang mudah goyah. Hehe. Yang shawl printed pun lawa-lawa (Korang boleh lah g usha IG BH sndiri). Ada lah jugak rasa terliur tapinya aku jarang sangat nak pakai shawl. Melainkan memang rasa banyak masa nak belit-belit. Tapi kalau rasa macam tak menjadi tu bawal jugak yang aku sauk. Yang tudung ala-ala Fareeda tu aku tak pakai langsung. Sebabnya bentuk muka dan gaya aku tak kene dengan tudung tu. Macam orang tua. Ini bukan aku je cakap tapi dah ada orang yang tegur. Koh3x..

Baru-baru ni sempena nak sambut 100k follower, BH ada nak bagi voucher RM100 kpd 10 orang followers bertuah. Just kene repost, lengkapkan slogan. Jadi aku pun cuba lah nasib kot2 ada rezeki. Dan Alhamdullilah aku berjaya menjadi salah seorang yang bertuah tu. Nak tahu apa aku tulis slogan dia? G lah usha IG seraa_banu. Nak tekan butang follow skali pun boleh. *muka tak malu

Atas sekali tu!!

Memandangkan kat KB ada satu butik BH, jadinya aku pilih nak redeem voucher kat butik terus. Senang boleh cuci-cuci mata dan pilih-pilih. Baru puas hati. Pilih, cuba pakai dan letak semula pun boleh. *OK itu perbuatan tak senonoh. Kih3x.

p/s ~ nak g redeem dah ni..

Wednesday, October 28, 2015

Silkygirl dari Cosmopolitan

Assalamualaikum.


Kebetulan dari minggu lepas lagi datang KL untuk IV. Lepas tu dapat pulak mesej dari Cosmopolitan ari Jumaat tu apa lagi memang plan terus g collect la. Nasib baik ada kawan yang baik, layan kan aku nak g collect hadiah ni. Nak drive g amik sendiri memang tak dapat lah. Dengan apps waze yang selalu "No GPS detect", kan ada sampai KB pulak.


Antara produk silkygirl yang ada dalam box tu. Dua lagi Eyeliner dan makeup remover kasi kat kawan upah bawak aku g collect hadiah. Ni pun tak tahu bila nak pakainya. Lagi-lagi dengan aku yang tak berapa gemar nak conteng2 muka melainkan bila rasa nak melawa terlebih. Jadinya balik rumah, susun lawa2 dalam almari ajolah. 

TQ Cosmopolitan dan Silkygirl. 


Tuesday, October 6, 2015

Makan sampai tahun depan

Assalamualaikum..

Dah selamat collect hadiah rentetan dari entry sini. Bukan main lama lagi nak dapatkannya. Apa pun dah selamat makan juga sebelum kembali diet. Ada baki lagi kita makan tahun depan. Sebabnya expired dia tahun depan. Hehe.

Masa pic call suruh g collect hadiah ni, dalam mamai pagi lagi. Aku collect hadiah ni kat Kelate lah sebab dok Kelate kan. Nuh amik kat pengkalan chepa dekat gudang Pacific Food Product Sdn. Bhd. Depa suruh g collect subuh2 shafie tau. Sangup pulak aku nak berebut lentok degan orang pergi kerja kan. Hah pukul 11 baru aku terpacak kat sana. Dah lah tak bagi exact lokasi. Bila aku call nak tanya gudang kat mana xnak angkat pulak. Hangin betul. 3,4 kali call lepas tu sent mesej baru nak angkat next call. Beng**p betul. 



Untuk satu kotak tu adalah 14 botol macam gambar bawah. Aku ingatkan satu karton ni 12 je. Bila dibahagi dengan isi rumah campur abang ipar dapat lah sorang 2 botol. Tapinya mama ngan papa tak makan sangat jajan macam ni, hak milik anak-anak ler bahagian mereka. 



p/s ~ Perisa original je dapat. Orang bagi free perisa apa pun boleh

Sunday, September 13, 2015

Satu karton Mister Potato

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Nasib baik ada rezeki lagi. Admin mister potato komen bagitahu menang 2 sep lagi, tapi boleh pulak tak perasan notis kan. Lpeas tu admin tu komen lagi kat post kita suruh Pm detail baru lah perasaan. Cergas je pm diorang hantar detail.






Wednesday, August 12, 2015

Wordless Wednesday :: Menang duit raya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamuaalikum..


Alhamdullilah.

Friday, July 24, 2015

Menang Voucer Zalora RM100

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum

Entry peram biar jadi perkasam.. 

Lamo beno dah tak join contest. Dulu ada lah join jugak tapi jarang nauu nak menangnya. Yelah sbb bukan rezeki kan. Tapi pernah lerr menang skali. Contest Sofy kat FB. 1st price kot. Hadiahnya dapat menginap kat Hotel Hard Rock kat Penang nuh [entry]. Tapi sbb terikat dengan family means kalau g mana-mana mesti dgn Papa n Mama so hadiah tu burn begitu je. Pluss kene pergi time bukan cuti. Mana boleh macam tu sbb adik aku sekolah kan. Nak tak nak redho lah burn. Nak kasi org ak tau nak bagi macam mana.

Sekarang ni pantang nampak contest manjang je nak join. Hope ada rezeki lah. Yang paling senang join je contest yang kat IG tu. Amik gambar, masukkan hashtag yang diperlukan, SIAP. Berserah je menang dapat hadiah tak menang tak dapat lah. 

Masa bulan pose baru ni adalah join satu contest kat IG tu. Contest Snicker namanya. Apa yang perlu buat. Amik gambar juadah berbuka puasa dan yang penting kenelah ada SNICKER. Dah contest snicker kan. Jadi berbekalkan RM 2.10 amik lah kita gambar juadah berbuka kita tu. Ada lah amik gambar dalam 3 keping lps tu hashtag snicker. Dan tak sangka plak gambar yg dihantar tu terpilih. Maka menang lah voucer Zalora RM100. Berbaloi2 kan 



Ni lah gambar yang mereka pilih. Hehe. Makan keropok ngan nugget je bukak puasa. Sbb tu kita slim.. Ehhhh 



Wednesday, March 26, 2014

Untung sapa jadi kakak aku

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Cerita basi dah pun ni. Blogger blogger lain yang join contest Nivea dah lama update pasal hadiah diorang dapat, tapi penulis baru nak cite arini. Ampun maaf lah, penulis banyak komitmen tak sempat nak hadap blog 24 jam. Gaya macam ada anak 10 orang. :)

Contest Nivea ni punyalah tersangat mudah nak menang sebenarnya. Hanya berbekalkan resit barangan Nivea tak kisahlah berapa hinggit pun memang ada chance nak menang. So penulis benda yang murah-murah n senang-senang nie suko bena joinnya. Hehe. Mana tahukan ada rezeki dapat free. Kalau nak beli banyak macam gambar kat bawah tu idaklah. Patik rela lumurkan bedak sejuk. Kedekut punya pasal. Muhaha


Jadi hadiah untuk contest Nivea tu adalah seperti barangan di atas. Haiyak sebenarnya penulis bukan suka sangat pakai losyen ni sebab rasa geli-geli n melekit je kat badan. Barangan beli untuk masuk contest pun dah selamat beri kat kakak. Nampaknya barangan kat atas ni pun bakal beri kat kakak. Untunglah kau yang menjadi kakak ku. Boleh dikatakan semua benda, aku bagi kat mung. Okeh dia tak baca pun apa yang penulis tulis ni sebab dia anti-sosial untuk blog-blog. Itu sebabnya sebarang spekulasi pasal MH370, penulis yang update dulu dari dia. Hehe

p/s ~ Selagi serpihan atau body pesawat MH370, penulis percaya masih ada yang selamat. Amin

Thursday, October 10, 2013

Win Sogood Moment Contest :: KFC

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Menang nie dah lama dah. Tapi baru sekarang dapat update coz surat alamatkan kat rumah. Jadi bila balik rumah baru dpat tengok apa yang menang dan surat2 yang aku dapat. Nasib lah kan.


Yang pasal menang 'sogood moment' contest dari KFC nie dapat hadiah cash voucer RM10. Alhamdullilah dah dpat jimat RM10. Voucer nie diterima pakai dekat KFC, RasaMas, Pizza Hut dan PHD. Tarikh xpired vaucer nie tahun 2014. Lambat lagi. So bila duit masuk nanti boleh lah berbelanja umpama reward diri dengan pakai vaucer nie. Kenapa tunggu duit masuk? Kot2 nak beli banyak so yang lebih2 kene pakai duit sndiri. Kalau takde duit nak bayar cm mana. Hehe. Owhh ya menang kontest nie dengan cara join kat FB. =)


p/s ~ makin suka masuk kontest bila menang cm nie. Biarpun menang yang biasa2 shja..

Tuesday, March 19, 2013

Nestum dah Sampai

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hasil dari menang conso Nestum hari tu dah sampai. Yehh. Aku ada baca kat one of the blog nie dye pun dah dapat benda nie. Esoknya apa lagi aku call mama tanya ada sampai barang apa2 ke. Pastu mama cakap ada sampai Nestum 3in1. 


Aku suruh adik lelaki aku amikkan gambar. Haha. semata2 nak tepek kat blog nie. Selalunya akak aku yang akan update kat aku kalau ada benda sampai2 nie.. Tapi sekarang kakak aku dah xdop umah. Sedih. Aku balik hari tu pun xdapat jumpa dye. Huhuhu

Mama aku kata, akak aku balik nanti dye nak bagi kat akak aku Nestum nie. Amboiii2x.. Mentang2 lah akak aku je yang dop selalu beli nestum nie semua nak bagi dye. Aku cakap ah aku pun minum juga cuma xbeli je. Sampai hati mama aku. Adik lelaki pula, mentang2 aku suruh amikkan gambar nie siap mintak lagi nak satu supik (plastik). Aku ingat nak satu supik besar tu. Rhupenya nak yang kecik je. Haha. Sebagai balasan amik gambar, hah amiklah jangan nak habiskan aku punya plak.

p/s ~ tu je nak cite. Kehkeh

Monday, March 4, 2013

Menang Conso NESTUM 3in1 My Perfect Morning

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Rezeki.. Nie first time menang. Masuk pun sekadar suka-suka dan secara tak sengaja. Aku bukan update sangat dengan semua page yang aku like dekat FB tu. Secara kebetulan masa buka FB kuar NESTUM punya page kat new post. Tengok la apa benda. Dah tengok tu, rupanya ada contest. Tema minggu tu pula pasal Sunrise. Kebetulan masa tu dalam pukul 10 lebih aku plak dop tepi jendela ngadap matahari. Apo lai bukak langsir terus snap gambar. Nie lah gambar yang menang conso.

https://www.mediafacebook.com/fb-framework-2.0/nestum_good_morning/uploads/gallery/100003753187216_lJlFGfjr.jpg

Hadiahnya Nestle Nestum 3in1 pack wrapped with your photo. Wah3x. Ok lah dari xdapat langsung. 



p/s ~ Kelakar je kalau ingt balik. Orang nak sunrise. Aku punya sun dah tinggi galah. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails