Sunday, April 10, 2011

Ceritera sebatang PENSEL.

Seorang kanak-kanak melihat neneknya mencatat sesuatu di atas diarinya, lantas bertanya, “nenek bertuliskan tentang saya kah?”

Nenek: Nek bertuliskan tentang kamu, tapi sebenarnya, ada yang lebih penting daripada tulisan nenek. PENSEL ini.

Mengapa nek? Kan sama PENSEL tu dengan PENSEL lain?

Bergantung cu. Jangan cu lihat PENSEL ini hanya PENSEL. Amati dan hayati.

???

Jadilah seperti PENSEL ini cu..nescaya kamu akan kuat dan sabar.


….kamu mampu menulis semua yang kamu mahu, tapi jangan lupa tentang tangan yang mengawal ayat2 mu. Itulah ‘tangan Tuhan’ yang sentiasa memandu arah kita mengikut kehendak-Nya.


….kadang-kadang kita terhenti menulis, mungkin mata itu patah,kurang tajam? Nenek perlu berhenti untuk mengasah. Mungkin PENSEL itu akan sakit sketika, tetapi ia akan lebih tajam. Jadi, kamu haruslah begitu. Tabahlah akan kesakitan dan kesedihan kamu itu, kelak kamu akan menjadi insan lebih baik.

pensel selalu beri kita peluang untuk memadamkan kesilapan, tetapi tak bermakna membetulkan itu sesuatu yang salah, tapi membantu kita untuk terus berada di atas landasan yang betul cu.


….jangan cu pandang luaran PENSEL itu, jagalah mata dalamannya. Jadi, cu sentiasa jaga apa yang berlaku dalam diri cu ye?


….yang terakhir,PENSEL itu, walau bagaimana kita padam,tetap meninggalkan bekas walaupun sikit.cu pun mesti begitu! Ingat! Setiap benda yang cu lakukan, akan meninggalkan bekas, jadi berhati-hatilah cu.




copycat dr facebook..

1 comment: