Monday, February 9, 2015

Mari bersukan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Aku juga kena ajar PJK. Owhh tidak.  *screaming inside. Terfikir jap apa yang nak ajar kalau PJK. Sebab masa sekolab dulu waktu form 4 and 5,  aku paling tak suka PJK. Dah la nak kene salin baju semua. Tu tak termasuk lagi bila wanginya bau badan lepas PJK. Yang aku ingt masa form 5 dulu ada waktu PJK kene main ragbi. Tak pernah terdetik lah tu nak kene main ragbi. Bila sebut ragbi je mesti kata ragbi ni kasar. Nanti patah hidung la apa la. Tapinya semua tu omong2 kosong sahaja. Ragbi lelaki dan perempuan lain bezanya. Ragbi perempuan ni ala-ala jelita. Haha

Now, bila kene ajar PJK kene lah tunjuk contoh yang baik. Murid-murid pun sibuk nak main. Jadi aku lagi suka. Takde lah nak susah-susah baca buku teks nak ngaja apa kan. Yang sedihnya sekolah aku ngajar ni takde padang pun. Tapi sebab murid-murid ni kalau bab bersukan no 1, takde padang pun blh main. Ha sini lah tempat bermainnya. Kawasan dalam asrama. Tu pun berebut tempat nak main. Sebab satu hari contohnya ahad, semua budak tingkatan 1 akan PJK. Tak kira lah berapa kelas pun tingkatan 1 tu semua akan PJK pada waktu yang sama. Untuk PJK ni aku kene ngajar empat kelas kot. Semua tingkatan except form 4. Kalau bagi semua pun aku tak kisah sambil angkat tangan ke bahu. =)



p/s ~ hari ni balik lambat sebab pastikan pelajar untuk pertandingan bola tampar rumah Hussin cukup. 

No comments:

Post a Comment