Tuesday, May 24, 2011

Permainan zaman sekolah rendah Part 1

Dop menung-menung nie tetiba teringat lak zaman sekolah rendah. Dulu pergi sekolah bukan niat nak pergi belajar, tapi niat nak pergi bermain ngan kawan-kawan. Niat nak belajar bukan takde langsung, ada. Tapi sedikit je lah sebab tujuan utama memang nak pergi main. Itu aku je lah. Korang pasti pergi sekolah nak belajarkan sebab tu korang bijak pandai tak macam aku. 

Jam tak menunjukkan pukul 7 pagi lagi. Keadaan sekeliling pun masih gelap, aku dah mula kayuh basikal pergi sekolah. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan katakan. Padehal kawan-kawan semua pergi lambat. Menonong sorang-sorang kat sekolah, kawan aje ngan pak guard. Pergi sekolah kayuh basikal je sebab sekolah sepelaung je dari rumah. Dekat sangat-sangat. Loceng kat sekolah pun leh dengar kalau kat rumah. Kalau nak merasa naik kereta pun bila time hujan je lah. Kira OK lah tu daripada mereka yang family takde kereta, pergi sekolah naik basikal dalam hujan, tak pun terus ponteng tak datang terus.

 

Bila semua kawan-kawan dah sampai mula lah nak main. Sebelum loceng berbunyi, kumpul ramai-ramai main  'lawan pemadam'. Permainan ni memerlukan minimum 2 orang, tapi lau maximum seberapa pun boleh. Tapi tak syok main ramai-ramai, jadi lebih puas hati main 2 orang. Siapa yang kalah, pemadam mereka akan dirampas dan menjadi hak milik mereka yang menang.

Gambar 1 :  Bagaimana permainan bermula.

Gambar 2 : Permainan tamat. Pemilik pemadam di atas akan memiliki pemadam yang dibawah.

Bila main di awal pagi dan pemadam yang dimiliki dirampas disebabkan kalah, jadi masa rehat pergi je koperasi lepas tu beli banyak-banyak. Sekali beli 5, lagi pun zaman dulu-dulu harga pemadam 10$ je. Murah sangat-sangat. Kalau tak nak buat main lawan pemadam pun boleh buat koleksi. Sebabnya dulu-dulu ada pelbagai jenis gambar pada pemadam tu. 

Koleksi pemadam.

Part 2 Permainan zaman sekolah rendah akan menyusul dengan permainan yang seterusnya. Sebarang perkongsian dan komen dialu-alukan.

gambar : Insan google

5 comments:

Syuk Ry said...

wah.. ahak2.. kenangan ni..
ak men kot smue 2..
Film Review : PIRATE of THE CARIBBEAN

rafiqa said...

haha. penah main! rinduuuu :p

sizuka[Izzati] said...

wahhhhhhhhhhhhh pemadam nostalgia~!!!

shaffique said...

siapa ada pemadam lagi besar, lagi senang menang. haha.


My latest entry : Pokemon Versi Minimalis

Anarm said...

hahahaha.. penah main lawan pemadam ni.. dapat 'rampas' banyak gile pemadam.. siap jual balik kat member.. dapat gak duit wat beli air oren kt kantin.. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails