Tuesday, May 10, 2011

Apakah seterusnya..

Dengan tamatnya pembentangan untuk projek tahun akhir yang bertajuk 'Rate of development of Algae by Detection on Concentration of Phosphate' pada jam 3.20 petang semalam, maka hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk memegang segulung ijazah dengan menghadirkan diri di majlis graduasi iaitu dengan menghantar report yang sudah berjilid. Moga hasrat dan impian terlaksana. Walaupun pembentangan yang dilakukan tidak sehebat sehinggakan mahu mendapat title 'Best Presenter', tapi apa yang telah berlaku menjadikan ianya manis sebab segalanya telah berakhir. Tak dapat menjawab soalan dengan baik, dihentam dengan soalan yang menkonfiuskan diri pun dikira manis. Macam takde yang pahit sehinggakan semuanya manis. 


Harapan menggunung yang dipertaruhkan oleh Mama dan Papa bakal aku laksanakan. Dengan menghadiri satu majlis yang manis pada bulan 9 nanti, pasti akan adanya rasa bangga dalam diri Mama dan Papa dengan kejayaan aku meraih segulung ijazah. Namun disebalik saat-saat pengakhiran ini, aku terus buntu dalam membuat keputusan. Adakah aku mahu terus menyambung pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi? ''Tepuk dada tanya selera''.



4 comments:

::bY_nia:: said...

dah hampir k kmuncak ny.huhhu

Lina_Lin said...

gud luck dear..lina joh lagi nak genggam ijazah ;(

cik maz said...

tahniah n good luck (^_^)

hans said...

ikut gerak hati

Review Filem Kongsi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails