Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
20 Januari 2015, tarikh baru yang menjadi sejarah dalam diri aku sendiri. Alhamdullilah. Walaupun hanya seorang guru ganti but aku masih lagi digelar 'cikgu' oleh murid-murid. Tak pernah terlintas di fikiran aku yang one day akan ada orang panggil aku cikgu. Sebabnya aku tak pernah terfikir yang akan jadi cikgu. Bukan sebab kerjaya cikgu ni tak best tapi sebab aku tak reti nak ajar orang, nak buat orang faham dengan apa yang kita ajar juga sebab aku ni garang. Tak nak lah nanti sebab aku pukul murid aku kene masuk penjara. Wahh berfikir diluar kotak sangat aku ni kan.
Tapi kuasaNya telah mengatasi semuanya. Bermula dengan hanya mencuba nasib dengan mengisi borang sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) sementara menunggu untuk dapat kerja yang tetap, yang sesuai dengan kelayakkan aku akhirnya aku dapat tawaran GSTT. Memandangkan kelayakkan aku adalah sains (kimia industri) maka aku di'offer' untuk ajar kimia lah. Bila dah kimia maknanya sekolah menengah la, mana ada sekolah rendah belajar kimia. Maka bermulalah kisah 'hitam'. Aku gelarnya kisah 'hitam' sebab aku gerun nak ajar orang kimia takutnya salah. Haha. Boleh pula lepasan sains (kimia) tapi takut salah ngajar kan. Boleh aje. Aku kan!
Meoww
Tapinya hari melapor diri tu pengetua dah was-was dengan aku. Beliau takut esoknya aku tak datang mengajar. Kuwang-kuwang boleh pula macam tu kan. Aku apa lagi cakap lah ngan pengetua tu, "mesti lah saya datang. Kalau tak, takde lah saya nak datang lapor diri". Dan hari tu, penolong kanan pentadbiran (PKP) bagi aku jadual suruh ajar sains. Tadi aku cakap dapat offer suruh ajar kimia kan ni pula cakap dapat jadual ajar sains. Mesti korang pening dah dengan aku kan. Hehe
Pada awalnya memang kene ganti cikgu bersalin yang ajar kimia, tapinya pengetua minta ajar sains dulu sebab pihak pentadbiran takde minta cikgu ganti bagi menggantikan cikgu yang ajar sains tu. Sebab cikgu ngajar sains tu bersalin dalam cuti sekolah. Jadi agak merugikan kalau minta cikgu ganti untuk sains tu. Rugi kepada cikgu yang akan ganti lah sebab hanya sebulan je boleh mengajar. Ha ada faham dah semua? Hehe. Lagipun sains dan kimia tak jauh bezanya. Dalam sains ada juga kimianya.
Sampai sini sahaja catatan untuk hari melapor diri. Nanti aku sambung kisah kelas yang aku kene ajar dan sikap murid-murid pula. Manis betul bila kita ada pengalaman. Sebab dapat dikongsi bersama. Hehe. =)
p/s : owhh sekolah mana aku mengajar takde cerita lagi nanti aku ceritakan lain entry.
No comments:
Post a Comment