Wednesday, May 4, 2011

Bagaikan mimpi ngeri..

Nak kata dah malam belum lagi. Nak kata dah tido pun belum. Tengok-tengok motosikal takde kat tempat parking biasa. Adoi mala petaka apakah ini? Dah nak habis exam, tunggu masa nak post je motosikal tu tiba-tiba entah ke mana. Hati mula gundah gulana. Kemanakan motosikal itu menghilang. Hati tertanya-tanya.

Eh ada orang pinjam ke? Tapi kuncinya ada di bilik.Arghhh. Semalam lepas guna moto aku kunci tak 'leher' dye? Ahh parah-parah. Sapa tergamak buat aku cam nie. Even itu hanya sebiji motosikal, tapi itulah kaki aku sebelum sampai ke destinasi yang ingin aku tuju.

Hati dah cuak. Masuk bilik member yang sorang nie dah terbungkang tido. Niat di hati nak mengadu dan nagis-nagis sebab motosikal takde di depan mata. Ishh otaklak ngah berfikir sapa suspek-suspek untuk kecurian nie. sampaikan dan terfikir nak p lapor kecurian. Masih lagi di bilik member terbungkang tido tak sedar apa-apa, tengok lagi ikut jendela takut mata tersilap tengok. Manalah tahukan tiba-tiba rabun ke lepas menghadap paper OB [Organizational Behavior] 2jam setengah walaupun masa diberikan 3jam. [budak bijak bodoh pandai kene kuar awal]. Tapi memang takde..

Jeng..jeng.. Nak nagis dah masa tu. Tiba-tiba....

Wahhhh motosikal aku di situ. Apakah? Rupanya semalam waktu balik hujan, tak sempat nak parking kat tempat biasa, terus parking kat depan slidding door blok. Muhahha.. Kau hilang di situ rupanya. Hilang di tangan tuan sendiri. WTH. Semalam waktu parking kat situ dah berniat nak alihkan pagi-pagi lagi, sebabnya tak di benarkan parking kat depan sliding door tu, nanti tak pasal-pasal dapat sijil 'Penganugerahan Wang ke Pejabat' tapi sebab tak sabar nak habiskan paper OB lupa lak nak alihkan.

Itulah dye mimpi ngeri di siang hari. Banyak makan semut gamaknya, tu yang sampai terlupa. Ishh..Ishh.. Risau hati. Nasib baik tak sempat nak risaukan Papa. Anak yang menyusahkan keluarga. Owhh bukan saya..

3 comments:

::bY_nia:: said...

huhhu. sy kah yg tdo i2??

shera haifa said...

ya kamu lah yg terbungkang tu..
jahat buat2 tido..

ciQu said...

haha..same cam kes aku gop. tp enset r. XD. sarian duk cari enset ingat tertinggal kat mane2 kdai doh. balik bilik tgk enset duk dalam beg. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails