Sunday, May 22, 2011

Dibawah satu bumbung

2Jika 3 tahun yang dah berlalu, banyak masa di digunakan dengan bersama-sama kawan-kawan, tapi kini 3 bulan yang akan terjadi akan mempergunakan bersama-sama keluarga. Fahamilah bahawasanya aku sekarang telah pun kembali ke kampung. Alhamdullilah selamat juga tiba di ''rumah ku syurga ku'' yang telah menjadi tempat berteduh sepanjang 20 tahun 9 bulan 20 hari lamanya.

I'm coming home, 
I'm coming home,
Tell the world,
I'm coming home.


Jeritkan pada dunia, katakan pada semua, tempat yang terbaik adalah di rumah. Bukan rumah hantu juga bukan rumah urut tapi rumah tempat berteduh dari panas dan hujan bersama-sama family. Kalau nak berteduh dari salji, daun-daun berguguran pun boleh, tapi aku tak boleh nak letak perkataan tu sebab aku tahu di mana aku berpijak sekarang. Hanya di negara yang mengalami dua musim sahaja.

Walaupun ianya hanya sebuah pondok yang buruk, nyatakanlah kesyukuran daripada terus berlantaikan tanah, berbumbungkan langit. Ingatlah kita antara insan yang bertuah memiliki sebuah pondok daripada yang tak punyai apa-apa. Cuba banyangkan andai diri menumpang teduh dengan mengharapkan kaki-kaki lima, pasti menangis hari-hari sebelum biasa dengan keadaan disekeliling. 

Tapi walaupun apa jua jenis bumbung untuk berlindung kita semua tetap di bawah satu bumbung iaitu langit apabila kita di dalam tanah.

p/s ~ marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat mangsa tanah runtuh.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails