Wednesday, March 14, 2012

Serabut dan bercuti : Punca terabai

Asssalamualaikum..


Dulu bukan main rajin sangat, sekarang entah laa nak kata pemalas sangat tu takde lah.. Sebabnya kalau pemalas sangat takdelah aku menaip dan mengepost entry nie. Ye dak?? 

Sebenarnya, semenjak aku sibuk dengan nak buat chapter 1-3, 3minggu lepas aku rasa sangat serabut. Serabut macam mana nak buat ayat dengan baik. Baik kat cnie means ayat betul, grammar xtunggang terbalik, word yang digunakan pulak berbeza-beza walaupun maksud yg sama. Tapi tulah bila dah dari awal pembelajaran lagi aku dah memang set dalam kepala otak tak suka BI, so kesannya hari nie la. Aku tak boleh nak selesaikan masalah nie. Ayat tak boleh nak cipta sendiri, word guna yang sama, grammar apatah lagi entah laa.. Benci.. Benci dengan diri sndiri kenapa aku tak suka BI dari dulu?

Selepas sahaja chapter 1-3 siap dan dihantar untuk disemak (walaupun banyak tiru ayat), malamnya aku naik bas balik kampung. Dah memang plan awal-awal lagi yang aku nak balik nie. Memang aku tak fikir lain dah sebab memang serabut sangat. Aku rasa dengan balik rumah sahaja aku boleh kurangkan kesarabutan itu. Kat rumah aku memang tak sentuh langsung apa yang aku buat kat universiti. Memang dah macam bukan seorang pelajar bila berada kat rumah. Hari nie dah hari  ke-5 aku bersenang lenang kat rumah buat apa yang aku suka dan makan apa yang aku nak. Memang benar laa pepatah yang mengatakan "Rumahku Syurgaku" (biarpun pada hakikat sebanar rumah nie adalah rumah bapak aku).. >.<

Bila dah serabut, lepas tu dengan bercutinya aku itulah punca blog aku terabai. Update pun entry dengan yang aku copy paste ayat dan gambarnye dari tempat lain. Memang malas nak perah otak dan buat ayat yang bombastik laa aku nie kan.

Sudah sampai disini sahaja untuk kali nie. Sekarang dalam usaha menghabiskan bacaan "7hari mencintaiku" yang mempunyai 1048ms yang aku beli dekat KBmall dengan harga RM 24 ++ sebab dapat potongan 30% sempena pameran buku POPULAR. Bukan main gigih lagi aku kan. Kalau baca journal macam segigih aku baca "7hari mencintaiku" kan best.  Masalahnya aku tak segigih tu. Baca 2,3 ayat dah lentok.

p/s ~ Aku nak jadi apa sebenarnya??

5 comments:

  1. Ala ciannye..akak dlu pn teruk BI tp da keje nnt selalu kena paks guna then shud be ok la dear! No worries..

    ReplyDelete
  2. selalunya mcm tuh la. kalau baca buku satu chapter mengantok, tapi kalau novelll, memang segar je. makin lama makin segar (:

    ReplyDelete
  3. bace 2 -3 ayat dah lentok? baru nak tanya best ke x 7 hari mencintai ku tu. tajuk macam best.

    ReplyDelete