Friday, December 4, 2015

Rezeki di Benang Hijau

Assalamualaikum..

Antara banyak-banyak IG shop yang jual tudung kan, benang hijau (BH) lah yang menjadi pilihan. Memang hari-hari aku stalk BH tu sampaikan notification memang ON lah. Hehe. Apa yang buat aku tertarik sangat dengan BH tu ialah tudung bawal. Yang printed paling mengugat iman. *aku tak dibayar untuk review ini




Semua tu design printed untuk tudung bawal. Amacam tergugat tak iman? Ok tak. Mungkin iman aku je yang mudah goyah. Hehe. Yang shawl printed pun lawa-lawa (Korang boleh lah g usha IG BH sndiri). Ada lah jugak rasa terliur tapinya aku jarang sangat nak pakai shawl. Melainkan memang rasa banyak masa nak belit-belit. Tapi kalau rasa macam tak menjadi tu bawal jugak yang aku sauk. Yang tudung ala-ala Fareeda tu aku tak pakai langsung. Sebabnya bentuk muka dan gaya aku tak kene dengan tudung tu. Macam orang tua. Ini bukan aku je cakap tapi dah ada orang yang tegur. Koh3x..

Baru-baru ni sempena nak sambut 100k follower, BH ada nak bagi voucher RM100 kpd 10 orang followers bertuah. Just kene repost, lengkapkan slogan. Jadi aku pun cuba lah nasib kot2 ada rezeki. Dan Alhamdullilah aku berjaya menjadi salah seorang yang bertuah tu. Nak tahu apa aku tulis slogan dia? G lah usha IG seraa_banu. Nak tekan butang follow skali pun boleh. *muka tak malu

Atas sekali tu!!

Memandangkan kat KB ada satu butik BH, jadinya aku pilih nak redeem voucher kat butik terus. Senang boleh cuci-cuci mata dan pilih-pilih. Baru puas hati. Pilih, cuba pakai dan letak semula pun boleh. *OK itu perbuatan tak senonoh. Kih3x.

p/s ~ nak g redeem dah ni..

7 comments:

  1. akk pun sker BH ni. tu ari menggila beli bawal plain tu. berbelas kaler ada. haha.
    now dah insofff... dan tak folo IG dia dah. Bahaya.. hehe :P

    ReplyDelete
  2. syoknya, cantik-cantik semua ... "pilih cuba pakai letak balik", nak kena sound dengan staff??? hehe ;)

    ReplyDelete
  3. tahniah...banyak pilihan menarik tu...

    ReplyDelete
  4. wah seronoknya dpt voucher rm100..best blh borong tudung..ciktom xpnh follow BH ni..tgk dr gmbr lawo2 printed shawl..

    ReplyDelete
  5. tahniahh ! yang kat kb tu kat tesco ke ??

    ReplyDelete
  6. Wow,tahniah leh dpt 2-4pasang kn..... Klu xslp kat goShop pun ade tudung instant dr benang hijaukn....

    ReplyDelete