Assalamualaikum..
Sempena nak sambut kepulangan Long ngan abang ipar hujung minggu lepas, aku buat popia sayur. Sebab Long kata suami dia kalau makan kat luar mesti akan order popia. Dengan kerajinan yang tidak seberapa dapat lah siapkan popia sayur sebelum mereka sampai rumah.
Nah sebekas.. Makan sampai kenyang
Bahan-bahan nak buat popia
Sayur untuk inti popia tu bahan dia senang je. Letak je apa yang ada kat rumah. Tak payah nak kalut pergi pasar raya cari bahan-bahan. Cukup dengan apa yang ada je. Yang takde tu tak payah nak letak. Kalau nak letak jugak, teringin nak buat lagi beli siap-siap..
Bahan-bahan popia sayur simple
1/2 biji sengkuang (potong panjang)
1 batang lobak merah (potong panjang)
50sen tauge
Garam/gula
3 ulas bawang putih
1 biji telur
Cara-caranya
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan telur kacau bagi hancur.
3. Masukkan sayur-sayuran yang dah dipotong tadi berserta tauge.
4. Perasakan dengan garam @ gula. Kacau sebati. Padamkan api.
5. Sejat dalam penyejat untuk buang minyak @ air supaya nanti takde lah kulit popia tu basah.
6. Sejukkan seketika. Lepas tu dah boleh digulung dalam kulit popia.
*untuk gam popia tu, aku bancuhkan tepung gandum dengan air sedikit.
Dah goreng, masih lagi ada baki. Simpan dalam fridge nak makan je bila-bila boleh goreng. Lagi-lagi bila hari hujan. Mencari je nak makan apa. Hehe
Emmm sedapnya seera...
ReplyDeleteDah lah puasa hari ni..
Ini kalau stim aje pun sedap tau
ReplyDeleteKakak suka:)
SEDAP POPIA SAYUR SERAA..DULU2 SUKA JUGA BUAT..LA NI SUKA MKN JER.
ReplyDeletesdpnya .. nsb bek bru mkn aritu..hehhe
ReplyDelete