Sesetengah orang kalau makanan mamak ni ada yang tak boleh nak makan. Tapi aku ok aje. Turun dari Penang Hill tu terus g makan nasi kandar line clear. Popular betul nasi kandar ni kat Penang. Tak rasa kiranya macam tak lengkap la percutian ke Penang. Kat Kelantan pun ada restoran nasi kandar ni bersebelahan dengan bangunan Billion. Tapi tak pernah pun masuk.
gambar kredit sini
Masa sampai tu beratur sampai ke luar. Dah laa lorong sempit. Rasa macam betul ke popular kan. Haha. Sebabkan pergi ni ramai, ada budak-budak lagi diorang suruh masuk duduk dulu. Makanya terus masuk tak payah nak beratur. Order je nanti makanan diorang hantar ke meja.
Hari tu sepupu yang order. Aku dengar dia order air teh limau 2 jug, ayam goreng dan kari kepala ikan. Tapinya mula-mula tu sampai ayam je, kari kepala ikan tak sampai. Dah habis makan baru kari tu sampai. Last-last tolak je. Sebab dah habis makan kot. Kan lapar kejap je dah habis makannya.
Ayam goreng. Rasa? Macam biasa.
Kari dia best!
Makan lauk ayam pun dah sedap. Sebab kari dia kaw punya. Kari mamak ni tanpa santan, so hanya pekat dengan rempah kari je. Memang bertambah-tambah kari aku senduk letak atas nasi. Ni lah pertama kali aku makan kari mamak. Selalu makan kari Mama je. :P
Tapi kan aku tak berapa nak gemar dia punya hygiene. Masuk tu korang terus jumpa tempat membasuh sebelah kiri. Berkecah airnya. Belah kanan pulak tempat amik lauk dan kaunter. Selalu tempat membasuh kat belakang kan, ni depan customer kot. Bagi aku lah itu pertama dan terakhir kot makan nasi kandar line clear. Makanan pun mahal. Lauk ayam sahaja aku dengar sepupu aku cakap RM85. Gilerr tak mahal!
Restoran inilah yg femes siap sana-sini fb/blog/twitter/ig semua ada cerita
ReplyDeleteBila dah ada nama gitulah.
ooo ye ke.. saya baru tahu ni. Dulu pi Penang, sempat makan nasi kandar beratuq je, line clear tak sempat pi. ok, sedap, harga berpatutan la, sebab makan 2 orang je. :)
ReplyDeleteamboi mahalnya harga dia jual ayam turki ke apa
ReplyDeletehuu lama x mkn mskn mamak.
ReplyDeleteayam goreng tu mkn berapa org tu agaknya ya sampai rm85 huhuhu
ReplyDeletekalau ngn kari kepala ikan tak tau lah berapa agaknya
Betul tu SR...kebersihan kat sini mmg kurang sikit. Tp sebab nak try nasi kandar punya pasal, telan ajelah. Nasiblah sedap
ReplyDelete