Friday, February 18, 2011

Ku sangkakan sudah berakhir..

Ini berkaitan Projek sarjana muda [PSM].
Sungguh kecewa aku rasakan lepas jumpa supervisor tadi. Ingatkan dah siap dan tak perlu buat 'experiment' lagi, malah kene mula dari awal. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga aku rasakan ketika itu.  Dunia ku juga bagaikan gelap gulita tapi masih lagi disimbah dengan lampu minyak tanah.  *betul ke peribahasa aku guna tu.


Harapan yang terlalu tinggi disasarkan menyimpang 101%. 'Miss communication' yang berlaku pada perbincangan sebelum ini membuatkan aku pasrah dengan segala patah-patah kata yang keluar dari mulut supervisor. *Ayat habis skema. Kalah skema exam untuk peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia [STPM] yang akan diumumkan 21 Februari 2011 [isnin]


Dengan hari-hari yang semakin sibuk, apa yang aku harapkan moga aku berjaya. Dengan dugaan seperti ini terus menambahkan ketabahaan aku dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Dengan ini aku akan lebih berani. 
Sehingga berjumpa lagi..

Mengalah adalah satu keputusan yang terakhir


1 comment:

  1. whooaaa!! shera, sabar tau. meh kita siapkan psm kita sama2. :) aku pn dok risau jgk nii..

    ReplyDelete