Tuesday, December 11, 2012

10 sen :: Nilai Kecik tapi Berharga

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Entry tiada gambar..

Lepas dah letih amik2 gambar kat SBG, tiba laa masa tuk makan. Time tu pukul 3 lebih. Laparrrr. Dah laa sebelum msuk SBG tu kami hanya makan jemput2 ikan bilis + bwang dan roti aje. Mana tahan wooi makan makanan seperti itu, pastu jalan banyak. Nagesss..

Oleh itu kami decide nak g Esplanade sebab nak g makan kat kedai makanan Korea & Jepun. Sebelum tu nak kene beli ticket MRT dulu. Kat sana kaunter xde. Yang ada hanyalah mesin. Jawabnya nak xnak, pandai xpandai memang kene beli sendiri, tekan2 pakai mesin. Fine. Yang ada hanyalah kaunter service je. Itu pun untuk tanya2 kalau sesat or whatever.

So kami pun tekan2 la kat mesin tu. Dari stesen Botanical Garden nak ke Esplanade untuk 3 orang jumlah dye $9.30. Okeh kira2 duit syiling xcukup lagi 10 sen. Yang ada time tu juga 50 dollar. Decide g pecah kan duit kat kedai runcit. Amik air mineral botol kecik satu. Masa bayar pula boleh tuan kedai tu xnak terima duit 50 dollar tu. Bengang tiba2. Habis tu mana nak dapat lagi 10sen kalau xnak terima duit tu nak kasi pecah. Nak beli ticket pakai duit 50 dollar tu xleh plak. Sebab baki dye up to 4 dollar only. Baki kami bukan 4 dollar tapi 40 dollar. Waaaaaaaa

Blurrr.. Xtahu nak g tukar kat mana dan xtahu nak buat apa. Tertanya2 kat kaunter service tu xleh tukar duit ke? Sorang lab rat's cakap kat situ xde duit. Fineeeee.. Pastu kita nak buat apa!!! Mata aku dah melilau2 sebabnya aku nak cari 10 sen lagi. Maklumlaa 10 sen kalau jatuh orang dah xcari or amik. So aku fikir ermm mesti ada punya. Guesss what. Unexpected memang ada 10 sen terselit kat celah2 bawah apa entah. Masa tu Ya Allah terima kasih sangat sebab tolong kami. Dah la kat tempat orang. Nak mintak 10 sen pun takut orang tak bagi. Syukur giler masa tu. Dah tu dapat la kami beli ticket ke Esplanade. Kat Esplanade pula sesat xjumpa cari kedai.

p/s ~ pengalaman tu mengajar aku yang 10 sen itu penting. Kawan2 blog sila laa keep 10 sen tu macam nyawa anda. Jatuh sila la kutip. Tapi kalau kutip, kan kalau aku terdesak cam kisah atas tu sapa nak kasi. Adehhh.

1 comment: