Assalamualaikum..
Bila dapat tahu yang semua pelajar berdaftar di IPTA, IPTS dan Politeknik yang mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD/Matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucer buku yang bernilai RM 200, dalam hati aku dah bersorak..YEHHHHH
Memang aku patut dapat pun sebabnya selama nie ayah aku dop bayar cukai apa semua. Aku yang nak buat pinjaman nie dah beberapa kali pergi matikan setem yang bernilai RM 10 pada borang perjanjian. Kalau diikutkan RM 200 tu tak berbaloi dengan apa yang telah dilaburkan tapi kira jadilah dari tak dapat langsung.
Bagi aku kiranya RM 200 tu banyak woo untuk pembelian buku. Macam-macam buku yang boleh beli (kalau harga buku-buku yang aku beli tu dalam RM 4-20). Buku novel bahasa melayu, buku novel bahasa Inggeris, kamus, dan macam-macam laa. Aku yang sememangnya dah berkeinginan nak memiliki buku yang berbahasa Inggeris nie, dengan baucer yang bernilai RM 200 ianya pasti menjadi miliki aku. Sebelum nie aku tak mampu nak beli, iyalah udah buku yang berbahasa Inggeris nie mahal sangat.
Apa-apa pun terima kasih kerana memberi baucer buku yang bernilai RM 200. Nasib baik aku sambung pengajian aku, kalau tak memang aku tak akan dapat. Nak diikutkan aku dah tamat belajar pada bulan 6, 2011 lagi. Jadi mana kawan-kawan aku yang tak sambung tu, korang memang rugi laa RM 200 nie.
p/s ~ Apa yang aku beli dengan vaucer RM 200. Nantikan..
jangan salah guna baucer tu dah la...macam kebanyakan orang pegi jual plak baucer tu :P
ReplyDelete