Thursday, March 15, 2012

Kehidupan tanpa insan digelar IBU

Assalamualaikum..

Bagaimana hidup kamu semua yang sudah tidak berIbu? Bahagiakah kamu? Mendapat kasih sayang yang cukupkah kamu? Macam mana pula dengan pakai makan kamu? Owhh mesti kamu yang tak berIbu sedihkan? Aku boleh bayangkan bagaimana kehidupan kamu... 

Tadi aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan seorang anak yang sudah tidak mempunyai Ibu. Ibu beliau telah kembali ke kepada penciptanya akibat barah mulut. Al-Fatihah.. Aku menghadiri majlis itu atas ajakan ayahnya (bapa tunggal) yang juga kenalan ayah aku. Kami sekeluarga pernah bertemu mereka sekeluarga sewaktu 'Hari Keluarga' anjuran tempat ayah aku kerja. Mak aku memang selalu akan lepak dengan arwah mak beliau jika bertemu pada hari berkenaan, so memang kenal dan rapat lah.

Berbalik kepada majlis perkahwinan yang aku hadiri itu. Tanpa ibu, macam mana seorang bapa menguruskan majlis anaknya? Kerana bagi aku tanggungjawab bapa adalah mencari rezeki untuk keluarga, manakala tanggungjawab ibu pula menyempurnakan tugasan di rumah seperti memasak, mengemas, mendidik anak-anak. Seperti yang sedia maklum, sebelum majlis mestilah nak kene prepare bahan-bahan yang ingin digunakan ketika majlis. Mungkin tanpa ibu ketika nie masih belum terasa lagi sebabnya, bapa mungkin boleh menempah makanan dari pihak catering, menghantar gubahan ke pada mereka yang boleh menguruskan. Bagaimana pula sewaktu majlis? Mana nak kene layan tetamu. Yang perempuan dilayan oleh ibu, yang lelaki pula dilayan oleh bapa. Apabila ibu tiada, bagaimana? Melainkan jika masih ada kakak di atas. Boleh juga kakak layan tetamu perempuan. Dan penghujungnya selepas majlis pula.  Nak kene kemas periuk belanga. Makanan pula banyak yang tak habis. Rumah bersepah. Bolehkah bapa menguruskan rumah waktu nie andai tanpa ibu? 

Ya Allah aku sangat bersyukur yang aku masih lagi mempunyai Ibu ketika ini. Alhamdullilah. Tapi apakah akan terjadi di kemudian hari? Aku hanya mampu berdoa, berserah kepada-Mu Ya Allah kerana aku tahu setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tapi seboleh-bolehnya biarlah aku berkesempatan untuk membalas segala jasa dan apa sahaja yang telah ibu aku curahkan pada aku sewaktu ketika dahulu.

p/s ~ Sayang Mama sangat2. 

No comments:

Post a Comment