Wednesday, April 13, 2011

Tiga tahun yang bakal berlalu

Kini hanya tinggal kurang dari sebulan sebelum aku menamatkan pelajaran aku di Universiti Terbaik Malaysia aka Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Gelaran Universiti Terbaik Malaysia nie diberi oleh pelajar-pelajar international, itu yang disampaikan oleh TNC semasa aku mengadiri Kursus Etiket Sosial dan Protokol anjuran Hal Ehwal Pelajar Mahasiswa (HEMA) baru-baru ini. Bukan nak riak ke apa, tapi hanya untuk pengetahuan semua UTM sekarang berada pada ranking ke-2 selepas USM untuk universiti seluruh Malaysia. Tahniah. Moga selepas daripada nie menjadi yang pertama yaa.

Kalau lebih kurang 3 tahun yang lepas aku baru sahaja menjalani Minggu Haluan Siswa (MHS), tapi kini aku dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM). Tension, tertekan, serabut, serabai semua itu tak mustahil untuk aku rasakan. Malah bersesuaianlah dengan apa yang digelar oleh pelajar-pelajar yang PSM ini merupakan Projek Serabut Minda. Sebabnya aku kene fikir semua. Yang malangnya walaupun aku bergelar pelajar tahun akhir, ini tak bermana hanya projek itu yang aku perlu fikirkan. Malah dengan esemen, kuiz, test, presentation semuanya masih aku perlu hadap di tahun akhir nie. Memang serabut lah kan. Ada yang nak menafikan?

Tiga tahun itu sangat cepat berlalu, tanpa sempat untuk aku lakukan apa-apa. Aku hanya mengikut searus dengan tahun yang berubah dari setahun ke setahun. Tapi selama tiga tahun nie telah banyak mengajar aku untuk berdikari iaitu singkatan untuk ''berdiri di atas kaki sendiri''. Sebabnya sewaktu kejadian purse aku hilang waktu aku di makmal, segala urusan di Balai Polis, Bank, Pejabat Pendaftaran Negeri & Pejabat Pengangkutan Jalan semua aku settelkan sendiri. Terdapat secebis rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya lakukan tanpa bantuan Ibu Bapa. Malah untuk urusan penukaran Lesen Memandu dari 'P' kepada lesen besar juga aku lakukan sendiri. Pernah juga aku rasa cam nak nagis sebab kene lakukan semua sendiri, bukan sebab aku anak manja tapi sebab aku takde sapa-sapa kat cnie. Bagi aku kalau ada Ibu Bapa yang teman aku akan rasa lebih selesa. Aku tak kisah kalau aku kene buat semuanya sendiri pada waktu itu.

Tiga tahun nie juga, aku banyak kenal dengan manusia. Lebih tepat lagi kenal dengan perangai manusia. Macam-macam yang aku jumpa. Contohnya ada jenis yang menjadikan seseorang itu sebagai satu sandaran andai ada satu masalah yang menimpa mereka. Ada pula yang jenis bermuka-muka. Maksud kat cnie bukan banyak muka, tapi bila depan orang tu dia buat baik, tapi bila kat belakang, gajah, rimau semua dia cakap sal orang itu kepada orang lain. Subhanallah. Tak baikkan dop mengaibkan dan burukkan orang. Diam-diam sudah lah. Tak pun jangan dop mereka cerita yang tak betul.

Lepas tamat tiga tahun nie, masih mampu ke aku untuk stay 2 tahun lagi kat UTM nie? Atau pun aku tinggalkan bumi UTM nie dan kerja? Semuanya menyesakkan fikiran. Dalam dilema. Fikirkan kemudian. Pasti akan tamatkan sem nie dengan jayanya. Doakan aku..

2 comments: