Monday, February 9, 2015

1st day masuk kelas

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sambungan dari  Hari pertama : Lapor diri

Bila dah PKP bagi jadual suruh ngajar sains kan pengetua pun tanyalah kelas mana yang aku kene ajar. PKP bagitahu yang aku kene ngajar kelas 5D dan 5J untuk subjek sains. Pengetua tanya lagi "bukan 5J tu semua lelaki?". Sekali PKP ia kan. Aku yang mendengar ni tetiba WHAT!! MAMPUS. Bila semua lelaki ko faham-faham sendiri lah. Aku ni single mingle, always pretty pula tu mahu kene ngorat. Haha. Bajet hot aku kan. Well U know me. Kih3x. Tapinya hari lapor diri tu tak kene ngorat lagi sebabnya aku terus chau lepas jumpa pengetua.

Jadi 21hb lah bermula segala-galanya. Aku secara sah nya telah memulakan tugas aku sebagai seorang guru. Yang bestnya sebab ada 2 kelas je kene masuk, tapi yang tak best pula bila aku kene masuk kelas yang all the students are boys tu la. Huhu. Tapi aku cekalkan hati buat muka garang sikit melangkah bergaya masuk kelas 5J. Sekali masuk amik kau sorang pun takde bangun bagi salam kat aku. Masing-masing wat hal sendiri. Ada sibuk dok kikis cat kat belakang, ada pula yang dok borak kosong kat depan. Aku?? Blur kejap. Terkejut ala badak pun ada. Sebab waktu aku sekolah dulu, 'we' tak pernah buat mcam tu bila guru masuk. Bila dah jadi macam ni, aku tak tahu dah nak suaikan diri macam mana. Sebab what I expect, was unexpected. 

Tapi nasib baik sejam je kelas tu. Fuhh lega ko. Sambung pula jadual kelas 4B. Yang kelas ni aku tak ditugaskan ajar sains tapi kene ajar subjek sivik dan kewarganegraan. Yang ni boleh tak aku nak double what?? because I never learn this subject. Waktu ni aku tak dapat apa-apa buku teks pun lagi. Jadi tak tahu apa yang murid-murid belajar untuk subjek ni. Jadi aku tengok murid-murid macam banyak je kene buat kerja sekolah, jadi aku biarkan mereka buat. Aku?? Tengok ajelah. Tak kan nak buat rajin g ngaja tapi tak tahu apa kan. Pukul 1.50 petang pun tiba, jadi masa untuk balik. Tapi tak boleh juga, sebab sekolah ni pihak pentadbiran peruntukkan masa 40 minit terakhir iaitu sampai jam 2.20 petang waktu untuk semua pelajar solat zohor. Lepas solat baru mereka boleh balik. This is compulsory! Cikgu pun kene sembahyang kat sana juga. Tapi aku tak tahu, hari pertama kan. Jadi aku zupp balik. Haha. Nasib baik tak kantoi dengan pengetua. 

Next day. Khamis. Alhamdullilah Allah SWT telah memudahkan hari aku. Hari tu ada Mesy. Agong Kokurikulum. Jadi aku takdelah nak kene masuk kelas. Dah ler buku teks tak dpat-dapat lagi kan. 



No comments:

Post a Comment