Sunday, February 20, 2011

Hari ini dan Semalam

Kadang-kadang bila bangun dari tidur, aku renung apa yang telah aku lakukan pada hari yang dah lepas [kelmarin]. Perlakuan yang baik aku jadikan untuk lebih baik, manakala yang tidak baik aku jadikan kepada baik. Kehidupan ini telah banyak mematangkan aku dalam membuat sesuatu keputusan. Kalau dulu aku adalah budak hingusan sekarang aku mungkin budak yang sudah matang. 

Setiap kali bangun dari tidur, aku akan tanamkan satu azam yang baru dalam diri. Aku tak perlu untuk menunggu tahun hadapan untuk membuat azam yang baru sebab ianya terlalu lama untuk aku tunggu. Perubahan yang aku mahukan tak mampu untuk aku tunggu begitu lama, kerana aku tidak tahu nasib aku di kemudian hari. Entah-entah aku terlebih dahulu di jemput oleh penciptaku tanpa sebab melaksanakan perubahan. 


Aku penah kecewa dengan diri sendiri. Aku tak penah nak lawan apa yang aku mahukan sedangkan pada ketika itu aku telah menanamkan tekad dalam diri yang aku tak akan buat perkara itu. Hasutan yang aku terima lebih hebat dari perasaan 'tidak' yang aku semai dalam diri ini. Aku masih tak mampu untuk menakluki diri sendiri. Aku masih lagi boleh dipengaruhi oleh persekitaran aku dan mudah goyang dengan nafsu yang bermaharajalela dalam diri sendiri.


Sehingga berjumpa lagi..

What i need is changes..

1 comment:

  1. semoga hari ni lebih baik daripada hari semalam...

    take care! ;)

    ReplyDelete